READING, England, 4 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Mempertingkat kecekapan pengendalian, kualiti perkhidmatan, dan memastikan pengurusan lalu lintas lebih baik dengan Acision DiSC
Acision, peneraju global dalam prasarana penghantaran mesej mudah alih selamat dan perkhidmatan pelibatan digital, hari ini mengumumkan yang ia akan menyelesaikan cabaran Setar bagi menyokong pemeringkatan masa sebenar merentasi rangkaian 2G, 3G dan 4G-LTE mereka, dengan Pengawal Pengisyaratan Pintar Diameter (DiSC) Acision. Dengan mengaturkan penggunaan Acision DiSC, Setar boleh menjadi orang tengah yang berkesan dan menghalakan lalu lintas suara tempatan serta antarabangsa oleh semua rangkaiannya, menyediakan pengalaman pengguna terbaik, dan juga memastikan tarif yang bersesuaian dikenakan bagi semua panggilan, tanpa mengira lokasi dan ciri pelanggan.
Sebagai penyedia telekomunikasi nombor satu di Aruba, Setar membawakan inovasi dan teknologi digital kepada komuniti tempatan, menjadi pengendali rangkaian pertama yang memperkenalkan perkhidmatan Internet, panggilan mudah alih, panggilan video, TV Mudah Alih, dan jalur lebar wayarles kepada pasaran Aruba. Sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuannya menuju rangkaian generasi seterusnya, termasuk persediaan untuk mengatur penggunaan VoLTE pada masa hadapan, Setar memilih DiSC Acision bagi mengurus, mengoptimumkan, dan membezakan unsur rangkaian, di samping mengenakan bayaran kepada semua lalu lintas secara berkesan dalam masa sebenar, lalu memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan mengurangkan kos CAPEX serta OPEX.
"Dengan penambahan DiSC kepada rangkaian kami, kini kami bersedia untuk menyediakan semua pelanggan mudah alih kami dengan maklumat masa sebenar berkenaan penggunaan perkhidmatan suara dan data mereka semasa berada di rumah atau semasa perayauan di luar Aruba," kata Raul Ponson, Ketua Pegawai Teknologi Setar N.V. "Kami bukan sahaja bersedia untuk mengendalikan pemeringkatan serta-merta semua penggunaan oleh pelanggan Prabayar, Pascabayar, dan Hibrid, tetapi kami akan mempunyai penyelesaian kalis masa hadapan yang mana, ketika masanya sesuai kelak, ia boleh mengurus lalu lintas yang bakal bertambah daripada peningkatan perkhidmatan yang dijangka akan bertambah seperti pelan data tersuai khusus dan pelan data mudah alih terkongsi, pengiklanan mudah alih, perkhidmatan mesin ke mesin (M2M), MVNE, dan aplikasi OTT dipertingkat. Pendek kata, DiSC akan membenarkan kami mengawal lalu lintas pengisyaratan diameter kami dalam cara yang jauh lebih cekap dan menjimatkan kos."
Sebagai Penghala dan Broker Diameter dalam satu sistem, Acision DiSC memberikan pengendali kemampuan untuk memperkaya atau menggabungkan aliran Diameter dalam rangkaian, dan membolehkan mekanisme penghalaan serta pengimbangan beban bagi tujuan mencegah beban lebih unsur rangkaian dan juga menyediakan kualiti perkhidmatan tentuan bagi aliran lalu lintas terpilih. Logik perkhidmatan Acision DiSC yang fleksibel bersepadu dengan mudah ke dalam rangkaian pengendali dan memberikan prestasi luar biasa pada kos minimum.
Russell Grahame, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan di Acision Amerika Utara berkata: "Pengawal Pengisyaratan Diameter merupakan komponen rangkaian kritikal untuk pengendali mudah alih yang boleh melegakan tekanan ke atas sumber, sambil menambah baik kecekapan pengendalian dan meningkatkan keandalan rangkaian pengisyaratan LTE. Dengan kos minimum dan prestasi luar biasa, DiSC merupakan alat sempurna untuk evolusi rangkaian dipermudah."
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali antara platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com