BARCELONA, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Penyelesaian Perayauan Generasi Akan Datang untuk Membantu Pengendali Meningkatkan Hasil dan Menambah Baik Pengalaman Pelanggan apabila Pelanggan Merayau (Roam) menggunakan Rangkaian VoLTE.
Mobileum, peneraju bagi penyelesaian analisis untuk transformasi perniagaan telekomunikasi, mendedahkan pada hari ini penyelesaian perayauan generasi akan datang sedia-VoLTE yang akan membolehkan pengendali menawarkan barisan perkhidmatan baharu, memantau penggunaan dan kualiti, serta meningkatkan pengalaman pelanggan apabila pelanggan mereka melakukan perayauan pada rangkaian VoLTE.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325 )
Penyelesaian Perayauan sedia-VoLTE Mobileum yang diumumkan hari ini di Kongres Dunia Mudah Alih 2015 termasuk:
"Sebagai penyedia #1 penyelesaian perayauan kepada pengendali mudah alih, kami komited untuk membantu pengendali bersedia untuk masa hadapan dan memecutkan pulangan atas pelaburan (ROI) daripada pelaburan mereka dalam rangkaian VoLTE," kata V.V.R. Kishore, Naib Presiden Kanan, dan Ketua Barisan Perniagaan Perayauan di Mobileum.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang penyelesaian perayauan sedia-VoLTE Mobileum, sila lawati gerai Mobileum (Dewan 6, Gerai 6H41) di Kongres Dunia Mudah Alih.
Latar Belakang Mobileum
Mobileum membantu penyedia perkhidmatan telekomunikasi memanfaatkan kuasa analisis ramalan dan pengetahuan masa nyata untuk mendorong transformasi perniagaan yang mendatangkan keputusan. Sepanjang lebih 15 tahun lalu, Mobileum telah menyampaikan penyelesaian penting seperti Perayauan Suara dan Data, Analisis Penipuan, Pengewangan Data, Analisis untuk Pengalaman Pelanggan dan Pengukuran & Jaminan Prestasi Perkhidmatan, kepada lebih 617 rangkaian pengendali di 170 buah negara. Platform Wisdom Mobileum membolehkan CSP mendapatkan kefahaman mendalam tentang tingkah laku pelanggan dan rangkaian, serta memanfaatkannya untuk meningkatkan penerimaan perkhidmatan, menyekat kerugian, menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat, meramalkan jenis penipuan baharu, dan juga memanfaatkan model hasil berpacu-data generasi seterusnya. Mobileum berpangkalan di Silicon Valley California dengan beberapa pejabat di seluruh dunia. Untuk mempelajari lebih lanjut, lawati http://www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.
Hubungi Mobileum :
Nilanjan Ray, Pengarah Kanan Pemasaran
Tel: (+91)9739970225
nilanjan.ray@mobileum.com
Sumber: Mobileum, Inc.