SEOUL, Korea Selatan, 23 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Medit melancarkan aplikasi mudah alih, MEDIT M, tersedia untuk pengguna mulai 18 Disember 2024.
Keluaran yang amat dinanti-nantikan ini menumpukan ciri-ciri utama yang diminta oleh golongan profesional pergigian dan bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi dan kecekapan antara klinik dan makmal.
Ciri-ciri Utama
Merevolusikan Aliran Kerja Pergigian dengan MEDIT M
MEDIT M mempermudah bidang pergigian digital dengan mengupayakan kolaborasi masa nyata dan aliran kerja yang lancar untuk golongan profesional pergigian. Dengan antara muka mesra penggunanya, aplikasi ini direka untuk memenuhi keperluan tertentu dalam industri ini.
Ia meningkatkan kecekapan dan kemudahan aliran kerja dengan menyediakan pemberitahuan segera dan ciri sembang untuk komunikasi yang pantas dan berkesan. Diintegrasikan sepenuhnya dengan Medit Link, aplikasi ini menawarkan akses mudah alih kepada data pesakit dan kes.
Pengguna boleh melihat data imbasan 3D dengan cepat, yang membantu mengurangkan ralat dan menambah baik hasil. Selain itu, aplikasi ini memperkemas aliran kerja, menjimatkan masa dengan menghapuskan langkah-langkah yang tidak perlu dan meningkatkan produktiviti keseluruhan.
Ketersediaan dan Sokongan
MEDIT M akan sedia dimuat turun daripada Google Play Store dan App Store. Bagi membantu pengguna, panduan komprehensif dan bahan suai tugas tersedia melalui laman web rasmi Medit.
Latar Belakang Medit
Medit ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pergigian digital, komited untuk memajukan bidang ini dengan teknologi inovatif dan sokongan pelanggan. Melalui inovasi yang berterusan, Medit membantu golongan profesional pergigian mencapai hasil yang luar biasa sambil memacu industri ke hadapan.