SINGAPURA, 20 Disember 2024 /PRNewswire/ -- SpoonX, syarikat yang menjadi semakin popular dalam pemasaran digital,akan bekerjasama dengan Dazhong Dianping ("Dianping"), yang lazimnya dirujuk sebagai "Yelp Cina".Tujuan pengkongsian ini untuk meningkatkan peluang perniagaan Makanan & Minuman (F&B) di Asia Tenggara dengan mempromosikan dan mengurus kehadiran pada platform Cina yang berpengaruh ini.
On behalf of Dianping, SpoonX presented a certificate to The Coconut Club for being featured on the 2024 'Must-Eat List' in Singapore.
Sebagai ejen yang baru dilantik di Asia Tenggara, SpoonX akan memudahkan perniagaan F&B serantau dalam memanfaatkan kumpulan pengguna Dianping yang luas. Perkongsian strategik ini bertujuan untuk menghubungkan berjuta-juta pengguna Cina dengan tempat makan dan tempat hiburan tempatan Asia Tenggara melalui aplikasi popular ini. Dengan menyepadukan perniagaan ini ke dalam ekosistem digital Dianping yang stabil, SpoonX telah menjangkakan peningkatan yang jelas dalam keterlihatan dan naungan daripada salah satu pasaran pengguna yang terbesar di dunia ini.
Dianping merevolusikan perkhidmatan gaya hidup tempatan di negara China dengan menyediakan platform komprehensif yang menggabungkan ulasan perkhidmatan dengan penyelesaian tempat menjamu selera dan hiburan pintar. Kajayaan aplikasi ini adalah disebabkan oleh falsafahnya yang mengutamakan pengguna dengan menyediakan ulasan terperinci dan kupon berpatutan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Komponen penting dalam perkongsian ini ialah "Portal Peniaga", alat dalam talian sofistikated yang direka untuk pemilik perniagaan mengurus profil, memberi respon kepada ulasan, menganalisis data pelanggan dan melibatkan diri secara berkesan dengan bakal pelanggan melalui inisiatif pemasaran bersasar.
"Kami berbesar hati dapat mewakili platform yang begitu berprestij sebagai ejen lantikan di rantau yang rancak ini," kata Zhu Chenhao, Pengasas Bersama SpoonX. "Kolaborasi ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kita tetapi juga menekankan keyakinan kita dalam menyerlahkan potensi besar dalam sektor F&B Asia Tenggara."
Selain itu kolaborasi ini menyaksikan suatu pencapaian penting untuk SpoonX tatkala ia terus meluaskan pengaruhnya di seluruh Asia Tenggara. Dengan menggabungkan kepakaran SpoonX dalam kandungan dan pemasaran pempengaruh dengan alat digital yang berkuasa daripada Dianping termasuk perkhidmatan CPC dan Portal Peniaga, kedua-dua rakan kongsi ini menjangkakan akan mewujud saluran pertumbuhan baharu yang besar untuk perniagaan tempatan yang bertujuan untuk menarik pelancong antarabangsa dari negara China. Inisiatif ini juga mencerminkan trend yang semakin meningkat dalam kalangan peniaga antarabangsa untuk menyasarkan pelancong dari negara Cina secara langsung, seterusnya menonjolkan tumpuan baharu untuk mengakses segmen pasaran yang menguntungkan ini.
Latar Belakang SpoonX
Ditubuhkan di bawah Zaihui Inc., SpoonX menubuhkan operasinya yang berpangkalan di Singapura sejak tahun 2022. Diperkasakan oleh Zaihui Inc. yang mempunyai pengalaman selama sedekad menawarkan perkhidmatan kepada lebih 28,000 jenama di China, SpoonX memperkemas dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan dengan penyelesaian Kandungan dan Pemasaran Pempengaruh yang luas. Diendorskan oleh program Tech@SG Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, SpoonX memfokuskan untuk menyediakan perkhidmatan media sosial dan pemasaran pempengaruh di Asia Tenggara, dengan Singapura sebagai ibu pejabat serantau luar negaranya.