omniture

UGREEN Bakal Pamer Barisan AI NAS NASync Rintis dan Banyak Lagi di CES 2025

UGREEN GROUP LIMITED
2025-01-08 00:00 22

LAS VEGAS, 8 Januari 2025 /PRNewswire/ -- UGREEN, penginovasi yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna, bakal mempamerkan inovasi terkininya di CES 2025 di bawah tema "Aktifkan Kemungkinan AI." Sorotan utama acara ini ialah pelancaran peranti NASync iDX6011 dan NASync iDX6011 Pro yang amat dinanti-nantikan, yang merupakan produk daripada barisan AI NAS termaju bagi siri NASync. Di samping produk rintis ini, Pengecas Pantas Atas Meja Nexode 500W 6-Port GaN dan Stesen Dok Revodok Max 2131 Thunderbolt™ 5 juga akan menjadi tumpuan utama.

"Activate the Possibility of AI."- UGREEN Booth (#30525, LVCC, South Hall)
"Activate the Possibility of AI."- UGREEN Booth (#30525, LVCC, South Hall)

Model AI NAS siri NASync bersedia untuk mentakrifkan semula jangkaan dengan model bahasa raya bersepadu (LLM) untuk pemprosesan bahasa tabii termaju dan keupayaan interaktif dipacu AI. Dikuasakan oleh Pemproses Ultra Intel® Core™ yang canggih, iDX6011 dan iDX6011 Pro menyampaikan prestasi yang tiada tandingan, mengupayakan fungsian lancar serta aplikasi AI yang luar biasa. Model-model ini dibina berdasarkan kejayaan produk siri NASync terdahulu, seperti model NASync DXP, yang mendapat perhatian meluas dan mengumpul lebih $6.6 juta semasa kempen Kickstarter dalam Mac 2024.

Bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknologi dan aplikasinya, perbincangan panel akan diadakan di reruai UGREEN pada 8 Januari jam 10 pagi, PST. Larry Blackburn, Pengarah NAS dan Pemasaran Produk Thunderbolt di Intel, akan disertai oleh Pengurus Produk UGREEN NAS Markus Xie, pakar NAS dan pengasas NASCompares Robert Andrews serta Pengarah Pemasaran HDD Western Digital Brian Mallari. Panel ini akan meninjau potensi transformatif penyelesaian AI NAS.

Selain daripada inovasi AI NASnya, UGREEN akan mempersembahkan produk baharu yang lain di CES akan datang. Pengecas Pantas Atas Meja Nexode 500W menetapkan penanda aras baharu dalam teknologi pengecasan, berupaya memberi kuasa kepada enam peranti secara serentak, termasuk alatan kuasa serta e-basikal dan dalam masa yang sama membolehkan pengecasan pantas yang berkelajuan tinggi bagi lima komputer dan telefon mudah alih pada masa yang sama. Output protokol pengecasan pantas PD 3.1 port tunggalnya adalah sehingga 240W, bagi memenuhi keperluan peranti berkuasa tinggi. Stesen Dok Revodok Max 2131 Thunderbolt™ 5 mewakili evolusi terkini dalam siri Revodok, menawarkan lebar jalur dwiarah 80 Gbps dan mod dipertingkat yang menyokong sehingga 120 Gbps. Ini menghasilkan kadar pemindahan data dan keupayaan output video yang unggul, lalu memberikan pengalaman paparan yang tiada tandingan.

UGREEN akan turut mengumumkan satu kolaborasi yang menarik dengan permainan popular di peringkat global Genshin Impact. Perkongsian ini akan memperkenalkan siri UGREEN Genshin Impact, barisan produk jenama bersama yang diilhamkan oleh watak Kinich, yang akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2025. Ini akan menawarkan gabungan yang unik antara fungsian dan keghairahan kepada peminat permainan serta penggemar teknologi. Butiran lanjut mengenai barisan produk dan harga akan didedahkan kemudian.

CES 2025 berjanji akan menjadi platform penting untuk UGREEN bagi menonjolkan komitmennya terhadap inovasi dan visinya untuk masa depan teknologi. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi reruai UGREEN (#30525, LVCC, Dewan Selatan) semasa CES 2025, atau kunjungi https://www.ugreen.com/.

©Intel Corporation. Intel, logo Intel dan tanda Intel yang lain ialah tanda dagangan Intel Corporation atau subsidiarinya. Nama dan jenama lain boleh dituntut sebagai hak milik entiti lain.

Latar Belakang UGREEN 

Sejak tahun 2012, UGREEN berdedikasi untuk mencipta peranti elektronik dan aksesori inovatif yang kedua-duanya maju dari segi teknologi dan mampu milik untuk pengguna. Pendekatan berfokuskan pengguna olehnya menjadi teras jenama, yang telah mendapat kepercayaan daripada lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia. Sejak kebelakangan ini, jenama ini berkembang dalam bidang baharu yang inovatif, termasuk penyelesaian NAS dikuasakan AI, lalu meningkatkan lagi komitmennya untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Gabrielle Wang(pasaran NA): gabrielle.wang@ugreen.us 
Eria Lv(pasaran DE): eira@ugreen.us 
Polina Zhang(pasaran GB): polina.zhang@ugreen.com 
Lain-lain: pr@ugreen.com 

Source: UGREEN GROUP LIMITED
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news Future Events Artificial Intelligence