omniture

Pembersih Vakum Robotik ECOVACS DEEBOT X8 dengan Teknologi OZMO ROLLER: Lonjakan Ke Hadapan dalam Robotik di CES 2025

ECOVACS
2025-01-08 12:58 3

LAS VEGAS, 8 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Di CES 2025, ECOVACS mempamerkan pembersih vakum robotik DEEBOT X8 Family yang menampilkan Teknologi Cuci Sendiri Segera OZMO ROLLER. Barisan produk robotik perkhidmatan canggih yang pelbagai turut dipersembahkan, termasuk mesin potong rumput robot GOAT A&O Family dan pembersih tingkap robotik WINBOT W2 PRO OMNI dan WINBOT MINI.


Mulai 7 hingga 10 Januari, ECOVACS Group, peneraju global bagi robotik perkhidmatan dan perkakas rumah pintar, menunjukkan kepakarannya yang utama dalam industri di CES 2025 di Las Vegas. Acara ini mempamerkan kepakaran dan inovasi ECOVACS yang tiada tandingan, mengetengahkan terutamanya DEEBOT X8 Family, yang menampilkan Teknologi Cuci Sendiri Segera OZMO ROLLER yang revolusioner. Pencapaian ini menyaksikan detik penting dalam robotik, mewujudkan suasana untuk pelancaran global bagi model ini dan berjanji untuk mentakrifkan semula standard industri.

Sebagai jenama yang terkemuka di dunia bagi robotik perkhidmatan rumah, ECOVACS terus memacu industri ini ke hadapan dengan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kemajuan teknologi. David Cheng Qian, Naib Pengerusi ECOVACS Group dan Ketua Pegawai Eksekutif ECOVACS ROBOTICS, menekankan strategi syarikat: "Inovasi terkini kami bukan sahaja menggariskan kepimpinan ECOVACS tetapi juga mencerminkan dedikasi kami untuk merintis penyelesaian robotik yang menjangkakan dan memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang. Kami tetap teguh dalam misi kami untuk memajukan robotik, memperhalusi tawaran kami secara berterusan untuk menyampaikan nilai yang tiada tandingan kepada pengguna kami di seluruh dunia."

DEEBOT X8 PRO OMNI: Memulakan Era Baharu Robotik dengan Teknologi Mop OZMO ROLLER


DEEBOT X8 PRO OMNI menonjol dengan Teknologi Mop Cuci Sendiri Segera OZMO ROLLER, yang melengkapkan pembersih vakum robotik dengan keupayaan yang menyaingi pencuci lantai profesional. Reka bentuk inovatif ini membolehkan tekanan dan kelajuan ultra tinggi dengan sistem cuci sendiri masa nyata untuk memastikan keupayaan pembersihan seragam, mengurangkan kontaminasi dengan ketara semasa proses mengemop.

DEEBOT X8 PRO OMNI bukan sahaja membawakan teknologi OZMO ROLLER rintis bahkan turut menggabungkan navigasi termaju dan kecerdasan buatan, menyediakan penyelesaian pembersihan yang komprehensif dan pintar. Sejak diperkenalkan di China pada September 2024, DEEBOT X8 PRO OMNI telah membentuk semula secara mendadak sektor vakum robotik premium, menguasai 68% bahagian pasaran dalam talian yang mengagumkan semasa festival beli-belah Chinese Double 11. Dengan pelancaran globalnya yang akan datang, model ini bersedia untuk mengulangi kejayaannya pada skala dunia, merevolusikan amalan pembersihan di seluruh dunia.

Selain daripada DEEBOT X8 Family, ECOVACS memperkenalkan DEEBOT T50 Family, yang ditonjolkan oleh T50 MAX. Model unggulan ini membawakan BLAST (Teknologi Sedutan Aliran Udara Besar Tergalak) termaju daripada ECOVACS, teknologi yang mentakrifkan semula keupayaan pembersihan. Menerusi gabungan antara Aliran Udara Maksimum dan Tahap Vakum Mencukupi, ia memberikan volum udara maksimum 16.3L sesaat dan kuasa sedutan dipertingkat sehingga 18500Pa. Ini membolehkan T50 MAX meningkatkan Kadar Kutipan Zarah Besar sebanyak 100% dan meningkatkan Pembersihan Habuk Permaidani sebanyak 93%, menjadikannya pilihan optimum untuk keluarga yang mempunyai permaidani di kawasan luas. Turut menyertai barisan ini ialah T50 PRO OMNI, menampilkan reka bentuk ultra-langsing yang direkayasa khusus untuk mengakses ruang sempit seperti di bawah sofa dan katil. Selain itu, X5 HYBRID membuat penampilan sulung globalnya.

GOAT A&O Family: Mentakrifkan Semula Kecemerlangan dalam Penyelenggaraan Taman Pintar

Sejak kemunculan sulungnya pada tahun 2022, siri GOAT pemotong rumput robotik telah mendapat pengiktirafan tinggi di seluruh Eropah, dengan 40,000 unit terjual dalam tempoh setahun menjelang tahun 2024. Rangkaian GOAT baharu menawarkan ciri-ciri terkini dan penyelesaian tersuai untuk halaman rumput dengan semua saiz dan kerumitan.

GOAT A Family, termasuk model A3000 LiDAR dan A2500 RTK (dikenali sebagai A1600 RTK di Eropah), direka untuk halaman belakang bersaiz sederhana hingga besar. Mesin potong rumput ini memberikan prestasi pemotongan yang luar biasa, dikuasakan oleh sistem 32V yang terkemuka dalam industri dan mencapai peningkatan kecekapan memotong sebanyak tiga kali ganda. Untuk susun atur taman yang lebih kecil atau lebih rumit, model GOAT O Family, termasuk O1000 RTK (dikenali sebagai O800 RTK di Eropah), menunjukkan kecemerlangan dalam pemotongan yang cekap dan pintar. Ketangkasannya tiada tandingan, dengan kebolehlaluan laluan ekstrem 0.7m dan teknologi navigasi LELS termaju, memastikan kejituan dan kecerdasan dalam penjagaan halaman rumput.

Di CES 2025, ECOVACS bukan sahaja mempamerkan siri DEEBOT dan GOAT tetapi juga mempersembahkan siri pembersih tingkap robotik WINBOT, menonjolkan penyelesaian pembersihan tingkap yang praktikal dan cekap daripada syarikat.


Demonstrasi ini menggariskan komitmen ECOVACS untuk menerobos sempadan model tradisional melalui inovasi teknologi. Sebagai perintis dalam industri robotik perkhidmatan selama 27 tahun lamanya, ECOVACS berada di barisan hadapan inovasi secara berterusan, memanfaatkan rantaian bekalan proprietarinya dan keupayaan pembuatan termaju untuk mencapai kejayaan dalam teknologi robotik teras. Dengan misi "Robotics for All" ("Robotik buat Semua"), produk ECOVACS ROBOTICS telah mencapai lebih 170 pasaran utama di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 28 juta keluarga di seluruh dunia.

Menurut laporan kewangan, ECOVACS telah meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) dengan ketara, bertambah daripada 549 juta yuan pada tahun 2021 kepada 825 juta yuan pada tahun 2023, mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 22.55% dari tahun 2021 hingga 2023. Untuk tiga suku pertama tahun 2024, perbelanjaan R&D mencecah 657 juta yuan. Menjelang pertengahan tahun 2024, ECOVACS mengumpul 2,242 paten, termasuk 661 paten ciptaan, dengan 132 daripadanya ialah paten ciptaan luar negara.

ECOVACS mempamerkan portfolio robotik perkhidmatannya yang komprehensif di CES 2025 mulai 7 hingga 10 Januari. Reruai ECOVACS terletak di Ekspo Venetian, Dewan A-D - Reruai 52946.

Untuk maklumat lanjut: 

Pembersih Vakum Robot | Robot Pencuci Auto - Laman Web ECOVACS - ECOVACS

https://www.ecovacs.com/us/campaign/ces-2025

Wenting Sun
wenting.sun@ecovacs.com

Source: ECOVACS
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news