omniture

GSCF Mengambil Alih IBM Deutschland Kreditbank GmbH

GSCF
2025-01-07 23:34 4

Meluaskan Ekosistem Modal Terhubung Korporat dan Rakan Kongsi Bank
untuk Perlindungan di Seluruh Kesatuan Eropah (EU)

NEW YORK, 7 Januari 2025 /PRNewswire/ -- GSCF, penyedia penyelesaian modal kerja global terkemuka, pada hari ini mengumumkan pengambilalihan IBM Deutschland Kreditbank GmbH bertujuan meningkatkan keupayaan Modal Terhubung di bawah jenama baharu GSCF Working Capital Bank GmbH.

Langkah strategik ini mengukuhkan kedudukan GSCF sebagai peneraju global dalam pengoptimuman modal kerja dan memperkasa Syarikat untuk menyampaikan nilai tambahan kepada pelanggan dan rakan kongsi pembiayaan. GSCF Working Capital Bank dilesenkan oleh Bank Pusat Eropah untuk menyediakan penyelesaian modal yang fleksibel di seluruh Kesatuan Eropah (EU), disokong melalui platform perkhidmatan GSCF yang terbaik seumpamanya.

Dengan beroperasi bersama lesen perbankan, GSCF boleh membuka peluang perkongsian tambahan untuk bank dan pengurus aset, serta menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat kepada pelanggan korporat dengan keperluan khusus yang memerlukan akses kepada modal alternatif.

Manfaat kepada Bank & Pengurus Aset:

  • Jangkauan Pasaran Diperluas: Keupayaan yang dipertingkat untuk membiaya penyelesaian modal kerja di seluruh Kesatuan Eropah (EU) dengan memanfaatkan lesen perbankan dan perkhidmatan terurus GSCF.

  • Perkongsian yang Diperkukuh: Potensi untuk bekerjasama dengan pelanggan korporat dan institusi kewangan lain berjaya dipertingkat bagi menangani keperluan kecairan.

  • Tawaran Produk Dipertingkat: Fleksibiliti untuk menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan modal kerja yang lebih luas.

  • Peluang Pendapatan Baharu: Potensi untuk memanfaatkan aliran pendapatan tambahan dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan berinovatif.

Manfaat kepada Korporat:

  • Jejak Serantau Diperluas: Sokongan untuk transaksi rentas sempadan yang lancar di Kesatuan Eropah (EU) tanpa kerumitan mengakses atau menguruskan lesen perbankan.

  • Akses Fleksibel kepada Modal: Keupayaan untuk memanfaatkan keupayaan operasi unik GSCF yang menggabungkan kelajuan dan ketangkasan modal alternatif dengan fungsi pengawalseliaan dan sokongan bank yang sudah terbukti.

  • Penyelesaian Tersuai: Akses kepada penyelesaian modal kerja tersuai yang menjurus kepada memenuhi keperluan khusus perniagaan di Kesatuan Eropah (EU).

  • Operasi Diperkemas: Automasi dan ketelusan sepenuhnya dalam proses modal kerja, menghasilkan peningkatan kecekapan operasi, peningkatan kecairan dan aliran tunai yang lebih baik.

"Dengan melengkapkan pengambilalihan strategik ini, kami telah berjaya meletakkan kedudukan GSCF untuk mentakrifkan semula masa depan modal kerja. Bersama GSCF Working Capital Bank, kami akan menawarkan rangkaian penyelesaian Modal Terhubung yang lebih menyeluruh kepada pelanggan kami bagi menyokong ekosistem kewangan yang menyepadukan modal alternatif dan pembiayaan bank dengan lebih lancar,," kata Doug Morgan, Ketua Pegawai Eksekutif GSCF.

Maklumat Tentang GSCF

GSCF ialah penyedia penyelesaian modal kerja global terkemuka. Syarikat itu memperkasa korporat dan rakan kongsi institusi kewangan masing-masing untuk mempercepat pertumbuhan, membuka kecairan dan menguruskan risiko, serta kerumitan kitaran modal kerja yang menyeluruh. Tawaran Modal Kerja sebagai Perkhidmatan GSCF yang berinovatif menggabungkan kuasa platform teknologi menyeluruh dengan perkhidmatan terurus pakar dan penyelesaian modal alternatif. Pasukan pakar modal kerja GSCF beroperasi di lebih 75 negara, menawarkan penyelesaian Modal Terhubung yang benar-benar global dan menyeluruh kepada cabaran kecekapan modal kerja. Kunjungi www.gscf.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Maklumat Hubungan: 

GSCF
Natalie Silverman
Ketua Pegawai Pemasaran
Natalie.Silverman@gscf.com
(609) 577-5083

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2418575/GSCF_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: GSCF
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology