![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 7 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES® 2025 oleh Persatuan Teknologi Pengguna (CTA).
Program Anugerah Inovasi CES, yang ditaja oleh CTA, ialah pertandingan tahunan yang menonjolkan teknologi rintis yang terkini dari serata dunia. Sebagai sebahagian daripada proses penghakiman, produk-produk menjalani semakan menyeluruh yang melibatkan penilaian inovasi, kejuruteraan, kefungsian, estetika dan reka bentuknya oleh pakar industri yang terkemuka.
Pada tahun ini, Coway dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES® 2025 untuk tiga produk konseptual yang mencerminkan hala tuju teknologi memfokuskan masa depan oleh syarikat, yang memberi keutamaan untuk menyediakan yang terbaik dalam kemudahan pengguna bersama-sama dengan penyelesaian kehidupan yang dioptimumkan dan boleh disesuaikan sepenuhnya.
Produk-produk yang mendapat pengiktirafan dalam Anugerah Inovasi CES pada tahun ini ialah ' Digital Healthcare Bidet (Bidet Penjagaan Kesihatan Digital)' dalam kategori Perkakas Rumah, 'Smart Self-cleaning Air Purifier (Pembersih Udara Cuci Sendiri Pintar)' dalam kategori Kemampanan & Tenaga/Kuasa serta 'Smart Home Care Air Purifier (Penulen Udara Penjagaan Rumah Pintar)' dalam kategori Rumah Pintar.
'Digital Healthcare Bidet (Bidet Penjagaan Kesihatan Digital)' ialah produk bidet konseptual yang melangkaui fungsi pembersihan konvensional bidet tradisional dengan menyediakan ciri bersepadu yang berupaya menyediakan kemas kini kesihatan yang holistik dan pengurusan tersuai kepada pengguna berdasarkan data yang dikumpul dan dipantau dari semasa ke semasa ketika menggunakan produk.
Produk konsep 'Smart Self-cleaning Air Purifier (Pembersih Udara Cuci Sendiri Pintar)' Coway, yang menampilkan teknologi cuci sendiri inovatif yang menghapuskan keperluan terhadap pencucian atau penggantian penapis, diiktiraf khususnya untuk reka bentuk mesra alam yang meminimumkan penghasilan sisa penapis.
Produk ketiga yang dianugerahkan pengiktirafan, 'Smart Home Care Air Purifier (Pembersih Udara Penjagaan Rumah Pintar)', ialah produk pembersih udara konseptual yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mereka bentuk dan menyediakan penyelesaian penjagaan udara yang dioptimumkan untuk mana-mana ruang, seterusnya menjadikan pembersihan udara berbilang bilik lebih berkesan dan lancar untuk pengguna.
"Ini merupakan suatu pencapaian yang benar-benar bermakna, kerana ia mengesahkan sekali lagi kecemerlangan dan daya saing teknologi inovatif Coway dan menunjukkan perhatian yang semakin meningkat terhadap inovasi rintis kami di peringkat global," kata seorang pegawai Coway. "Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk membangunkan teknologi dan produk termaju yang menerajui trend dan menetapkan standard baharu dalam pasaran perkakas rumah global."
Coway terus diiktiraf atas keupayaan teknologinya yang utama dalam industri, yang telahpun memenangi sejumlah 28 Anugerah Inovasi CES setakat ini sejak kemenangan pertama syarikat ini pada tahun 2016 dalam pelbagai kategori produk termasuk penulen air, pembersih udara, bidet, tilam pintar dan katil urut.
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga terkini syarikat, jenama BEREX, bermatlamat untuk menambah baik tidur dan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.