omniture

Pelancaran Global JETOUR T2 i-DM: Bentuk Semula Pasaran SUV Hibrid

JETOUR AUTO
2024-12-29 20:31

DOHA, Qatar, 29 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 25 Disember 2024, Festival Peminat JETOUR Pertama dan Pelancaran T2 i-DM telahpun diadakan di Qatar, bertemakan "Think Future" ("Fikirkan Masa Depan"). Semasa berlangsungnya acara ini, JETOUR melancarkan jenama penggunanya "Traveler" di Timur Tengah dan model hibrid pertamanya, JETOUR T2 i-DM. Acara pelancaran menyerlahkan komitmen JETOUR untuk meneroka mod perjalanan yang mampan dan cita-cita untuk menjadi "Jenama Terkemuka Dunia bagi Kenderaan Luar Jalan Hibrid" di bawah strategi "Travel+".


JETOUR T2 i-DM bukan sahaja mewarisi kekuatan siri T2, tetapi turut mencapai kecekapan tenaga yang tinggi, prestasi tinggi, keselamatan tinggi dan kecerdasan tinggi dengan teknologi hibrid termaju, i-DM. Dengan kuasa tergabung maksimum 280kW dan tork 610N•m, T2 i-DM menawarkan rangkaian elektrik tulen NEDC sejauh 139km dan jarak keseluruhan melebihi 1,000km pada hanya 0.8L/100km, lalu menangani kebimbangan jarak dan menggalakkan perjalanan hijau.

En. Dai Lihong, naib presiden eksekutif JETOUR Auto, menekankan peranan teknologi dalam menghasilkan produk bertaraf dunia. Pelancaran ini turut memperkenalkan "Traveler" yang memperkaya pengalaman pengguna melalui pelbagai produk dan prestasi unggul. Tahun ini, JETOUR menduduki tempat ketiga bagi jualan di seluruh pasaran auto Qatar. Festival Peminat ini mengundang wakil pengguna dari seluruh Timur Tengah untuk menyaksikan pelancaran "Traveler", mengalami budaya "Travel+" melalui lawatan bandar dan bengkel ciptaan bersama.

JETOUR mengutamakan pengguna, mendengar keluhan mereka dan mencipta produk, jenama dan gaya hidup secara bersama. Melalui "Traveler," JETOUR menyasarkan untuk menyediakan pengalaman dan faedah perjalanan yang lebih diperkaya di peringkat global, memanfaatkan platform ini untuk menyebarkan budaya "Travel+" ke seluruh dunia. En. Alex Tan, Naib Presiden JETOUR International, berkata, "Menawarkan perkhidmatan kepada 'pengguna JETOUR' dan menjadi 'JETOUR berorientasikan pengguna' merupakan falsafah pembangunan JETOUR. JETOUR akan terus membina komuniti perjalanan yang berpusatkan sekitar pengguna, kereta dan gaya hidup, berkongsi kegembiraan mengembara bersama-sama dengan pengguna."

JETOUR turut bekerjasama dengan Diamond League untuk mempromosikan olahraga di Qatar dan Timur Tengah, memanifestasikan JETOUR Speed dan imej pencapaian dan inovasi jenama ini. Dengan penjualan T2 sebanyak lebih 150,000 unit di seluruh dunia, T2 i-DM akan meneruskan kejayaannya untuk memenuhi keperluan pelanggan dan membentuk semula pasaran SUV hibrid.

Pelancaran T2 i-DM menandakan perjalanan baharu JETOUR ke arah "Jenama Terkemuka Dunia bagi Kenderaan Luar Jalan Hibrid." JETOUR merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model hibrid dan luar jalan, menyediakan kepada pelanggan dengan pilihan perjalanan mesra alam dan terpelbagai. Dengan semangat inovatif dan falsafah berorientasikan penggunanya, JETOUR akan memimpin industri automotif global ke arah masa depan yang lebih lestari dan lebih pintar.

Source: JETOUR AUTO
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services Trade show news