omniture

UnionPay International Bekerjasama dengan Rakan Kongsi Industri Jadikan Bayaran Lebih Mudah untuk Pengunjung Antarabangsa ke Tanah Besar China

UnionPay International
2024-12-20 21:41

Lebih Ramai Pengguna E-Dompet Berkuasa-UnionPay Antarabangsa Kini Boleh Membuat Bayaran QR Weixin di Tanah Besar China

SHANGHAI, 20 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Pada 17 Disember, UnionPay International mengumumkan kolaborasi baharunya dengan Weixin Pay, yang membolehkan pengguna dompet berkuasa UnionPay antarabangsa mengimbas kod bayaran Weixin Pay di tanah besar China. Lapan dompet kini boleh menawarkan ciri ini, iaitu BoC Pay daripada Bank of China (Hong Kong), Octopus, PayMe by HSBC dan Tap & Go di SAR Hong Kong; Bangkok Bank Mobile Banking dan K PLUS from KASIKORNBANK di Thailand; Naver Pay di Korea Selatan; dan ICBC Mobile Banking (ICBC Pay) di Malaysia. Justeru itu, pengunjung antarabangsa akan mendapat akses kepada lebih banyak pilihan pembayaran mudah alih semasa berada di tanah besar China.

Menerusi perkongsian ini, sebaik sahaja pengguna memautkan kad fizikal UnionPay mereka atau mengaktifkan kad digital UnionPay dalam dompet yang mengambil bahagian, mereka akan dapat membayar dengan mengimbas kod bayaran Weixin Pay di tanah besar China, dengan mata wang negara asal mereka ditukar secara automatik kepada RMB. Pada masa depan, pembayaran QR Weixin juga akan diupayakan untuk lebih banyak dompet berkuasa UnionPay dari SAR Macau, negara-negara Asia Tenggara yang lain, Pasifik Selatan dan lebih banyak wilayah.

Sejak pelancaran Project Excellence 2024 pada bulan Mac, UnionPay memainkan peranan pentingnya secara aktif sebagai skim kad untuk menggalakkan kolaborasi terbuka dengan rakan kongsi industri dan menjadikan pembayaran lebih mudah untuk pengunjung yang masuk ke Tanah Besar China. Mulai Jun, pengguna UnionPay App dapat mengimbas pelbagai kod Weixin Pay yang diberikan oleh peniaga dan membuat pembayaran. Pengupayaan baharu dengan dompet antarabangsa ini menyaksikan pencapaian terkini dalam kolaborasi UnionPay - Weixin Pay bagi meningkatkan kesalingoperasian pembayaran.

Perkongsian ini mencerminkan usaha UnionPay untuk bersama-sama memacu keterhubungan dengan pelbagai pengusaha dalam industri pembayaran dan mempercepat pembangunan model perniagaan yang mampan. Ia menyediakan kepada pengunjung antarabangsa ke tanah besar China dengan lebih banyak pilihan dan perjalanan pembayaran yang lebih baik, menyumbang selanjutnya kepada keterbukaan standard tinggi China. Pada tahun 2018, UnionPay bekerjasama dengan Weixin Pay dan WeChat Pay HK, e-dompet berdenominasi HKD, untuk menawarkan penyelesaian pembayaran rentas sempadan yang menyokong penggunaan rentas sempadan untuk penduduk Hong Kong di lebih daripada berpuluh-puluh juta peniaga di tanah besar China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tatkala UnionPay terus menambah baik tawaran setempatnya, semakin ramai penduduk di luar tanah besar China kini dapat menikmati perkhidmatan mudah yang dibawa oleh produk pembayaran UnionPay. Di luar tanah besar China, lebih 250 juta kad UnionPay dikeluarkan di 83 negara serta wilayah dan lebih daripada 200 dompet berkuasa UnionPay dilancarkan di 36 negara dan wilayah. Produk ini boleh digunakan pada rangkaian penerimaan UnionPay di seluruh dunia.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology