omniture

Lei Jia Membawakan Suara Cina Beliau yang Terunggul kepada Penonton Amerika Utara

Persembahan cemerlang di Toronto dan New York
Lei Jia Music Studio
2015-03-04 14:39 155

BEIJING, 4 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Ketika nama China semakin harum di mata dunia, perayaan tahunan paling penting negara itu, Festival Musim Bunga (Atau Tahun Baharu Cina), menjadi sambutan yang semakin banyak diraikan di Barat, yang mana dengan menjemput penghibur terbaik China untuk membuat pertunjukan semasa musim perayaan ini sudah menjadi sesuatu yang dijangkakan dan dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh masyarakat Cina tempatan serta para pelajar China di universiti AS serta Kanada, tetapi juga oleh masyarakat utama. Sewaktu Festival Musim Bunga tahun ini, beberapa penghibur terkenal China, termasuk Lei Jia, Yo-Yo Ma dan Lang Lang, telah membawa muzik serta irama tanah air mereka kepada para penonton yang teruja di Toronto dan juga New York, yang mana mereka mendapat sambutan hangat dan alu-aluan mesra daripada penonton aliran utama.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/178687

Pada 21 Februari (hari ketiga tahun baharu itu) salji dan kesejukan yang menyengat tidak mampu menghalang para penonton daripada menghadiri konsert Tahun Baharu Cina yang laris terjual yang dianjurkan oleh Orkestra Simfoni Toronto. Dengan jemputan istimewa daripada orkestra itu, vokalis Lei Jia dan pemain piano Lang Lang menyampaikan persembahan yang luar biasa, menyemarakkan semangat para penonton tanpa henti.

Pada 24 Februari (hari keenam tahun baharu), Filharmonik New York telah meraikan Tahun Baharu Cina bagi tahun keempat berturut-turut dengan konsert gala di Lincoln Center. Barisan bakat mengagumkan itu termasuklah Lei Jia dan pemain celo Cina-Amerika Yo-Yo Ma. Para penonton tahun ini menarik perhatian kerana bilangan penonton daripada golongan bukan berbangsa Cina yang tinggi, termasuk James Wolfensohn, mantan Presiden Bank Dunia dan ramai profesional terkemuka Wall Street. Tiket konsert dalam dewan yang boleh memuatkan 2,600 orang itu sangat sukar didapati.

Di atas pentas Amerika Utara, Lei Jia mengagumkan para penonton dengan dua buah lagu rakyat China tradisional: The Village of Sanshilipu dan In Praise of Cattle. Persembahan beliau menerima sambutan yang begitu hangat sehingga beliau dipanggil untuk sembah seni sebanyak berkali-kali. Penonton yang kebanyakannya bukan orang Cina itu terpegun dengan kehebatan suaranya yang beraneka serta suaranya yang serba boleh sambil ia melangkaui beberapa oktaf. Sesetengah penonton Cina menangis apabila penyanyi muda itu memulakan bait pertama The Village of Sanshilipu.

Kenapa Lei Jia?

Bagaimana dua orkestra terkenal di dunia, Orkestra Simfoni Toronto dan Filharmonik New York, kebetulan menjemput Lei Jia pada masa yang sama? Ia pilihan yang tidak disangka-sangka tetapi masih logik untuk kedua-dua orkestra itu. Lei menyaksikan kepopularannya meningkat secara mendadak dalam masa kebelakangan ini. Penyanyi muda itu memenangi hati para penonton di dalam dan luar China dengan persembahannya yang mengagumkan. Dengan latihannya bersama sistem muzik vokal tradisional China, nyanyiannya menzahirkan keaslian ekspresi vokal tradisional China. Beliau sudah lama menjadi penyokong gaya muzik baharu guofeng, sejenis gaya yang dianggap sebagai ekspresi inti pati China, dan telah mentafsirkan gaya ini melalui pelbagai bentuk kesenian serta konteks moden. Selepas mendengarkan albumnya, Dandelion Sky, Joshua Cheek, Pengerusi juri Anugerah Grammy, memuji beliau sebagai "Suara yang Paling Bercirikan China". Sebagai wakil penyanyi muda dari masyarakat muzik vokal kebangsaan, beliau sangat terkenal bukan sahaja antara pasukan ketenteraan China tetapi juga dalam kalangan orang berpangkat rendah dalam angkatan, dengan sentiasa membawakan persembahan yang mempesonakan kepada himpunan angkatan tentera negara yang besar. Persembahannya yang sangat popular ini tidak memberi beliau banyak masa untuk membuat persembahan di luar negara dalam tahun-tahun kebelakangan ini, namun begitu beliau ditampilkan dalam album The Songs of the 56 Chinese Nationalities, koleksi muzik yang dipilih sebagai hadiah negara yang dihantar kepada ketua setiap negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China. Semua lagu dalam album itu boleh didengari dalam bilik audio perpustakaan awam di seluruh dunia. Semua pencapaian ini membawa kepada keputusan dua orkestra itu yang tidak teragak-agak lagi untuk menjemput penyanyi popular itu.

Mengapa beliau memilih untuk mempersembahkan lagu rakyat Shaanxi?

Apabila diminta bercakap tentang mengapa beliau memilih untuk mempersembahkan lagu The Village of Sanshilipu dan In Praise of Cattle di Amerika Utara, Lei menyatakan, sebabnya lebih kurang sama dengan tujuan beliau memilih untuk menyanyikan Si Perindu Kampung Halaman semasa Malam Gala Festival Musim Bunga tahun ini: kedua-dua lagu The Village of Sanshilipu dan In Praise of Cattle itu merupakan lagu rakyat Shaanxi, lagu-lagu yang sangat mentakrifkan muzik Cina dalam keringkasannya, dan lebih penting lagi, lagu-lagu yang kebanyakan ahli diaspora Cina, tidak kira dari mana asal mereka di China, cukup mengenalinya, dan dalam kebanyakan kes, boleh menyanyikannya sekali. Beliau menyatakan harapan yang kedua-dua lagu ini boleh mengingatkan mereka kepada "semangkuk air, segelas wain, awan, dan kasih sepanjang hayat" – tema penuh nostalgik yang bertujuan untuk mengingatkan para pendengar kepada kampung halaman mereka serta membolehkan mereka mengalami rasa kemesraan tempat asal mereka dan juga kasih yang dirasai oleh saudara-mara mereka "di kampung" buat mereka.

Source: Lei Jia Music Studio
Keywords: Entertainment Music New products/services