-- Diperkasakan oleh Android Wear™, Huawei Watch Menampilkan Rekaan Membulat Sepenuhnya yang Tidak Lapuk dek Zaman
BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Huawei terus mencipta kejayaan baharu dalam ruang alat boleh pakai dengan memperkenalkan Huawei Watch hari ini, diperkasakan oleh Android Wear™ semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2015. Jam yang membulat sepenuhnya itu menampilkan paparan AMOLED sentuhan sensitif sebesar 1.4 inci, kanta kristal nilam kalis calar, rangka keluli tanpa karat tempa sejuk, dan didatangkan dengan pemantau kadar degupan jantung terbina dalam, serta penderia pergerakan 6-Axis. Huawei Watch merupakan jam tangan pintar pertama dalam rangkaian produk alat boleh pakai Huawei.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150301/178622
"Kami telah memenuhi permintaan pelanggan seluruh dunia yang meminta jam tangan pintar dengan rekaan yang takkan lapuk dimakan zaman yang benar-benar pintar dari dalamnya. Melalui komitmen berterusan Huawei untuk "Memungkinkan Segalanya", Huawei Watch mengotakan janji itu dan memberi pengguna jam tangan pintar premium yang inovatif daripada segi teknologi," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group. "Sebagai jam tangan pintar pertama dalam rangkaian produk alat boleh pakai premium kami yang semakin bertambah, Huawei Watch direka dan dicipta bagi mempertingkat dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pengguna."
Rekaan yang Takkan Lapuk Dimakan Zaman
Direka oleh sepasukan pereka jam tangan berpengalaman yang mempunyai pengalaman yang beraneka dalam mencipta jam tangan yang bergaya dan abadi, kepekaan mereka terhadap butiran begitu ketara daripada pandangan pertama lagi, dengan paparan AMOLED berkilau 1.4 inci pada resolusi 400 x 400 piksel pada 286 ppi dengan 10,000:1 nisbah kontras tinggi, lalu membuatkannya jam tangan pintar Android Wear yang paling bertenaga.
Dibuat daripada lebih 130 komponen, Huawei Watch mempunyai kepala, kerangka, dan sendi terbina daripada keluli tahan karat tempaan sejuk yang berkualiti tinggi serta kalis calar, membuatkannya 40 peratus lebih keras. Dengan butang tekan pukul dua yang intuitif, jam itu menawarkan paras kawalan dan keselesaan tertinggi kepada pengguna. Huawei Watch didatangkan dalam tiga warna bergaya: emas, perak, dan hitam.
Direka dengan mengambil kira sifat boleh suai khusus, lebih 40 muka jam tangan unik boleh didapati untuk dijadikan pilihan, termasuk pelbagai tali jam yang dibuat daripada bahan berbeza, dalam gaya berbeza. Huawei Watch akan didatangkan dengan stesen pengecasan bermagnet untuk manfaat pengguna.
Pintar di Dalam
Diperkasakan oleh Android Wear, menerima SMS, e-mel, kalendar, aplikasi, dan pemberitahuan panggilan telefon menjadi amat mudah dan menyenangkan. Serasi dengan telefon pintar yang menggunakan Android 4.3 atau lebih tinggi, Huawei Watch mempunyai pemproses 1.2GHz Qualcomm yang berkuasa untuk prestasi optimum, termasuk simpanan sebesar 4GB, RAM sebanyak 512MB dan Bluetooth 4.1. Bagi penggemar sukan, atau mereka yang berminat untuk menjejaki tahap kecergasan mereka, Huawei mempunyai penderia pemantau kadar degupan jantung, penderia pergerakan 6-Axis, dan penderia barometer yang mengesan serta menjejaki secara automatik dalam masa sebenar jika pengguna sedang berjalan, berlari, menaiki basikal, mendaki, atau tidur. Secara spesifiknya, pengguna boleh memantau segalanya daripada jumlah kalori yang dibakar, hinggalah kepada kadar degupan jantung, ketinggian yang dipanjat, bilangan langkah yang diambil, dan jarak yang dilalui.
Ekosistem Kesihatan Huawei
Bagi menggalakkan pengguna menjalani kehidupan yang lebih sejahtera dan sihat, Huawei berdedikasi untuk membina ekosistem kesihatan dan gaya hidup boleh pakai yang akan membantu pengguna menetapkan matlamat serta menjejaki perkembangan mereka. Dengan rakan kongsi yang mengujakan termasuk Jawbone, Ekosistem Kesihatan Huawei mencari aplikasi kesihatan dan kecergasan pihak ketiga lain yang inovatif yang akan menggalakkan pengguna untuk membebaskan diri mereka.
Ketersediaan dan Aksesori
Huawei Watch boleh didapati di lebih 20 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Norway, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Emiriah Arab Bersatu. Ketersediaan dan harga yang tepat akan diumumkan pada tarikh kemudian dalam setiap pasaran tempatan itu.
Latar Belakang Huawei Consumer BG
Dengan 16 pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di beberapa buah negara termasuk Jerman, Sweden, AS, Perancis, Itali, Rusia, India, dan China, produk-produk dan perkhidmatan Huawei merentasi lebih 170 buah negara, berkhidmat untuk satu pertiga daripada populasi dunia. Pada 2014, penghantaran sedunia telefon pintar Huawei adalah yang ketiga terbanyak di dunia. Sebagai salah satu daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei, Huawei Consumer BG menawarkan telefon bimbit, peranti jalur lebar mudah alih (MBB) dan peranti kediaman. Dengan lebih 20 tahun kepakaran yang pelbagai dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), rangkaian global menyeluruh, pengendalian perniagaan global serta rangkaian rakan kongsi yang luas, Huawei Consumer BG berdedikasi untuk menyediakan teknologi terkini kepada pengguna, menawarkan kemungkinan tanpa batasan, mencipta pengalaman luar biasa dan juga merealisasikan impian untuk semua, di mana-mana sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: consumer.huawei.com
Untuk kemas kini tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami di:
Facebook: facebook.com/HuaweiDevice
Twitter: twitter.com/HuaweiDevice
Google+: google.com/+HuaweiDevice
YouTube: youtube.com/HuaweiDevice
Flickr: flickr.com/HuaweiDevices