omniture

Xinhua Silk Road: Harbin Timur Laut China alu-alukan pengunjung dengan tarikan ais dan salji istimewa

Xinhua Silk Road
2024-12-24 12:21 8

BEIJING, 24 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Edisi ke-26 bagi Harbin Ice and Snow World dibuka di Harbin yang dikenali sebagai "bandar ais" di Wilayah Heilongjiang timur laut China pada 21 Disember, menandakan kembalinya salah satu taman tema musim sejuk yang paling ikonik di negara ini.

Photo shows the giant snowman in Harbin, northeast China's Heilongjiang Province. (Xinhua/Dai Jinrong)
Photo shows the giant snowman in Harbin, northeast China's Heilongjiang Province. (Xinhua/Dai Jinrong)

Sejumlah besar pelawat berduyun-duyun masuk ke taman itu sebaik sahaja ia dibuka dan sebahagian daripada mereka beratur ratusan meter untuk menikmati pengalaman gelongsor ais yang popular.

Selain daripada Harbin Ice and Snow World, banyak tarikan bertemakan musim sejuk turut dilancarkan oleh Harbin untuk menghiburkan pengunjung.

Pada 17 Disember, orang salji gergasi telah dibina di taman muzik Qunli. Dengan memakai selendang merah, topi merah dan wajah yang tersenyum, mercu tanda bandar tahunan itu menarik minat ramai pelancong.

Di Sophia Square dan Central Street, sepuluh penguin comel dari Harbin Polarpark berjalan terkedek-kedek dan menyanyi bagi menyambut peminat mereka.

Di kawasan pemandangan Sun Island, arca salji indah setinggi 20-meter Sun Wukong, yang dikenali sebagai Raja Monyet, diperkenalkan buat julung kalinya di Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin ke-37, memaparkan pendirian yang megah dan berkuasa.

Pameran bunga ros kuning yang dibekukan dalam batu-bata ais di hadapan sebuah pusat beli-belah di bandar ini menjadi tular di media sosial apabila bunga ros itu membuak keluar daripada dinding ais bagi menghasilkan air terjun bunga.

Satu siri acara istimewa seperti Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin ke-41, Taman Seni Tanglung Ais Ke-51, Karnival Ais dan Salji Sungai Songhua ke-7, Pertandingan Arca Ais Antarabangsa ke-36 dan Pertandingan Arca Ais Gabungan Antarabangsa ke-12 akan diadakan untuk menyerlahkan daya tarikan aktiviti jenama ais dan salji Harbin.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/343683.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Publishing/Information Service Travel New products/services