omniture

Acision Lancarkan Penyelesaian Saling Hubung Dalam dan Luar Negara, Membolehkan Perkhidmatan Pengguna Silang Pembawa dan Silang Sempadan untuk Pengendali Mudah Alih

Acision
2015-03-04 14:38 112

READING, England, 4 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Aplikasi Smart Messaging dan Penyelesaian Analitik Data Collect Insights Acision – Diperkenalkan secara langsung buat kali pertama semasa Kongres Dunia Mudah Alih

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pemesejan mudah alih selamat, hari ini mengumumkan yang berikutan kejayaan "Pengaturan Kredit" mereka dan perniagaan Perkhidmatan Pengguna mereka dalam rantau LATAM, APAC dan MEAP, mereka akan melancarkan penyelesaian pelengkap saling hubung dalam dan luar negara kepada pengendali mudah alih. Ini bermakna pengendali kini boleh menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan tetap mereka yang disokong merentasi rangkaian pengendali berbilang, serta merentasi sempadan negara. Tambahan lagi, semasa minggu Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) ini, Acision akan memperkenalkan aplikasi Smart Messaging mereka buat kali pertama,yang membenarkan pengguna mengurus perkhidmatan pesanan SMS mereka terus dalam peranti mereka. Acision juga akan turut menunjukkan penyelesaian Collect Insights mereka di MWC, perkhidmatan untuk pengendali yang membolehkan mereka mengurus dan menganalisis data penggunaan pelanggan secara berkesan bagi memperbaiki perkhidmatan pasaran serta menyuai khusus berdasarkan keperluan pengguna.

Sebagai salah satu peneraju pasaran dalam Pengaturan Perkhidmatan Tertambah Nilai, Acision mempunyai portfolio penyelesaian paling menyeluruh yang dibina berasaskan Pengurus Dialog Acision (ADM) dan direka bagi mengambil manfaat daripada pelanggan mudah alih global yang terikat dengan kontrak prabayar serta boleh kehabisan kredit pada bila-bila masa. Contohnya, Perkhidmatan Collect SMS Acision yang memenangi anugerah membolehkan pengendali menjana hasil penghantaran mesej tambahan daripada pengguna yang kehabisan kredit, tanpa dirugikan. Collect SMS memungkinkan pelanggan prabayar dengan kredit sedikit atau kehabisan kredit meminta penerima pesanan untuk menanggung kos itu. Jika penerima itu bersetuju, barulah pesanan itu boleh dihantar, lalu memastikan pelanggan tetap boleh saling berhubung dan turut memberikan hasil tambahan kepada pengendali. Perkhidmatan lain termasuklah SMS Prabayar, SMS Ganjaran, SMS Tajaan dan SMS IOU, di samping rangkaian ciri Pemesejan Tersuai Khusus yang menerajui pasaran seperti Senarai Hitam, Senarai Putih, Buku Alamat, dan Pemberitahuan, semuanya berdasarkan pengalaman Acision dalam pemesejan yang diiktiraf dalam industri.

"Dengan memanfaatkan kelebihan perniagaan prasarana pemesejan kami, dan oleh kerana rekod prestasi kami yang terbukti serta pengalaman yang luas dalam perkhidmatan Pengaturan Kredit, kini kami boleh menyediakan pengendali dalam pasaran dengan jumlah pelanggan prabayar yang tinggi, pilihan untuk membawa perkhidmatan mereka kepada komuniti lebih luas melalui ciri saling hubung silang pembawa dan silang sempadan," kata Nicolas Appert, Ketua Perniagaan Perkhidmatan Pengguna Acision. "Setiap pengendali mempunyai pengguna prabayar dengan kredit sedikit atau ketiadaan kredit serta tempoh tidak aktif, maka penyelesaian kami menyediakan peluang pengewangan mudah alih dan hasil meningkat, yang mana pengguna boleh menghantar pesanan tidak kira berapa kredit yang mereka ada, dan kos mesej itu masih dapat ditanggung. Tambahan pula, oleh kerana ini adalah usul yang tidak pernah diutarakan sebelum ini dan menawarkan lebih kemudahan merentasi rangkaian, ia membolehkan pelanggan kami membezakan perkhidmatan yang mereka tawarkan, lalu memperbaiki pengalaman pelanggan serta meningkatkan kesetiaan."

Bagi memudahkan pelanggan menyediakan dan mengurus perkhidmatan mereka, aplikasi Smart Messaging Acision disambungkan terus ke dalam ADM serta membenarkan pengendali membekali perkhidmatan dengan mudah dan mengawal aliran pemesejan. Perkhidmatan tersuai khusus yang boleh didapati dalam aplikasi Smart Messaging Acision termasuklah Salin dan Lencong SMS, Arkib SMS, penciptaan Senarai Hitam dan Senarai Putih, Pembalasan Mesej Automatik, dan Tanda Tangan Automatik Acision. Ini memberi kuasa kepada pengguna untuk mengurus penghantaran SMS mereka sendiri termasuk perbincangan berkumpulan, melalui telefon bimbit dan telefon pintar.

Untuk melihat demonstrasi langsung Smart Messaging, atau untuk bertemu salah seorang pakar perkhidmatan pengguna Acision, sila lawati tapak pameran Acision semasa MWC di Barcelona mulai 2-5 Mac 2015, gerai pameran A41 di Dewan 8.1.

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali antara platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news