omniture

CHiQ Dinamakan Antara 10 Teratas Jenama Rumah Pintar Global

CHiQ
2025-01-10 12:47 4

LAS VEGAS, 10 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 8 Januari, di sebuah acara yang berlangsung serentak semasa CES 2025 di Las Vegas, CHiQ diberi penghormatan sebagai salah satu daripada 10 Teratas Jenama Rumah Pintar Global oleh International Data Group (IDG). Penghargaan ini menyerlahkan prestasi cemerlang CHiQ dalam sektor rumah pintar.

CHiQ Named Among the Global Smart Home Brands Top 10
CHiQ Named Among the Global Smart Home Brands Top 10

James Wu, Pengurus Besar Pusat Perniagaan Jenama Antarabangsa CHiQ berkata, "Dinamakan sebagai salah satu daripada '10 Teratas Jenama Rumah Pintar Global' merupakan satu pengiktirafan penting kepada kedudukan pasaran antarabangsa CHiQ. Memandang ke hadapan, CHiQ tetap komited untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di peringkat global."

Di CES, CHiQ mempamerkan pelbagai produk dipacu AI, membawakan TV AI pertamanya dan TV Latar Belakang (Wallpaper) AI CHiQ 100-inci, kedua-duanya menawarkan perkhidmatan diperibadikan melalui Ejen Pintar CHiQ Canghai yang canggih. Ia juga memperkenalkan peti sejuk AI yang mengurangkan masalah bunyi dan nyahfros serta penyaman udara AI yang meningkatkan keselesaan sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 40%. Selain itu, Gandingan Mesin Basuh & Pengering Ozone Supreme Care CHiQ menawarkan pencucian yang cekap dan pengeringan segera dengan ciri-ciri penjagaan termaju. Sistem Rumah Pintar CHiQ mengintegrasikan perkhidmatan proaktif, kecekapan tenaga, keselamatan yang dipertingkat dan teknologi AI bagi membolehkan pengguna menjimatkan sehingga 20% ke atas bil tenaga. 

Sejak menembusi pasaran antarabangsa pada tahun 2017, CHiQ merealisasikan slogan "Smart with Style" ("Pintar dengan Gaya") pada tahun 2023, memperlihatkan dedikasinya kepada produk yang inovatif dan bergaya. Kini terdapat di lebih 40 negara, CHiQ menawarkan rangkaian yang pelbagai, termasuk televisyen, peti sejuk, penyaman udara dan mesin basuh.

CHiQ membangunkan jenamanya melalui perkongsian strategik dengan atlet ternama seperti juara ski Olimpik Andreas Wellinger dan melalui penajaan acara sukan antarabangsa yang berprofil tinggi. Penyertaan jenama ini dalam acara Piala Dunia Ski FIS dan penajaan pasukan serta acara sukan serantau termasuk St. George Illawarra Dragons Australia, Daegu FC Korea Selatan dan Terbuka Terra Wortmann, telah meningkatkan keterlihatan globalnya dengan ketara. Inisiatif ini meningkatkan kehadiran global CHiQ dan mengukuhkan penglibatan pengguna.

Pada tahun 2024, CHiQ mengalami pertumbuhan yang luar biasa, dengan jualan Eropah meningkat lebih 30%. Australia menyaksikan peningkatan 40% dan Indonesia mencapai peningkatan 55% yang mengagumkan. Sementara itu, Malaysia, Thailand, Filipina, Amerika Latin dan Timur Tengah, kesemuanya melaporkan pertumbuhan hasil yang ketara.

Memandang ke arah masa depan, CHiQ akan terus mengutamakan inovasi, memanfaatkan produk dan perkhidmatannya yang luar biasa untuk memperdalam hubungan pengguna global. Jenama ini bermatlamat untuk menyambut era baharu rumah pintar dan menetapkan penanda aras baharu untuk kehidupan pintar.

Source: CHiQ
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Artificial Intelligence