omniture

Biwin Lancar Jenama Pengguna, Bawakan Penyelesaian Storan dan Ingatan Generasi Seterusnya untuk Era Digital

BIWIN Storage Technology Co., Ltd.
2024-12-21 02:00 1

LAS VEGAS, 21 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Dengan kepakaran selama berdekad-dekad lamanya membina storan dan ingatan yang kritikal untuk peranti digital yang utama di dunia, kini Biwin akan membawakan produknya yang inovatif dan berprestasi tinggi bagi memenuhi permintaan pengguna digital masa kini yang semakin berkembang.

Produk-produk yang diketengahkan oleh Biwin akan dipamerkan di CES 2025 dan boleh didapati di Amazon JP pada Disember 2024, diikuti oleh Amazon UK pada Januari 2025 dan akan dilancarkan di pasaran utama di APAC, Amerika Latin dan India pada awal tahun 2025.

CES 2025: The new Biwin range with premium Black Opal SSDs and Amber mobility for pros
CES 2025: The new Biwin range with premium Black Opal SSDs and Amber mobility for pros

Siri Produk Inovatif untuk Pelbagai Keperluan

Siri Black Opal Biwin

Modul SSD dan DRAM premium Black Opal membawakan storan dan ingatan sedia untuk permainan yang terbaik kepada ahli profesional dan peminat yang menuntut prestasi terunggul, masa muat yang pantas, corak permainan yang lancar dan pengendalian data yang andal.

Siri ini menggabungkan teknologi canggih dengan ketukangan yang luar biasa, seperti yang dilihat pada Biwin Black Opal X570 PRO SSD. Black Opal X570 PRO menonjol dengan antara muka PCIe Gen 5×4 dan protokol NVMe 2.0, mencapai kelajuan bacaan luar biasa sehingga 14,000 MB/s.

Bagi ahli profesional dan peminat yang mahukan prestasi ingatan yang unggul, Biwin Black Opal DW100 RGB DDR5 CUDIMM, memanfaatkan kepakaran OC Lab Biwin, memberikan 9200 MT/s yang mengagumkan dengan kependaman CAS CL42.

Siri Amber Biwin

Siri Amber menawarkan penyelesaian storan mudah alih yang luar biasa (SSD mudah alih, kad ingatan dan pembaca kad) untuk golongan profesional seperti jurugambar dan pencipta kandungan.

Kalis habuk, air dan jatuh, Biwin Amber PR2000 menampilkan struktur tahan lasak yang dicipta dengan pengacuan dua suntikan termaju, penutup silikon pelindung untuk ketahanan yang dipertingkat dan gelung bersepadu agar mudah dibawa.

Rakam dan pindahkan video 8K dengan lancar menggunakan kad ingatan Biwin Amber CB500 CFexpress™ 4.0 Type B, menawarkan kelajuan bacaan sehingga 3750 MB/s dan ketahanan yang luar biasa.

Siri Biwin

Barisan produk arus perdana ini merupakan gerbang kepada penyelesaian teknologi mampu milik dan berkualiti tinggi. Disesuaikan untuk tuntutan harian pengguna PC peringkat tinggi, pencipta kandungan dan ahli profesional jarak jauh, produk ini menawarkan gabungan fungsian dan kemampumilikan yang ideal.

Dipamerkan di CES 2025

Di CES 2025, Biwin akan mempamerkan inovasi storan dan ingatan terkininya melalui demonstrasi langsung yang dinamik dan pameran interaktif. Para hadirin boleh meneroka aplikasi dunia sebenar produk Biwin, termasuk PC overclock yang dikuasakan oleh Biwin OC LAB CUDIMM, kamera gred profesional yang dilengkapi dengan kad ingatan Biwin dan permainan pada PS5 Pro yang menampilkan Biwin SSD yang beroperasi.

Alami sendiri reka bentuk dan teknologi Biwin yang memenangi anugerah. Kunjungi Reruai Biwin #8205, LVCC North Hall dan suite korporat BIWIN di Bellagio Hotel, di CES 2025, 7-10 Januari di Las Vegas, Nevada.

Latar Belakang Biwin

Ini dunia digital. Kita semua memerlukan peranti digital kita—dan peranti ini memerlukan storan dan ingatan terbaik untuk memberikan prestasinya yang terbaik.

Selama berdekad-dekad lamanya, Biwin membina storan dan ingatan kritikal dalam kebanyakan peranti digital utama yang telah mentakrifkan dunia digital kita.

Jenama pengguna kami memberikan pengalaman terbaik kami kepada anda, pelbagai SSD, DRAM, kad ingatan dan aksesori berkaitan yang akan membantu anda memanfaatkan sepenuhnya peranti anda.

Sama ada di tempat kerja, semasa bermain atau berhibur, kami percaya anda boleh mengharapkan yang terbaik dengan jenama Biwin kami.

Biwin, Dibina untuk Berjaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Biwin, sila kunjungi www.biwintech.com.

Untuk foto akhbar, sila klik di sini.

Untuk lebih banyak bahan, sila klik di sini.

 

Source: BIWIN Storage Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services