QINGDAO, China, 9 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna global dan perkakas rumah, memperkenalkan yang terkini dalam inovasi teknologi berasaskan AI di reruai bertemakan "AI Your Life" ("AI Kehidupan Anda") di CES 2025, memikat khalayak dengan rangkaian produk premium dan teknologi rintis, termasuk TV LED TriChroma 116 inci, Paparan MicroLED dan inovasi TV Laser, bersama-sama dengan rangkaian luas perkakas rumah pintar didayakan AI dan aplikasi canggih dalam automotif, pameran komersial, penjagaan kesihatan dan sistem tenaga.
Hisense menonjolkan inovasinya yang memberikan pengalaman hiburan rumah peringkat sinematik yang terbaik dengan rangkaian TVnya yang luas, merentas pelbagai saiz skrin yang menawarkan yang terbaik dalam kualiti gambar yang jelas, realistik, kawalan gerakan ultra-lancar dan audio yang jelas.
Merevolusikan Teknologi Paparan
Menerajui kemajuan paparan Hisense ialah TV LED TriChroma 116-inci, menampilkan Teknologi Paparan Pemalapan Setempat RGB termaju. Dikuasakan oleh Hi-View AI Engine X daripada Hisense, TV ini mengoptimumkan setiap bingkai dengan ciri-ciri dipacu AI termasuk Kecerahan Puncak AI, Pemalapan Setempat RGB AI, Suara Jelas AI dan Jalur AI Lebih Lancar, memastikan kontras dinamik, kecerahan dan pelarasan warna pada masa nyata untuk visual tampak hidup yang jelas bersama-sama dengan audio kejelasan tinggi.
Paparan MicroLED 136-inci sedia menerima pengguna pertama di dunia menandakan satu kejayaan besar dalam teknologi paparan yang boleh diakses dan canggih. Menampilkan lebih 24.88 juta LED pancar sendiri, TV ini menawarkan kejelasan dan ketepatan warna yang luar biasa.
Merintis masa depan dengan Hisense AI
TV berkuasa AI yang terkini termasuk siri TV U7 dan U8, yang didayakan oleh Hisense Hi-View Engine Pro yang mengoptimumkan pengalaman audio-visual dengan analisis tahap bingkai masa nyata, mengendalikan fungsi kompleks seperti peningkatan skala 4K dan peningkatan warna. Kemuncak barisan ULED ialah Siri U9, dikuasakan oleh Hi-View Engine X unggulan.
Kandungan TV didayakan AI juga merupakan satu ciri, bersama-sama dengan rakan kongsi kandungan Hisense platform TV Pintar global VIDAA. Menyampaikan cadangan berkuasa AI yang disesuaikan dengan pilihan peribadi, VIDAA memberikan pengalaman hiburan dan permainan yang beraneka dan pelbagai kepada pengguna.
Mereka bentuk untuk pengalaman yang benar-benar imersif dan sihat
Mendemonstrasikan teknologi Laser TV yang menerobos sempadan hiburan skrin besar, Hisense mempamerkan paparan skrin besar yang inovatif dan perkongsian peningkatan permainan dengan produk Designed for Xbox. Produk Hisense Gaming Laser Cinema menetapkan standard baharu untuk permainan yang imersif. Direka bentuk untuk Xbox, model Pawagam Laser (Laser Cinema) PX3-PRO dan Projektor Mini Laser 4K Ultra C2 juga meningkatkan pengalaman permainan dan filem dengan saiz tayangan yang sangat besar dan visual yang sempurna oleh Dolby Vision dan IMAX Enhanced.
Turut dipaparkan ialah TV Laser Kompak Hisense, menawarkan pengangkutan dan pemasangan tanpa kerumitan dalam reka bentuk ultra kompak yang memberikan kualiti gambar yang tiada tandingan, dengan teknologi laser TriChroma termaju yang memberikan warna terang serta perincian yang tajam demi pengalaman tontonan yang benar-benar imersif. TV Laser Boleh Gulung yang terkini menawarkan kombinasi unit tunggal antara projektor dan skrin, melengkapkan rangkaian komprehensif yang menyediakan pilihan TV Laser untuk setiap gaya hidup.
Hisense terus mendahului dalam penjagaan mata dengan pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dalam seluruh barisan TV utamanya, manakala model premiumnya turut menerima pensijilan Bebas-Kerlipan. Pawagam Laser PX3-PRO dan Projektor Mini Laser 4K Ultra C2 membawa pencapaian ini selanjutnya dengan menampilkan Pernyataan spesifikasi teknikal lebih tinggi yang disahkan oleh TÜV Rheinland termasuk: nisbah 0% cahaya biru berbahaya (415-455 nm), gamut warna luas (110% of BT.2020 dan 151% of DCI-P3) serta perbezaan warna yang hampir tidak dapat dilihat (ΔE2000<0.9 sRGB). Model-model termaju ini memberikan pelanggan dengan pengalaman menonton yang menakjubkan secara visual dan lebih sihat.
Kehidupan Pintar Dikuasakan oleh AI
Reruai Hisense turut menyediakan visi rumah pintar masa depan hari ini, mendemonstrasikan inovasi dipacu AI rintis yang dikuasakan oleh platform ConnectLife yang menyambung dan mengawal semua peranti Hisense domestik pintar.
Turut dipamerkan ialah siri 7S Mesin Basuh-Pengering Hisense yang membawa AI ke bilik dobi. Menawarkan integrasi lancar dengan aplikasi ConnectLife untuk pemantauan dan kawalan dari jauh, mesin basuh-pengering ini menggabungkan reka bentuk yang bergaya dengan teknologi canggih yang didayakan AI.
Hisense turut memperkenalkan Peti Sejuk BCD-780W didayakan ConnectLife dengan ciri-ciri berkuasa AI, termasuk pengurusan inventori makanan, peringatan tamat tempoh, pengesyoran resipi, kawalan suara dan cadangan resipi diperibadikan.
Penyaman Udara Siri Uni Hisense memastikan pengunjung tetap sejuk, menggabungkan teknologi AI Smart termaju dengan reka bentuk berpusatkan pengguna yang mudah. Dikuasakan oleh Smart Eye dan Sistem Kawalan TMS, unit ini melaraskan suhu, kelembapan, kelajuan angin dan arah untuk keselesaan optimum.
Hisense bekerjasama dengan Microsoft untuk memanfaatkan Azure OpenAI Service dan Azure AI Foundry Service bagi membangunkan pengalaman pengguna dipacu AI yang luar biasa. Ketika ini, kesemua ini termasuk pembantu resipi Dish Designer AI pada platform kehidupan pintar ConnectLife dan perbincangan plot AI bersepadu dan carian kabur (fuzzy) dalam sistem Hisense VIDAA OS TV. Kolaborasi ini menunjukkan semangat inovatif dan kemajuan teknologi Hisense dalam menyampaikan pengalaman dan nilai pengguna yang tiada tandingan.
Hisense membentuk semula apa yang mungkin dicapai dalam semua aspek kehidupan moden. Bermula daripada mendorong masa depan teknologi paparan, memacu pengalaman hiburan yang imersif kepada mencipta teknologi AI yang lancar yang berfungsi secara senyap-senyap di belakang tabir, Hisense komited untuk menambah baik cara orang ramai menjalani kehidupan, berhubung dan menikmati detik-detik yang paling penting. Inovasi yang ditampilkan di reruai CES 2025 Hisense direka untuk meningkatkan lagi pengalaman hiburan di rumah, menunaikan janji inovasinya yang menjadikan kehidupan lebih baik.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV keseluruhan dan No. 1 bagi TV 100". Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.