omniture

XCMG Lancar Pensijilan Peralatan Terpakai Dorong Pembangunan Mampan dalam Jentera Pembinaan

XCMG Machinery
2024-12-28 15:18 13

XUZHOU, China, 28 Disember 2024 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE: 000425) melancarkan secara rasmi jenama XCMG Certified Used Equipment, menyaksikan satu peristiwa penting dalam pembangunan perniagaan kitarannya. Inisiatif ini mencerminkan komitmen XCMG untuk menangani cabaran industri, menggalakkan prinsip-prinsip ekonomi kitaran hijau dan mempercepat peralihan ke arah pembangunan mampan dan keneutralan karbon.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri jentera pembinaan China telah mencapai kemajuan yang luar biasa. Dengan memanfaatkan kepakaran teknologinya yang mendalam, pengalaman pembuatan yang luas dan pengaruh jenama yang mantap, XCMG memantapkan kedudukan jenama peralatan terpakai rasminya yang diperakui. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan transformasi industri, meningkatkan nilai kitaran hayat peralatan khas dan menawarkan jaminan kualiti dan perkhidmatan yang komprehensif merentas rantaian nilai.

Di Pameran bauma China baru-baru ini, XCMG dan Ritchie Bros. menganjurkan secara bersama lelongan peralatan terpakai, mempamerkan lebih 300 unit yang diperiksa dan dibaik pulih sepenuhnya daripada 16 kategori produk XCMG, termasuk kren, mesin pengorek, peralatan perlombongan, pemadat, jentera angkut, jentera konkrit dan peralatan cerucuk. Unit-unit ini dilancarkan di laman web Ritchie Bros., melambangkan lembaran baharu dalam pasaran peralatan terpakai.

XCMG Launches Used Equipment Certification to Drive Sustainable Development in Construction Machinery.
XCMG Launches Used Equipment Certification to Drive Sustainable Development in Construction Machinery.

Selaras dengan visinya untuk menjadi jenama perkhidmatan terulung di dunia, XCMG turut memperkenalkan jenama perkhidmatan XCMG TrueCare ("TrueCare"). TrueCare merangkumi usaha tanpa henti oleh XCMG terhadap penyelesaian bersepadu, sejajar dengan falsafah jenama Solid to Succeed (Mantap untuk Berjaya). Jenama perkhidmatan ini direka untuk menyampaikan inovasi termaju, kawalan kualiti yang ketat dan perkhidmatan yang cekap, memperkasakan pelanggan untuk mengekalkan kelebihan daya saing di pasaran global.

"Inisiatif ini akan meluaskan rantaian nilai, memupuk inovasi dan mengangkat XCMG ke tahap lebih tinggi sebagai jenama yang diiktiraf di peringkat global," kata Liu Jiansen, naib presiden XCMG.

Lima misi teras XCMG TrueCare ialah:

  1. Pantas: Rangkaian perkhidmatan global memastikan tindak balas pantas kepada keperluan pelanggan untuk meminimumkan masa henti.
  2. Optimum: Integrasi lima sistem pengurusan digital termaju XCMG memberikan penyelesaian tersuai untuk meningkatkan kecekapan operasi.
  3. Jangka panjang: Model perkhidmatan TCO, termasuk jaminan lanjutan dan program pramilik diperakui, menyediakan penjagaan kitaran hayat penuh dan membina hubungan pelanggan yang berkekalan.
  4. Pintar: Penyelesaian pintar yang komprehensif memenuhi keperluan khusus pelanggan melalui penyepaduan antara penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, pembekalan, penjualan dan perkhidmatan.
  5. Berdedikasi: Pusat panggilan global dan pasukan profesional memberikan sokongan 24/7, memastikan operasi peralatan yang cekap dan kepuasan pelanggan 100%.

Dengan kemajuan yang strategik ini, XCMG bersedia untuk mentakrifkan semula standard industri, memacu penggunaan amalan mampan dan memperkukuh kepimpinannya do pasaran jentera pembinaan global.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation New products/services