PHNOM PENH, Kemboja, 5 Januari 2025 /PRNewswire/ -- JS Group mengadakan Gala Ulang Tahunnya yang ke-10 dengan sambutan elegan yang diadakan di Novotel Phnom Penh pada 13 Disember 2024. Acara tersebut menghimpunkan rakan taulan, keluarga, rakan kongsi dan rakan sekutu JS Group bagi meraikan pertumbuhan, kebingkasan dan kejayaan bersama selama sedekad lamanya.
Malam itu bukan sahaja merupakan suatu perayaan terhadap pencapaian syarikat tetapi juga cerminan nilai—Kepercayaan, Keterbukaan dan Perkongsian (T.O.P.)—yang telah membimbing perjalanannya yang luar biasa. Para tetamu menikmati malam keakraban persahabatan, ucapan yang tulus ikhlas dan paparan pencapaian transformatif oleh JS Group.
Suatu Perjalanan Menuju Kecemerlangan
Dalam ucapan bersama mereka, Dato Jack Yap, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Okhna Koy Le San, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, berkongsi rasa syukur dan refleksi mereka tentang perjalanan syarikat.
"Malam ini bukan sekadar merayakan kejayaan selama sedekad lamanya tetapi turut meraikan individu dan nilai yang telah membawa kita ke sini," kata Dato Jack Yap. "Bermula daripada kepercayaan oleh pihak berkepentingan kita kepada keterbukaan dalam pasukan kita serta perkongsian bersama rakan kongsi perniagaan, prinsip-prinsip ini menjadi asas kita. Ia mendorong kita bersama-sama menuju ke puncak."
Okhna Koy Le San menambah, "Apabila JS Group ditubuhkan, kami percaya bahawa pencapaian yang hebat dibina oleh pasukan yang bersatu di bawah visi bersama. Sepanjang dekad yang lalu, kita telah berkembang, mencapai penyesuaian dan melangkaui jangkaan dan malam ini, kita meraikan perjalanan yang ditakrifkan oleh kepercayaan, keterbukaan, dan perkongsian."
Perkongsian dan Visi: Pengurusan Hartanah Chief Tower
Sorotan utama pada malam itu ialah penandatanganan perjanjian pengurusan hartanah untuk Chief Tower, sebuah pembangunan guna campur yang bersedia untuk mentakrifkan semula latar langit Phnom Penh. Knight Frank Cambodia dilantik sebagai pengurus hartanah untuk pejabat Chief Tower oleh JS Property, bagi memastikan kecemerlangan operasi dan meningkatkan nilai projek mercu tanda ini.
Semasa acara berkenaan, Dato Jack Yap, Ketua Pegawai Eksekutif JS Group telah disertai di atas pentas oleh Ross Wheble, Pengarah Negara Knight Frank Cambodia untuk menandatangani perjanjian perkongsian secara rasmi.
Ross Wheble menyatakan rasa teruja untuk projek itu: "Reka bentuk dan lokasi Chief Tower yang luar biasa akan menetapkan standard baharu di pasaran. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan JS Group bagi merealisasikan visi bercita-cita tinggi ini."
Memandang ke Hadapan
Tatkala JS Group meraikan kejayaan 10 tahunnya, tumpuan tetap diberikan terhadap masa depan. "Dekad yang lalu adalah sesuatu yang luar biasa, namun kemungkinan di hadapan adalah jauh lebih besar," kata Dato Jack Yap. "Dengan nilai-nilai T.O.P. yang membimbing kita, kita akan terus bangkit, berinovasi dan mengukuhkan ikatan yang mentakrifkan kejayaan kita."
Mengimbas kembali perjalanan itu, Okhna Koy Le San berkongsi, "Malam ini, kita bukan sahaja meraikan pencapaian kita, tetapi juga individu yang menjayakannya. Ketika kita memandang ke hadapan, kita sedia maklum bahawa kepercayaan, keterbukaan dan perkongsian akan terus menjadi kompas kita menuju pencapaian yang lebih hebat lagi."
Malam itu diakhiri dengan rasa optimis, keterujaan dan perayaan, tatkala para tetamu merenungkan legasi JS Group yang berkekalan dan menikmati suasana yang tidak dapat dilupakan pada peristiwa yang penting ini.