QINGDAO, China, 9 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna global dan perkakas rumah, bergabung dengan FIFA untuk memperkenalkan reka bentuk baharu Trofi FIFA Club World Cup 2025™ yang amat dinanti-nantikan kepada orang ramai buat julung kalinya di CES, menawarkan peluang dari dekat yang eksklusif kepada hadirin untuk merasai pengalaman reka bentuk rintis Trofi ini.
David Gold, Vice President of Hisense International and President of Hisense Americas and Aldo Kafie, Head of FIFA Partnership Management, unveil the FIFA Club World Cup 2025™ Trophy at CES
Sebagai rakan kongsi rasmi yang pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense memantapkan peranan kepimpinannya dalam pemasaran sukan global, terus memperkukuh kehadiran strategiknya di persada dunia. Trofi FIFA Club World Cup 2025™ yang inovatif mewakili simbol masa depan, diilhamkan oleh masa lalu, suatu perayaan terhadap harapan, kecemerlangan dan kebanggaan, merangkumkan perjalanan setiap kelab, pemain dan peminat yang disatukan dalam semangat mereka terhadap permainan yang indah. Etos ini benar-benar sejajar dengan komitmen Hisense untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa dan berkualiti tinggi untuk pelanggan dan khalayak di seluruh dunia.
"Pendedahan Trofi FIFA Club World Cup 2025 ™ pada hari ini merupakan satu peristiwa penting tatkala kami meraikan kemuncak bola sepak kelab dan perjalanan ke hadapan untuk 32 pasukan terbaik dunia," kata David Gold, Naib Presiden Hisense International dan Presiden Hisense Americas. "Di Hisense, kami berbesar hati untuk membawa peminat lebih dekat dengan kejohanan yang bersejarah ini - sama ada melihat Trofi secara dekat atau menonton setiap perlawanan secara percuma di Hisense TV melalui DAZN."
FIFA Club World Cup 2025™ yang baharu ini akan menampilkan 32 kelab bola sepak terkemuka dunia dan dihoskan setiap empat tahun, lalu membawakan peluang besar untuk pemasaran sukan global. Hisense bersedia untuk memanfaatkan acara antarabangsa ini untuk meningkatkan lagi pengalaman peminat serta meluaskan jangkauan jenamanya ke seluruh dunia.
Bagi meningkatkan pengalaman sukan yang menarik ini, Hisense menggunakan teknologi canggihnya, termasuk TV AI 100-inci unggulannya yang dilengkapi dengan Hi-View AI Engine dan Mod Sukan AI. Inovasi ini memberikan pengalaman seperti di stadium yang imersif buat peminat dan akan membawa aksi yang mendebarkan dalam kejohanan ini terus ke rumah di seluruh dunia. Dengan Hisense berada di barisan hadapan inovasi teknologi, menonton FIFA Club World Cup 2025™ akan menjadi kejohanan yang malah lebih mendebarkan berbanding sebelum ini. VIDAA juga berada di landasan untuk melancarkan ciri-ciri khas yang berkaitan dengan FIFA Club World Cup 2025™ bagi menyokong acara unik ini dan menyediakan liputan mendalam untuk penggunanya di seluruh dunia.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV keseluruhan dan No. 1 bagi TV 100". Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.