omniture

AIMA Technology Group bakal Pamer Tujuh Produk Rintis di CES 2025 dan Umum Perkongsian Strategik bersama Jenama Itali Terkenal

AIMA Technology
2024-12-25 15:07

LAS VEGAS, 25 Disember 2024 /PRNewswire/ -- AIMA Technology Group, peneraju global bagi mobiliti elektrik, akan mempamerkan tujuh produk mobiliti elektrik rintis di CES 2025 dan mengumumkan perkongsian strategik dengan jenama Itali yang terkenal. Susulan kejayaan pelancaran HYHAWK, BIG SUR, BIG SUR SPORT dan SANTA MONICA, AIMA Technology Group akan memperkenalkan siri terkininya dan mengumumkan kolaborasi, seterusnya memantapkan lagi kepimpinannya di pasaran global.

Angela Zheng, Ketua Pegawai Eksekutif AIMA EBIKE, berkata, "CES 2024 hanyalah permulaan kepada perjalanan kami untuk mentakrifkan semula mobiliti elektrik. Pada tahun 2025, kami membawanya ke peringkat seterusnya dengan inovasi rintis yang menerobos sempadan perjalanan elektrik yang mampan, bergaya dan berprestasi tinggi." Pada tahun 2025, AIMA Technology menyasarkan lebih 600 lokasi Penjual Basikal Bebas (IBD) di A.S. dan melancarkan 6 produk baharu. AIMA mengeksport ke lebih 50 negara dan membangunkan 11 pangkalan pengeluaran di seluruh dunia, termasuk kilang luar negara di Indonesia dan Vietnam.

Semasa berlangsungnya CES 2025, AIMA Technology Group akan mengadakan majlis resepsi media pada hari Selasa, 7 Januari jam 10:30 pagi (Waktu Pasifik) untuk mempamerkan barisan produk baharunya. Pada 8 Januari jam 11:00 pagi, AIMA akan memperkenalkan produk konsep edisi terhad misteri di reruai CES, mentakrifkan semula masa depan mobiliti. Kami menjemput anda untuk menyertai kami dalam meneroka inovasi rintis ini. Lokasi reruai: Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Utara, Reruai #10947, mempamerkan pencapaian inovatif kami yang terkini.

Reruai AIMA Technology: Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Utara, Reruai #10947.

Source: AIMA Technology
Related Stocks:
Shanghai:603529
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trade show news