omniture

Yadea capai jualan global 100 juta unit, dengan pengumuman baharu duta global Dylan Wang

Yadea
2025-01-02 09:32

BEIJING, 2 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Yadea (01585.HK), jenama kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, telahpun menggapai pencapaian yang luar biasa, melebihi 100 juta jualan global kenderaan dua roda elektrik. Di samping pencapaian yang luar biasa ini, Yadea mengumumkan secara rasmi Dylan Wang sebagai duta jenama globalnya. Detik-detik penting ini menandakan era baharu dan pencapaian baharu dalam pembangunan Yadea.


Sejak penubuhannya, Yadea komited untuk menggalakkan pengangkutan hijau melalui teknologi inovatif dan barisan produk terpelbagai. Dengan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia dan menjadi No.1 global bagi volum jualan selama 7 tahun berturut-turut, Yadea telah berjaya membina kehadiran global yang mantap. Yadea menjadikan pengguna sebagai keutamaan operasinya, mencapai misinya iaitu "Menyediakan perjalanan yang indah untuk pengguna global." Didorong oleh pemahaman yang mendalam tentang pengguna muda, syarikat ini melancarkan siri kenderaan dua roda elektrik yang sangat popular dalam kalangan generasi muda, seterusnya meningkatkan lagi daya tarikan dan kerelevanannya di pasaran.

Selain daripada barisan produknya yang beraneka, produk Yadea dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar, seperti fungsi buka kunci pintar, fungsian dikawal oleh Aplikasi dan penjejakan GPS. Teknologi canggih ini meningkatkan pengalaman pengguna dan menunjukkan komitmen Yadea terhadap inovasi dalam industri kenderaan dua roda elektrik.

Yadea mengumumkan Dylan Wang, seorang pelakon bertaraf tinggi dan bintang budaya pop sebagai duta jenama global baharunya, mencerminkan matlamatnya untuk berinteraksi dengan pengguna yang lebih muda. Imej bertenaga, populariti yang semakin meningkat dan pengaruh Dylan Wang dalam kalangan khalayak yang lebih muda benar-benar selari dengan visi jenama Yadea yang muda, inovatif dan dinamik. Perkongsian ini bertujuan untuk mengukuhkan daya tarikan Yadea kepada generasi muda dan memberi inspirasi kepada hubungan emosi yang lebih mendalam bersama khalayak sasarannya.

Sebagai peneraju global bagi jenama perjalanan jarak dekat dan sederhana, Yadea mengutamakan keperluan pengguna secara konsisten dan dalam masa yang sama menerima inovasi dan teknologi praktikal. Dengan menggabungkan produk termaju dengan pengalaman diperibadikan, Yadea terus menyampaikan penyelesaian pengangkutan yang mudah, cekap dan mesra alam, seterusnya memperkukuh kepimpinannya dalam industri kenderaan dua roda elektrik serta membentuk masa depan yang lebih pintar dan lebih hijau untuk mobiliti global!

 

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Electrical Utilities Transportation Utilities