omniture

Pengecas Bateri 3-dalam-1 Pertama dan Paling Pintar di Dunia, Ostation X, Diperkenalkan Julung Kali di CES 2025

Olight Group Co.,Ltd
2025-01-09 10:02 128

LAS VEGAS, 9 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Olight, jenama produk pencahayaan mudah alih yang terkemuka, memperkenalkan inovasi terkininya, Ostation X, pengecas bateri 3-dalam-1 yang pertama dan Paling Pintar di dunia, di CES 2025. Produk rintis ini telahpun diberi penghormatan dengan Anugerah Inovasi CES 2025 dalam kategori Kelestarian & Tenaga/Kuasa dan ia dijadualkan akan mula dijual di laman web rasmi pada bulan Februari.

Ostation X at CES
Ostation X at CES

Ostation X menggabungkan pengecasan bateri yang pantas, ujian yang tepat dan penyimpanan yang teratur, lantas menjadikannya stesen pengecas bateri yang paling serba boleh, mesra pengguna dan pintar di dunia. Modul pengesanan pintarnya memastikan hanya bateri yang serasi dicas, membuang bateri yang rosak atau tidak boleh dicas semula. Teknologi pengecasan air terjun mempermudah penggunaan—hanya masukkan bateri dan ia akan dicas dan anda boleh mendapatkannya semula dengan mudah—menghapuskan 95% susah payah yang berkaitan dengan pengecas tradisional. Ruangnya yang luas dapat menyimpan lebih 32 bateri dicas penuh, manakala sambungan Bluetooth membolehkan pengguna menjejak kemajuan pengecasan, mengurus rizab bateri dan memilih mod melalui aplikasi Olight.

Ostation X diilhamkan oleh keperluan terhadap penyelesaian bateri yang lestari, menangani berbilion-bilion bateri sekali guna terbuang di dunia yang menyumbang kepada pencemaran. Misi Olight adalah untuk mencipta produk yang menggalakkan penggunaan bateri boleh dicas semula dengan menjadikannya lebih senang, andal dan mudah digunakan. Ostation X mencapai misi ini dan membantu mengurangkan sisa dan menggalakkan penjimatan kos jangka panjang.

"Di Olight, komitmen kami adalah sentiasa untuk menyampaikan produk yang meningkatkan pengalaman pengguna sekali gus memacu industri ke hadapan," kata Mavis Xiao, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Olight. "Ostation X mewakili lonjakan penting dalam teknologi dan kemampanan. Ia bukan sahaja tentang kemudahan—ia mengenai memperkasakan pelanggan kami untuk membuat pilihan yang lebih baik untuk planet ini dan generasi akan datang."

Ostation X turut menggamit perhatian meluas di Kickstarter, dengan kempen dana khalayaknya memperoleh dana melebihi $1.14 juta. Ia juga dipaparkan pada "Project We Love" Kickstarter dalam bahagian teknologi.

Reruai Olight di CES 2025 mempamerkan bukan sahaja Ostation X tetapi juga inovasi terkini yang lain oleh jenama ini, termasuk Arkfeld Ultra, yang menampilkan bahan aluminium yang baru dibangunkan. Pengunjung boleh mengalami teknologi canggih ini di reruai 51762.

Latar Belakang Olight:

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight ialah peneraju global dalam menyediakan produk pencahayaan mudah alih dan inovatif yang dipercayai oleh peminat aktiviti luar di seluruh dunia. Olight menerobos sempadan teknologi pencahayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Olight lights up CES with innovation.
Olight lights up CES with innovation.

Source: Olight Group Co.,Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news