omniture

TCL Inspirasikan Kehebatan di CES 2025 dengan Produk dan Inovasi Terkini

TCL
2024-12-20 21:24

SHENZHEN, China, 20 Disember 2024 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan salah satu daripada dua jenama TV terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan kehadirannya di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2025 yang berlangsung pada bulan Januari. TCL mengambil bahagian dalam CES selama 31 tahun, di mana jenama ini mempamerkan secara konsisten teknologi paparan inovatif terkini dan rangkaian penuh produk rumah pintar kepada pengunjung global.

TCL CES 2025 KV
TCL CES 2025 KV

Sebagai sorotan dalam pameran tahun ini, TCL akan memperkenalkan teknologi dan produk LED QD-Mini inovatifnya yang memberikan pengalaman visual yang tiada tandingan. Inovasi paparan yang dibawakan oleh TCL ke CES 2025 pasti akan mengujakan golongan profesional dan juga penggemar hiburan rumah. Ia meliputi hampir setiap faktor bentuk, bermula daripada monitor profesional hingga paparan dalam kereta, telefon bimbit, tablet, jam tangan pintar, projektor pintar dan cermin mata RayNeo AR. TCL akan turut mempamerkan teknologi NXTPAPER yang memenangi anugerah dan memperkenalkan secara rasmi NXTPAPER 4.0 revolusionernya di CES 2025.

Menggariskan inovasinya dalam bidang AI, TCL membawakan kemajuan AI yang terkini dalam kategori produk baharu serta perkongsian bersama jenama teknologi yang terkenal di dunia. Di samping itu, TCL akan memperkenalkan integrasi ekosistem rumah pintarnya dengan penyelesaian pintar yang direka untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan memperkaya pengalaman pengguna, termasuk penyaman udara, peti sejuk terbina dalam, mesin basuh, kunci pintar dan penghala mudah alih.

Menjelang Super Bowl LIX, perkongsian TCL bersama rakan kongsi global yang terkemuka, termasuk peranannya sebagai Rakan Kongsi TV Rasmi Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) di Amerika Syarikat, akan turut menjadi sorotan utama pameran ini. Melalui perkongsian ini, TCL membangunkan teknologi canggih bagi meningkatkan pengalaman penonton dan berinteraksi dengan peminat melalui pelbagai aktiviti di lapangan yang interaktif dan kempen dalam talian yang bertujuan untuk membina hubungan global dan memberi inspirasi kepada kehebatan dalam kehidupan seharian.

Untuk butiran lanjut, sila lihat di bawah:

Sidang Akhbar CES 2025 TCL: 

  • Tarikh & Masa: 11:00 - 11:45 PAGI (PST), 6 Januari 2025
  • Lokasi: Mandalay Bay, Pusat Konvensyen Selatan, Dewan Dansa E (Tingkat 2)

Reruai CES 2025 TCL: 

  • Tarikh:  7-10 Januari 2025
  • Lokasi: Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Tengah, Reruai #17704

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio, perkakas rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news