omniture

Pusat Beli-Belah Klippa Melancarkan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA

Klippa
2024-12-23 17:38

PULAU PINANG, Malaysia, 23 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Hanya beberapa hari selepas meraih kejayaan sebagai tuan rumah untuk acara Maraton Aspen-Klippa Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang, Klippa Shopping Centre dengan penuh keterujaan kini mengumumkan pelancaran Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA, yang bakal menghidupkan lagi Batu Kawan sebagai sebuah destinasi pilihan ramai. Dijadualkan akan dibuka pada bulan Jun 2025, fasiliti yang lengkap ini merupakan penanda aras kerjasama antara Soccer Experience bersama tanah besar Pulau Pinang, di samping mengukuhkan lagi perancangan utama Klippa untuk menjadi hab bagi masyarakat sekitar, gaya hidup, kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Pusat Beli-Belah Klippa Melancarkan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA
Pusat Beli-Belah Klippa Melancarkan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA

Diusahakan oleh pengasas Soccer Experience, Martin Tierney, fasiliti di Batu Kawan yang meliputi 200,000 kaki persegi bakal menjadi yang terbesar dalam portfolio Soccer Experience. Kemudahan tersebut merangkumi dua buah padang bola sepak, termasuk sebuah padang berbumbung yang direka untuk menganjurkan acara besar, pertandingan biasa dan tempahan individu. Selain itu, pengunjung turut boleh menikmati sajian ringan, antaranya hidangan IKEA di rumah kelab. Dilengkapi dengan tempat letak kereta yang mencukupi untuk memberi kemudahan maksimum, bagi memastikan semua dapat menikmati pengalaman hebat yang menyeronokkan.

Soccer Experience F.C memiliki pengalaman yang cukup luas dalam mencungkil bakat muda, di mana ramai pemain berjaya memperolehi biasiswa bola sepak kolej, menyertai pelbagai pasukan remaja kebangsaan, serta mengambil bahagian dalam uji bakat profesional.  Dan yang terbaharu, Fergus Tierney, pemain muda Soccer Experience yang pertama yang juga anak kepada pengasasnya, Martin Tierney, menjadi tajuk utama apabila beliau menjaringkan gol antarabangsa solo pertamanya untuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia. Fergus melahirkan keterujaannya tentang Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA, di mana beliau juga berharap fasiliti ini akan memberi inspirasi dan menyerlahkan bakat generasi muda dalam sukan bola sepak Malaysia di masa akan datang.

Fasiliti tersebut akan memenuhi keperluan pemain di semua peringkat umur melalui akademi bola sepaknya, dengan penyediaan latihan, penganjuran liga pertandingan dan kejohanan untuk pemain wanita, belia dan kanak-kanak, serta bertujuan untuk memupuk bakat yang merangkumi semua golongan.

Komitmen terhadap Kelestarian dan Masyarakat

Sejajar dengan visi Pelan Utama Klippa untuk pembangunan berfokuskan kemampanan, sebahagian daripada Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, akan dibina dengan menggunakan semula bahan bangunan pejabat pengurusan projek sedia ada. Fasiliti itu juga akan menggabungkan beberapa infrastruktur prasarana hijau seperti penggunaan tenaga solar dan sistem penuaian air hujan. Bagi membuktikan lagi komitmennya untuk memelihara alam sekitar, pokok sedia ada juga akan ditanam semula di  sekitar kawasan fasiliti bagi menghidupkan lagi suasana kehijauan yang mesra alam.

Arnoud Bakker, Pengarah Strategi Pasaran dan Pembangunan Hartanah di Ikano Centres, dengan bersemangat menceritakan tentang peranan Klippa dalam memupuk komuniti yang cergas dan aktif, katanya, "Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, amat menepati visi kami untuk mencipta ruang yang dinamik, di mana orang ramai boleh berhubung dan mengasah minat dan aspirasi mereka bersama rakan dan keluarga. Selepas berjaya menganjurkan Maraton Aspen-Klippa Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2024 serta membuka hab sukan terkemuka Decathlon, kami berbangga untuk terus menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif melalui inisiatif komuniti di Batu Kawan."

Tambah beliau lagi, "Klippa Shopping Centre dan pembangunan pelan utama bukanlah sekadar pusat beli-belah; ia adalah nadi Batu Kawan di dalam Aspen Vision City, bandar pintar di Malaysia Utara. Apabila kawasan ini maju, peranan Klippa sebagai pemangkin untuk pembangunan tersebut adalah penting. Komitmen kami untuk mengembangkan Klippa dan memberikan pengalaman terbaik untuk komuniti, memelihara kehijauan alam sekitar, mencipta ruang yang mesra keluarga dan pelbagai bentuk hiburan yang menarik adalah tidak berbelah bahagi, ditambah pula dengan fasiliti Soccer Experience, adalah antara contoh bagaimana kami terus berkembang, memberikan pengalaman yang memberi manfaat, baik kepada individu mahupun masyarakat setempat."

