QINGDAO, China, 10 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah global, hari ini memperkenalkan kemajuan terkininya dalam teknologi paparan di CES 2025, termasuk mengumumkan kolaborasi yang menarik bersama Pantone dan Devialet. Perkongsian ini akan meningkatkan barisan TV premium dan TV Laser Hisense, memberikan kualiti gambar yang luar biasa dengan Pantone Validation dan mengintegrasikan kepakaran audio yang terkemuka daripada Devialet demi pengalaman hiburan imersif yang tiada tandingan pada bulan-bulan akan datang.
Bermula daripada TV LED TriChroma yang terkini hinggalah Paparan MicroLED revolusioner dan inovasi TV Laser, Hisense mentakrifkan semula batasan pengalaman visual dan audio, memberikan tahap pengalaman tontonan baharu yang tiada tandingan untuk pengguna di seluruh dunia.
Teknologi Paparan Pemalapan Setempat RGB Mendemonstrasikan Masa Depan Inovasi Paparan
Hisense memperkenalkan TV LED TriChroma 116-inci, menampilkan Teknologi Paparan Pemalapan Setempat RGB termaju dengan cip LED merah, hijau dan biru bebas, memberikan kejituan warna yang unggul dan liputan sehingga 97% ruang warna BT.2020. Kecerahan puncak 10,000 nit menawarkan warna yang terang, kontras mendalam dan kejelasan yang luar biasa. Dikuasakan oleh Hi-View AI Engine X daripada Hisense, TV ini mengoptimumkan setiap bingkai dengan ciri-ciri dipacu AI termasuk Kecerahan Puncak AI, Pemalapan Setempat RGB AI dan Jalur AI Lebih Lancar, memastikan kontras dinamik, kecerahan dan pelarasan warna pada masa nyata untuk visual yang terang dan tampak hidup.
TV LED TriChroma 116-inci dilengkapi dengan sistem bunyi keliling berbilang saluran 6.2.2, mengintegrasikan teknologi Dolby Atmos dan DTS Virtual X demi pengalaman audio yang imersif. Pengoptimuman Bunyi AI melaraskan bunyi agar sepadan dengan kandungan, sama ada dialog yang ringkas dan tepat atau adegan aksi dinamik, menetapkan penanda aras baharu untuk pengalaman teater rumah, menawarkan visual sinematik dan juga bunyi yang amat mengasyikkan.
Mentakrifkan Semula Inovasi Paparan dengan Teknologi MicroLED
Hisense turut memperkenalkan Paparan MicroLED 136-inci sedia untuk pengguna yang pertama di dunia, menyaksikan satu kejayaan besar dalam teknologi paparan yang boleh diakses dan canggih. Menampilkan lebih 24.88 juta LED pancar sendiri, TV ini menawarkan kejelasan dan kejituan warna yang luar biasa, dengan nisbah kontras 1,000,000:1 dan kecerahan sehingga 10,000 nit. Ia juga meliputi 90% daripada ruang warna BT.2020 untuk visual yang terang dan seperti kehidupan sebenar.
Dikuasakan oleh Hi-View AI Engine X, TV ini menggunakan algoritma dipacu AI untuk meningkatkan ketepatan warna, mengurus warna 3D dinamik dan mengoptimumkan butiran paparan. Nanokristal hitam mengurangkan kebolehpantulan, memastikan kejelasan yang luar biasa walaupun di dalam bilik yang terang. Direka untuk rumah moden, faktor bentuk ultra-nipis berintegrasi lancar ke dalam mana-mana ruang. Bagi menyokong Dolby Vision IQ, HDR10+ dan Mod Pembikin Filem, dengan Dolby Atmos dan DTS Virtual X menyediakan bunyi yang imersif, Paparan MicroLED 136-inci menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan di rumah.
Mempelopori Ketepatan Warna TV Laser
Sebagai Rakan Kongsi TV Laser pertama yang meraih anugerah Pantone Validated dan juga SkinTone Validated, Hisense menetapkan penanda aras baharu untuk fideliti dan keaslian warna.
Dikuasakan oleh projektor 4000lm dan skrin gandaan tinggi, TV Laser Ultra-Terang menyampaikan sehingga 1500 nit kecerahan skrin penuh. TV ini menggabungkan kanta lontaran ultra-pendek 0.18, mengurangkan jarak tayangan sebanyak 20mm, lalu membolehkan skrin 100-inci dalam ruang yang sempit. Teknologi skrin Master of Light dapat membezakan dengan tepat cahaya laser tiga warna pada TV laser dan cahaya ambien yang tidak sah serta meningkatkan kapasiti pemisahan cahaya.
TV Laser Ditingkatkan untuk Penggemar Permainan
TV Laser Permainan Hisense membawakan lengahan respons gambar tahap 2ms dan kadar segar semula 4K60Hz dan 2K240Hz, memberikan corak permainan yang lebih lancar dan lebih responsif berbanding panel LCD 144Hz tradisional. Ciri kependaman rendah, yang sudahpun diuji pada "Designed for Xbox" PX3-PRO, akan diintegrasikan ke dalam model-model akan datang termasuk siri PX4 dan C3 pada tahun 2025.
Satu lagi yang menonjol dan sedia untuk permainan ialah Projektor Mini Laser 4K Ultra C2, juga "Designed for Xbox" ("Direka untuk Xbox"), menawarkan julat saiz skrin yang fleksibel daripada 65 hingga 300 inci. Ia menampilkan reka bentuk gimbal berputar untuk persediaan yang mudah dan termasuk pembetulan batu kunci automatik, fokus automatik dan penghindaran halangan untuk pemasangan tanpa kerumitan. Teknologi TriChroma menyediakan gamut warna yang luas tanpa cahaya biru yang berbahaya, manakala subwufer terbina dalam, audio JBL saluran 2.1 dan bunyi keliling DTS Virtual:X memberikan pengalaman audiovisual imersif yang amat sesuai untuk filem dan juga permainan.
Pengunjung ke CES 2025 boleh meneroka inovasi rintis Hisense secara langsung di Dewan Tengah – Reruai 16625.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV keseluruhan dan No. 1 bagi TV 100". Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.