omniture

Hisense Dedahkan Visi Masa Depan AI di CES 2025

Hisense
2025-01-08 08:47 33

QINGDAO, China, 8 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna global dan perkakas rumah, memaparkan visi berani untuk masa depan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan di CES 2025, mendedahkan kemajuan rintis dalam teknologi paparan menerusi TV LED TriChroma baharu dan Paparan MicroLED 136-inci yang menakjubkan serta penyelesaian kehidupan pintar.

Menerajui Pasaran TV Global

Membangun berasaskan inovasi selama lebih 55 tahun lamanya, Hisense terus mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai merentas industri-industri, bermula daripada hiburan rumah kepada kehidupan pintar, memperkukuh komitmennya untuk membina sebuah syarikat teknologi yang terkemuka sekali gus menyampaikan penyelesaian dunia sebenar yang meningkatkan kehidupan harian.


Tahun 2024 merupakan tahun yang penting untuk Hisense, memantapkan kepimpinannya dalam pasaran TV global. Dalam S3, syarikat ini mencapai volum penghantaran TV global sebanyak 63.4% yang mengejutkan dalam kategori 100 inci dan ke atas, lantas mencerminkan penguasaannya dalam pasaran paparan besar. Hisense juga memperoleh ganjaran daripada strategi TV premiumnya, menduduki tempat kedua dengan bahagian pasaran TV mewah global suku ketiga sebanyak 24%. Selain itu, produk Hisense memperoleh kedudukan utama dalam beberapa pasaran luar negara, memasuki kedudukan 3 Teratas. Kejayaan ini didorong oleh pelaburan strategik dalam teknologi termaju.

Visi untuk Masa Depan Dikuasakan oleh AI

Kecerdasan buatan menjadi teras strategi Hisense untuk menjadikan teknologi lebih intuitif dan memberi impak. Hi-View AI Engine proprietari memperkasakan pengoptimuman masa nyata untuk kualiti gambar dan bunyi. Fungsian termaju ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan TV mereka dengan cara baharu, bermula daripada cadangan kandungan diperibadikan hinggalah pertanyaan yang lancar dan penemuan hiburan.

Fokus pada reka bentuk pintar ini memacu inovasi di seluruh rumah, bermula daripada paparan hingga perkakas bagi memastikan pengalaman pengguna yang luar biasa. Bermula dengan perkakas yang mencadangkan resipi hinggalah penyaman udara yang berintegrasi ke dalam ekosistem rumah pintar, syarikat ini mewujudkan persekitaran yang lebih pintar dan lebih cekap untuk pengguna di seluruh dunia.

Merevolusikan Teknologi Paparan

Hisense terus memacu untuk berinovasi, mencapai penyesuaian dan menyampaikan produk yang melangkaui jangkaan pengguna, mentakrifkan semula apa yang diharapkan oleh pengguna daripada masa depan paparan. Teknologi Paparan Pemalapan Setempat RGB yang baharu ini menggunakan cip LED Merah, Hijau dan Biru bebas untuk kecerahan, kontras dan kejituan warna yang tiada tandingan, seterusnya mencapai sehingga 97% ruang warna BT.2020.


Melengkapi aspek ini ialah Paparan MicroLED 136-inci baharu yang memberikan kejituan tahap piksel pancaran sendiri, menggabungkan sehingga 10,000 nit kecerahan dengan visual yang terang dan tampak hidup. Inovasi ini bukan sahaja melangkaui standard sedia ada bahkan turut mewujudkan suasana untuk mencapai kemajuan paparan dalam dekad yang akan datang.

Membina Kepercayaan Melalui Perkongsian

Perkongsian tetap menjadi tumpuan utama dalam strategi pertumbuhan global Hisense. Di peringkat global, Hisense meneruskan komitmennya untuk mendekatkan orang ramai kepada detik-detik sukan yang mereka gemari melalui perkongsian yang sekian lama terjalin bersama FIFA dan penajaan terkini untuk FIFA Club World Cup 2025™.


Melalui perkongsian bersama FIFA, Hisense turut mengumumkan kempen jenama global yang pertama untuk kejohanan yang mendebarkan ini dengan tema "Kuasai Detik Ini" ("Own the Moment"), memberi inspirasi kepada semua orang untuk menghayati kehidupan sepenuhnya dengan mengawal detik dan berasa yakin serta tegas tatkala mengalami pengalaman itu, sama ada cabaran, prestasi atau sebarang detik penting dalam perjalanan hidup. Hisense menumpukan perhatian untuk mencipta detik yang lebih bermakna dan menyeronokkan buat peminat dari seluruh dunia, lalu mengukuhkan kedudukan Hisense sebagai peneraju dalam menyampaikan kecemerlangan teknologi. Hisense akan menjadi jenama pertama yang menampilkan Trofi FIFA Club World Cup 2025™ di reruai CES 2025 pada 7 Januari 2025.

Bermula daripada realisme teknologi paparannya yang menakjubkan hinggalah peralatan berkuasa AI dan penyelesaian tenaga, Hisense menunaikan janji inovasinya bagi menjadikan kehidupan lebih baik.

Lihat inovasi terkini daripada Hisense di CES 2025, 7–10 Januari, di LVCC, Dewan Tengah—Reruai 16625. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web global Hisense.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV keseluruhan dan No. 1 bagi TV 100". Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television New products/services Trade show news Artificial Intelligence