omniture

Mencipta Model Kerjasama Jalur dan Jalan antara China dan Bangladesh, CASCO Sokong Pembukaan Penuh "Dream Road"

CASCO Signal Ltd.
2025-01-04 21:36 3

DHAKA, Bangladesh, 4 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Pada 24 Disember 2024, Projek Laluan Rel Jambatan Padma (PBRLP) di Bangladesh dibuka secara rasmi merentas seluruh laluannya kepada trafik. CASCO, salah satu perusahaan penting China yang mengambil bahagian, diundang untuk menghadiri majlis perasmian.


PBRLP berjajaran sepanjang kira-kira 168 km dengan 20 stesen. Ia merupakan projek landasan kereta api terbesar di bawah inisiatif Jalur dan Jalan antara China serta Bangladesh dan juga merupakan projek infrastruktur terbesar dalam sejarah Bangladesh dari segi skala dan pelaburan. Susulan pembukaannya, ia akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk seramai 80 juta orang dan memacu pertumbuhan ekonomi Bangladesh sebanyak 1.5%, seterusnya menjadikannya "Dream Road" ("Jalan Impian") untuk penduduk tempatan.

Sebagai pengintegrasi EPC bagi sistem telekomunikasi dan isyarat untuk landasan kereta api ini, CASCO menjalankan projek telekomunikasi dan isyarat, termasuk reka bentuk kejuruteraan, reka bentuk cadangan, perolehan peralatan, pengangkutan, pemasangan, pembinaan, pengujian, pentauliahan, jaminan kualiti dan sokongan penyelenggaraan yang seterusnya. Ini merupakan kali pertama penyelesaian telekomunikasi dan isyarat Cina diaplikasikan di landasan keretapi Bangladesh, menyaksikan suatu kejayaan besar untuk piawaian dan teknologi Cina di pasaran antarabangsa.

Biarpun berdepan dengan cabaran seperti prasyarat yang tidak mencukupi, tugas pembinaan yang menjerihkan dan sukar, pasukan projek CASCO menyelaraskan peruntukan sumber secara sistematik, memperhalusi rancangan pembinaan secara berterusan dan mengatasi halangan secara proaktif. Usaha ini memastikan agar projek berjalan lancar dan dibuka dengan kualiti yang tinggi, seterusnya memperlihatkan pengurusan projek berskala besar yang luar biasa. Pasukan ini menerima pujian tinggi daripada pelanggan, penyelia dan kontraktor am Bangladesh atas perkhidmatan, penyelesaian teknikal, proses pembinaan dan prestasi peralatan yang disediakan. Ini memberikan reputasi cemerlang kepada CASCO dalam pasaran.

Dengan landasan kereta api yang menghubungkan bahagian utara dan selatan, parit yang dahulunya hampir mustahil untuk diatasi kini telah menjadi laluan raya yang utama. Kereta api yang meluncur laju merentasi Sungai Padma bukan sahaja menjadikan impian warga Bangladesh suatu kenyataan, tetapi turut menonjolkan sumbangan positif daripada CASCO untuk memajukan pembinaan Jalur dan Jalan. Sebagai sebuah perusahaan yang terkemuka dalam sektor transit rel China, CASCO akan terus mendukung prinsip-prinsip kerjasama terbuka dan faedah bersama serta menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan teknologi China kepada pembangunan transit rel global.

Source: CASCO Signal Ltd.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation