LAS VEGAS, 8 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Timekettle, peneraju global bagi teknologi komunikasi berkuasa AI, dengan gembiranya memperkenalkan Fon Putik W4 Pro yang dipertingkat dengan fungsian panggilan dwiarah. Dikuasakan oleh sistem perisian proprietari pertamanya, turut diumumkan di CES, Babel OS, W4 Pro baharu menetapkan penanda aras baharu untuk komunikasi silang bahasa, menawarkan terjemahan masa nyata dua hala yang lancar semasa panggilan telefon dan video pada mana-mana platform komunikasi.
Elegant earbuds provide seamless two-way, real-time translation for phone and video calls across any communication platform, including Zoom, WeChat, WhatsApp, and Telegram.
Ciri yang baru dilancarkan ini membolehkan terjemahan dua hala bagi memudahkan perbualan silang bahasa yang senang melalui mana-mana aplikasi telekomunikasi atau sistem telefon tradisional. Ia menyediakan terjemahan segerak dua hala tanpa mengganggu kualiti suara asal.
Pengguna mengaktifkan mod terjemahan dengan hanya memakai set kepala W4 Pro semasa panggilan, yang tidak memerlukan tindakan tambahan oleh pihak lain, seperti memasang aplikasi, perisian atau peralatan terjemahan khusus. Sama ada dalam bidang perniagaan, akademik atau tetapan sosial, pengguna boleh terlibat dalam perbualan yang lancar dengan individu di seluruh dunia tanpa sebarang halangan.
Mentakrifkan Semula Komunikasi Masa Nyata
Fon Putik W4 Pro, kini ditingkatkan dengan Babel OS, menyediakan fungsian yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam terjemahan masa nyata. Menyokong lebih 40 bahasa dan 93 loghat, fon putik termaju ini menyampaikan terjemahan seperti manusia.
Berdasarkan teknologi HybridComm proprietari daripada Timekettle, W4 Pro menawarkan pengalaman pengguna yang dioptimumkan dengan hanya kelewatan 3 - 5 saat selepas pertuturan asal didengar. Reka bentuk ini juga menampilkan suara terjemahan yang lebih kuat sedikit berbanding yang asal untuk meningkatkan kejelasan tanpa gangguan. Dengan reka bentuk tidak menutup telinga yang ergonomik untuk memastikan keselesaan semasa penggunaan berpanjangan, teknologi AI termaju mencapai ketepatan terjemahan sehingga 95% bagi memastikan komunikasi yang tepat dan sejadi. Ia menawarkan pelbagai mod yang disesuaikan dengan senario yang berbeza:
Satu lagi ciri menonjol daripada W4 Pro ialah keupayaan ringkasan dipacu AI yang canggih. Semasa panggilan, ia menangkap dan memaparkan semua perkataan yang dituturkan dan terjemahan pada peranti mudah alih dalam masa nyata. Sebaik sahaja panggilan berakhir, ia menghasilkan minit mesyuarat terperinci dengan pantas yang boleh dikongsi serta-merta, lalu meningkatkan kecekapan aliran kerja dengan ketara. Ciri-ciri termaju tambahan termasuk:
Kuasa Babel OS
Turut diumumkan di CES ialah perisian proprietari Timekettle baharu Babel OS, yang menyampaikan peralihan luar biasa pantas dengan penyelesaian yang boleh menjangkakan perkara yang diperkatakan, mencapai penyesuaian dengan leksikon yang boleh disesuaikan dan menterjemah dengan emosi dan kualiti nada manusia sebenar. Ia mengubah seluruh barisan produk Timekettle, termasuk peranti termaju seperti Fon Putik W4 Pro, Fon Putik WT2 Edge/W3, Hab Pentafsir X1 serta Pentafsir Genggam T1 dan T1 Mini. Kesemua peranti ini kini menjadi lebih pantas, lebih tepat dan lebih manusiawi berbanding sebelum ini, hampir meniru pengalaman mempunyai jurubahasa langsung di sisi anda. Ciri-ciri utama daripada penaiktarafan transformatif ini termasuk:
"Dengan W4 Pro dan Babel OS yang dipertingkat, kami mencipta penyelesaian yang bukan sahaja merapatkan jurang bahasa tetapi juga mentakrifkan semula standard komunikasi global. Ciri panggilan serentak dua hala merupakan pengubah keadaan, menawarkan pengalaman komunikasi seakan betul dan tanpa gangguan merentas bahasa," kata Leal Tian, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Timekettle.
Ketersediaan
Fon Putik W4 Pro (berharga $449) boleh didapati mulai 7 Januari 2025. Babel OS tersedia serta-merta dan boleh dilihat beraksi di CES di reruai Timekettle [LVCC, Dewan Utara - 9163]. Ciri-cirinya yang dipertingkat didemonstrasikan dalam produk seperti Fon Putik W4 Pro, Fon Putik WT2 Edge/W3 (berharga $349.99), Hab Pentafsir X1 (berharga $699.99) serta Pentafsir Genggam T1 dan T1 Mini (masing-masing berharga $299.99 dan $149.99). Semua peranti Timekettle tersedia untuk dibeli di laman webnya atau di Amazon. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.timekettle.co.
Latar Belakang Timekettle
Sejak penubuhannya pada tahun 2016, Timekettle telah berada di barisan hadapan inovasi komunikasi rentas bahasa. Dengan produk yang memenangi anugerah dan kumpulan pengguna global melebihi 400,000, Timekettle terus menetapkan standard baharu dalam teknologi terjemahan AI, berusaha untuk mencapai kebebasan komunikasi sejagat.