omniture

Shanghai Electric Akhiri Program Peningkatan Kemahiran Lapan-Hari untuk Pekerja Projek Thar Pakistan

Shanghai Electric
2024-12-24 12:01 2

Komited untuk memupuk golongan profesional mahir dalam tenaga moden dan industri, Syarikat menggalakkan pertumbuhan industri yang mampan

KARACHI, Pakistan, 24 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Seramai dua puluh orang pekerja daripada Projek Integrasi Tenaga Blok I Medan Batu Arang Thar Pakistan telah menyelesaikan program latihan intensif selama lapan hari baru-baru ini di Shanghai dan Beijing, China. Program ini, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif peningkatan kemahiran bakat Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727), menyediakan kepada peserta dengan peluang pembelajaran secara praktikal dan pemahaman yang mendalam untuk meningkatkan set kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka, menyaksikan satu lagi langkah dalam usaha Shanghai Electric yang lebih luas untuk memupuk bakat tempatan dan menyumbang kepada pembangunan sektor tenaga Pakistan yang mampan.

 
Shanghai Electric Concludes Eight-Day Upskilling Program for Pakistan’s Thar Project Employees

Para pelatih, termasuk peranan pengurusan dan teknikal daripada projek berkenaan, terlibat dalam satu set aktiviti yang direka untuk melengkapkan mereka dengan pemahaman terkini mengenai pembangunan tenaga dan industri. Sorotan utama program termasuk seminar mengenai budaya korporat dan teknologi canggih Shanghai Electric, serta lawatan ke tapak pengeluaran Shanghai Boiler Works. Kumpulan berkenaan turut melawat ibu pejabat Shanghai Electric, di mana mereka meneroka visi syarikat iaitu Create Our Future Together (Cipta Masa Depan Kita Bersama-sama), seterusnya memperkukuh pemahaman mereka tentang pendekatan syarikat terhadap inovasi dan kolaborasi.

"Ia merupakan suatu pengalaman yang memperkaya apabila dapat memerhati dengan teliti kekayaan budaya China dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang operasi Shanghai Electric. Program ini memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja dengan lebih keras ke arah mencapai matlamat syarikat dan aspirasi pembelajaran peribadi saya," Zia ul Qama, Pengurus Operasi Komersial di Projek Thar, mengimbas kembali pengalaman tersebut.

Projek Integrasi Tenaga Blok 1 Medan Batu Arang Thar, yang beroperasi sejak Februari 2023, memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan tenaga Pakistan dengan kapasiti output tahunan mencecah 9 bilion kilowatt-jam, menjana kuasa untuk hampir 4 juta isi rumah. Lebih daripada sekadar penyedia tenaga, projek berkenaan mencerminkan komitmen Shanghai Electric untuk memupuk pertumbuhan mampan dan kemajuan sosial.

Dengan memperkenalkan inisiatif bersasar bagi meningkatkan peluang untuk wanita, Shanghai Electric bekerjasama dengan projek tersebut untuk memupuk persekitaran yang menyokong dan saksama, lalu menyumbang kepada kemajuan yang bermakna dalam keterangkuman tempat kerja di wilayah ini. Syarikat ini mencapai kemuncaknya dengan pengiktirafan baharu, Anugerah Pemerkasaan Wanita dan Kesamarataan Jantina pada tahun 2023, daripada Persekutuan Majikan Pakistan dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Usaha Shanghai Electric terhadap aspek kelestarian turut melayakkannya menerima anugerah, Penyumbang Kemakmuran Bersama, di Sidang Kemuncak CSR Tahunan ke-16 yang diadakan pada Ogos 2023, sebuah acara yang meraikan ulang tahun kesepuluh pelancaran Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility DEI Page