omniture

UnionPay International Berkerjasama dengan P.MED dan StudyPENANG untuk Mempertingkatkan Sektor Pelancongan Perubatan dan Pendidikan Pulau Pinang, serta Mengukuhkan Posisi Sebagai Pembayaran Pilihan untuk Pelancong Perubatan dan Pelajar Antarabangsa

UnionPay International
2025-01-07 15:48

GEORGE TOWN, Malaysia, 7 Januari 2025 /PRNewswire/ -- UnionPay International dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Pusat Pelancongan Perubatan Pulau Pinang (P.MED) dan StudyPENANG. Kolaborasi strategik ini mengukuhkan komitmen UnionPay International untuk menjadi pembayaran pilihan bagi transaksi bernilai tinggi, terutamanya dalam sektor perubatan, kesihatan dan pendidikan.


Pada tahun 2023, industri pelancongan perubatan Malaysia menjana hasil sebanyak RM2.23 bilion, di antaranya 50% daripada pelancong yang datang ke Pulau Pinang untuk mendapat rawatan perubatan adalah dari Indonesia. Sebahagian daripada kerjasama ini termasuk UnionPay International memberi perkhidmatan pembayaran yang lancar dan selamat kepada pelancong perubatan dan pihak pusat perubatan.


Selain itu, UnionPay International juga bekerjasama dengan hospital-hospital tempatan untuk menyediakan perkhidmatan eksklusif untuk pemegang kadnya, seperti talian bantuan pelanggan khusus demi memastikan pelancong perubatan menerima tahap yang tertinggi dari segi penjagaan dan kemudahan perubatan. Selain dari mengunjungi hospital, pelancong perubatan juga ada keperluan tambahan seperti penginapan di hotel, makanan, transportasi dan aktiviti rekreasi.

Untuk memenuhi keperluan-keperluan ini, UnionPay International turut bekerjasama dengan pelbagai penyedia perkhidmatan di Pulau Pinang untuk menawarkan pelbagai diskaun dari segi penginapan, makanan, dan perkhidmatan pelancongan demi memastikan pelancong perubatan dapat pengalaman yang terbaik dan menyeluruh semasa mereka berada di Pulau Pinang.

Pulau Pinang merupakan pusat pendidikan bertaraf dunia yang menarik pelajar tempatan dan antarabangsa dengan institusi pendidikan tinggi dan kos sara hidup yang rendah. Selain itu, Pulau Pinang juga tersedia dengan persekitaran kepelbagaian budaya. Buat masa sekarang, kumpulan terbesar pelajar antarabangsa di Pulau Pinang berasal dari negara China, Bangladesh dan Indonesia—pasaran di mana UnionPay International sudah mempunyai kehadiran yang kukuh.

Dengan rangkaian pembayaran yang kukuh dan kehadiran pasaran yang luas, UnionPay International dapat meningkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi pendidikan pilihan dan turut menyumbang kepada matlamat Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025.

Penyertaan UnionPay International ke dalam pasaran pelancongan perubatan dan pendidikan Pulau Pinang sejajar dengan matlamat strategi yang lebih luas untuk menjadi saluran pembayaran pilihan bagi pelancong—terutamanya untuk perbelanjaan bernilai tinggi seperti perkhidmatan perubatan dan pendidikan. Penyelesaian pembayaran UnionPay International yang selamat dan berbilang saluran akan memberikan ketenangan fikiran kepada pelancong perubatan dan pelajar ketika mereka membuat pembayaran. 

Melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan institusi tempatan yang utama, UnionPay International ingin mencipta pengalaman yang berintegrasi untuk pelancong perubatan dan pelajar antarabangsa, menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi yang lebih menarik bagi mereka yang mencari rawatan perubatan yang berkualiti tinggi dan pendidikan bertaraf dunia. Pembayaran tanpa gangguan dari UnionPay International akan menjadi kunci dalam memacu daya saing global negeri Pulau Pinang dan Malaysia untuk terus berkembang sebagai pemain utama dalam kedua-dua industri ini.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Electronic Commerce Health Care/Hospital Travel