omniture

AIMA Technology Group Perkenal Tujuh Produk Mobiliti Elektrik Baharu di CES 2025 dan Bekerjasama dengan Jenama Itali Tetapkan Standard Industri Baharu

AIMA Technology
2024-12-25 15:04

LAS VEGAS, 25 Disember 2024 /PRNewswire/ -- AIMA Technology Group akan memperkenalkan buat julung kalinya tujuh produk mobiliti elektrik baharu di CES 2025 bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai, bermula daripada pengulang-alik bandar kepada pencari pengembaraan. Setiap produk akan memaparkan gabungan istimewa daripada AIMA Technology Group antara reka bentuk futuristik, teknologi pintar dan kejuruteraan yang mengutamakan alam sekitar, memajukan selanjutnya mobiliti elektrik yang lestari.

AIMA Technology Group juga akan memperkenalkan perkongsian strategiknya dengan jenama Itali terunggul di CES 2025, menggabungkan estetika mewah dengan prestasi unggul untuk menetapkan standard baharu dalam industri mobiliti elektrik. Kolaborasi ini akan mentakrifkan semula kemewahan dan praktikaliti dalam mobiliti elektrik bagi mewujudkan penanda aras baharu untuk industri ini.

Pengembangan global AIMA Technology Group menjadi semakin pantas, yang sudahpun meliputi lebih 50 negara, dengan volum jualan kumulatif melebihi 80 juta unit menjelang tahun 2023. Pameran di CES 2025 akan mengukuhkan lagi kepimpinan AIMA Technology Group dalam pasaran mobiliti elektrik global.

Semasa CES 2025, AIMA Technology Group akan mengadakan majlis resepsi media pada hari Selasa, 7 Januari jam 10:30 pagi (Waktu Pasifik) untuk mempamerkan barisan produk baharunya. Pada 8 Januari jam 11:00 pagi, AIMA akan memperkenalkan produk baharu konsep edisi terhad misteri di reruai CES, yang mentakrifkan semula masa depan mobiliti. Kami mengundang anda untuk menyertai kami bagi meneroka inovasi rintis ini. Lokasi reruai: Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Utara, Reruai #10947, mempamerkan pencapaian inovatif kami yang terkini.

Reruai AIMA Technology: Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Utara, Reruai #10947.

Source: AIMA Technology
Related Stocks:
Shanghai:603529
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trade show news