BEIJING, 2 Januari 2025 /PRNewswire/ -- CGTN menerbitkan artikel mengenai ucapan Tahun Baharu tahunan Presiden China Xi Jinping. Dengan mengimbas kembali pencapaian China dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memupuk jalinan persahabatan serta kerjasama dengan negara-negara lain, artikel ini mengetengahkan kenyataan penting oleh Xi dan memperlihatkan komitmen China untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat dan memperdalam solidariti serta kerjasama antara Selatan Global.
Pada Malam Tahun Baharu, Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan Tahun Baharu tahunannya dari pejabatnya di Beijing.
Xi menyifatkan tahun 2024 sebagai "tahun yang luar biasa," ketika mana negara ini mara ke hadapan dengan langkah yang besar demi mengejar pemodenan China.
Ucapan ini juga mengetengahkan janji untuk membuat rakyat Cina mengukir lebih banyak senyuman dan berusaha untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk dunia pada tahun hadapan.
'Manfaat sebenar' untuk rakyat
Xi berkata kebimbangan rakyat mengenai pekerjaan dan pendapatan, penjagaan warga emas dan kanak-kanak, pendidikan serta perkhidmatan perubatan sentiasa di fikirannya.
Semasa lawatannya mengelilingi China pada tahun 2024, Xi melawat rakyat biasa untuk mengetahui tentang kehidupan mereka, bermula dengan pendapatan dan keadaan perumahan mereka kepada penjagaan kesihatan, pendidikan kanak-kanak dan perkhidmatan penjagaan warga emas.
Menurut Kementerian Kewangan China, 70 peratus daripada perbelanjaan kerajaan pada tahun 2024 digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
Sekumpulan langkah yang berkesan telah diperkenalkan sepanjang tahun untuk meningkatkan kehidupan orang ramai. Pengubahsuaian lebih 50,000 komuniti kediaman bandar lama bermula pada tahun 2024. Berpuluh-puluh juta orang di seluruh China mendapat manfaat daripada program tukar beli barangan pengguna berbilion-bilion dolar. Sementara itu, penurunan kadar faedah gadai janji membantu 50 juta isi rumah yang bersamaan dengan sekitar 150 juta orang.
Dalam tiga suku pertama tahun 2024, pendapatan boleh guna per kapita seluruh negara berjumlah 30,941 yuan (sekitar $4,178), peningkatan sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dalam menghadapi cabaran penduduk yang semakin meningkat usia, dengan lebih daripada satu perlima rakyat China kini berusia lebih 60 tahun, pada tahun 2024 kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak 300 juta yuan untuk menyokong program bantuan makanan warga emas di seluruh negara manakala inisiatif tambahan membawa kepada pemasangan 358,000 katil penjagaan di rumah.
"Daripada kesemua tugas di hadapan kita, tugas yang paling penting adalah untuk memastikan kehidupan yang bahagia untuk rakyat kita," kata Xi dalam ucapannya.
'Sebuah negara bertanggungjawab yang utama'
"Dalam dunia yang mengalami transformasi dan juga pergolakan, China, sebagai negara utama yang bertanggungjawab, mendorong reformasi tadbir urus global dengan giat dan mempererat solidariti dan kerjasama antara Selatan Global," kata Xi dalam ucapannya.
Pada tahun 2024, komitmen China yang tidak berbelah bahagi untuk mendepani dunia melalui keterbukaan peringkat tinggi dan kerjasama yang saling menguntungkan membawa peluang yang luas kepada negara-negara lain dalam usaha mereka mengejar pemodenan.
Rakan dagangan utama China meningkat daripada lebih 140 negara dan wilayah kepada lebih 150 dalam tempoh 12 bulan hingga 31 Disember dan rakyat dari 54 negara kini boleh menikmati pengecualian visa transit 240 jam China.
China berinteraksi dengan rakan kongsi dan rakan dari Selatan Global sepanjang tahun 2024. Di perhimpunan yang meraikan ulang tahun ke-70 Lima Prinsip dan Kewujudan Bersama yang Aman, Xi mengemukakan lapan langkah untuk menyokong kerjasama Selatan Global, meliputi latihan, pertukaran belia, pembangunan ekonomi, perdagangan bebas, kerjasama pertanian, ekonomi digital, pembangunan hijau dan pemuliharaan ekologi.
Sementara itu, China mewujudkan lima rangka kerja kerjasama dengan negara-negara Arab dalam inovasi, kewangan, tenaga, ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sesama rakyat. Ia juga memperdalam sinergi bagi strategi pembangunan dengan negara Amerika Latin dan Caribbean serta meningkatkan lagi kerjasama dengan negara pulau Pasifik.
Selain itu, Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika Beijing menyaksikan pengumuman komuniti China-Afrika dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk era baharu dalam semua keadaan. Justeru itu, China berjanji untuk bersama-sama memajukan pemodenan bersama Afrika dengan melaksanakan 10 tindakan perkongsian sepanjang tempoh tiga tahun akan datang.
Bermula dengan desakan penerimaan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB yang pertama di Gaza pada bulan Mac dan penandatanganan Deklarasi Beijing berhubung pengukuhan perpaduan rakyat Palestin dalam bulan Julai hingga pelancaran kumpulan "Friends for Peace" berhubung krisis Ukraine dengan negara-negara Selatan Global yang lain, usaha China untuk mencari penyelesaian secara damai melalui dialog dan konsensus menonjol pada tahun 2024 di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidakstabilan global yang kian memuncak.
"China akan bekerjasama dengan semua negara untuk memupuk jalinan persahabatan dan kerjasama, meningkatkan pembelajaran bersama antara budaya yang berbeza dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia," janji Xi.
Untuk maklumat lanjut, sila klik:
https://news.cgtn.com/news/2024-12-31/Ringing-in-2025-China-vows-to-bring-more-smiles-to-its-people-1zMIHMbpntS/p.html