Martin Tierney, Pemilik & Pengasas Soccer Experience, berkongsi kegembiraannya mengenai perkembangan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, di Batu Kawan, dengan kenyataannya, "Kami amat berbesar hati untuk membawa Soccer Experience ke tanah besar Pulau Pinang. Fasiliti ini lebih dari sekadar tempat bersukan—ia adalah sebuah tempat dinamik dan dibina untuk komuniti setempat mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan indah bagi semua peringkat umur. Matlamat kami bukan sahaja untuk menyediakan kemudahan bermain bola sepak bertaraf dunia tetapi juga untuk mengasah bakat tempatan, menggalakkan kesaksamaan dan keterangkuman, serta melahirkan minat yang mendalam terhadap sukan berprestij ini. Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk para pemain, peminat dan keluarga berkumpul sambil meraikan sukan bola sepak dengan cara yang mudah diakses, mampan dan nilainya yang akan berakar umbi di dalam komuniti. Fasiliti ini akan memainkan peranan penting dalam memartabatkan budaya sukan tempatan, menyokong pembangunan liga untuk belia dan wanita, di samping menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Batu Kawan khususnya dan juga masyarakat luar amnya."

Peningkatan yang Berterusan dan Penglibatan Komuniti

Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA merupakan elemen utama dalam komitmen Klippa untuk meningkatkan kedudukannya sebagai nadi dan hab perbandaran Batu Kawan. Pencapaian terkininya, seperti pembukaan Decathlon pada Oktober 2024 mengukuhkan lagi kedudukan Klippa sebagai hab untuk gaya hidup aktif dan tempat membeli-belah.

Di masa hadapan, pembinaan stesen minyak Caltex telah dirancang untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung. Kejayaan kerjasama antara Klippa dengan Aspen dan EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) Negeri Pulau Pinang dalam menganjurkan Maraton Aspen-Klippa Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang  yang baru sahaja tamat menunjukkan komitmennya terhadap acara tempatan dan penglibatan masyarakat. Pertandingan yang berlangsung berhampiran Aspen Vision City Central Park di Bandar Cassia, Batu Kawan itu telah berjaya menarik lebih 22,000 peserta dari 65 buah negara dan daerah. Klippa yang memainkan peranan penting sebagai pusat pengumpulan kit perlumbaan, meraikan ribuan peserta dan pengunjung dengan suasana yang meriah, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab penting komuniti Batu Kawan.

Dengan gabungan sukan, gaya hidup dan kelestariannya, fasiliti ini menjanjikan asas yang kukuh kepada komuniti Batu Kawan, di samping menyediakan ruang rekreasi dan tempat pertemuan yang tiada bandingannya.

Untuk maklumat lanjut tentang Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA atau perkembangan lain di Klippa, sila ikuti Klippa Shopping Centre di Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan kemas kini terkini.

Mengenai Ikano Centres

Portfolio pusat beli-belah ialah nadi dan hab komuniti kami, sekali gus mewujudkan kehidupan seharian yang lebih berkualiti untuk 100 juta pelawat yang mengunjungi kami pada setiap tahun. Bersama-sama IKEA, kami mencipta  pusat pertemuan untuk rakan dan keluarga bagi menikmati pengalaman yang selamat dan menyeronokkan. Kami juga membangunkan tanah dan melabur dalam perumahan, pejabat dan hartanah lain untuk mewujudkan destinasi yang dinamik, yang membolehkan orang ramai tinggal, bekerja dan bermain. Dengan cita-cita yang tinggi untuk mengembangkan portfolio kami pada masa ini, kami komitedmengendalikan lima tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand termasuk IPC dan MyTOWN di Kuala Lumpur, Toppen di Johor Bahru, Klippa, fasa pertama pusat beli-belah kami di Batu Kawan, Pulau Pinang, dan Megabangna di Bangkok. Kami adalah sebahagian daripada Ikano Retail, iaitu satu-satunya pemegang francais IKEA di dunia yang dimiliki oleh keluarga Kamprad yang  menjadi pengasas IKEA. Untuk maklumat lanjut, sila layari LAMAN SESAWANG atau laman LINKEDIN Ikano Centres.

Source: Klippa
Keywords: Retail Sports Sports Equipment & Accessories New products/services