omniture

Tribesigns Raikan Ulang Tahun ke-14 dengan Jualan Perabot Diskaun Eksklusif

Tribesigns
2025-01-03 22:15 10

NEW YORK, 3 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pengilang dan penjual perabot global yang terkemuka dengan gembiranya mengumumkan ulang tahunnya yang ke-14. Bagi meraikan peristiwa penting ini, Tribesigns menawarkan diskaun istimewa untuk rangkaian penuh produk perabot yang direka secara unik.


Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Tribesigns berada di barisan hadapan dalam industri perabot dengan visinya untuk menyediakan penyelesaian rumah dan pejabat yang selesa serta cekap untuk setiap rumah. Ia dicirikan oleh reka bentuk uniknya yang mengharmonikan estetika, kefungsian dan kemampumilikan.

"Kami menghargai reka bentuk yang komited untuk mencipta perabot yang cantik, unik dan berfungsi. Di Tribesigns, nilai teras kami ialah kejujuran, kesederhanaan serta inovasi dan kami sentiasa mengutamakan pelanggan," kata Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns.

Jualan ulang tahun ke-14 akan berlangsung mulai 10 Januari hingga 17 Januari 2025. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk lebih 500 SKU, yang menampilkan pelbagai jenis produk termasuk meja pejabat rumah, rak buku, meja kabinet, rak susun atur, rak kasut, rak pakaian, meja sisi katil, almari laci bercermin, meja makan, rak dapur, meja persidangan, meja penyambut tetamu, saidbod dan banyak lagi.

Diskaun eksklusif ini akan tersedia di laman web rasmi Tribesigns https://tribesigns.com/, serta di kedai Amazon store.

"Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia kami dan penyataan kepada komitmen teguh Tribesigns untuk menyampaikan penyelesaian rumah dan pejabat terunggul, unik dan inovatif di seluruh dunia, pelanggan dijemput untuk menyertai perayaan istimewa dengan diskaun yang luar biasa ini," kata Andy Huang, Ketua Pegawai Pemasaran Tribesigns.

Tribesigns menawarkan penyelesaian perabot yang komprehensif untuk isi rumah dan perniagaan, termasuk ruang tamu, bilik tidur, pejabat rumah, lorong, dapur dan ruang makan. Ia menyediakan pelbagai produk perabot dalaman dan luaran kepada lebih 20 juta isi rumah di A.S., Kanada, Eropah dan Australia sepanjang 14 tahun yang lalu. Pada 20 Disember 2024, ia diberikan penghormatan Rising Star Award oleh Amazon.

Latar Belakang Tribesigns: 

Tribesigns ialah pereka dan pengilang perabot global yang terkemuka. Dengan slogan 'Designed For Life' ('Direka Untuk Kehidupan'), falsafahnya berkisarkan kepelbagaian gaya hidup peribadi dan kepentingan menerima pilihan mesra alam.

Tribesigns juga dikenali ramai dengan reka bentuk perabot yang istimewa dan elegan, kebanyakan model terbarunya adalah unik di pasaran dan tidak boleh ditemui di tempat lain dan anda tidak akan kecewa apabila anda memilih Tribesigns.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila kunjungi https://tribesigns.com/AmazonB2BFacebookInstagramYouTubePinterest dan TikTok.

Source: Tribesigns
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail