LAS VEGAS, 10 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Di CES 2025, ECOVACS ROBOTICS melancarkan DEEBOT X8 PRO OMNI, menyaksikan kemunculan sulung pasaran globalnya dan mentakrifkan semula pencucian dengan ciri-ciri yang mengutamakan industri dan inovatif. Pembersih vakum robotik ini menampilkan Teknologi Mop Cuci Sendiri Segera OZMO ROLLER yang merupakan teknologi pencucian pertama seumpamanya daripada ECOVACS yang memperkenalkan tekanan dan kelajuan ultra-tinggi dengan sistem cuci sendiri masa nyata. Ia juga menggabungkan Pencucian Tepi Adaptif TruEdge 2.0 dan Teknologi Omni-Pendekatan AIVI 3D 3.0 bagi memastikan lantai yang sangat bersih sehingga ke bahagian paling tepi.
Teknologi Mop Cuci Sendiri Segera OZMO ROLLER Rintis Menghapuskan Ketakutan Kontaminasi Silang Selama-lamanya
ECOVACS DEEBOT X8 PRO OMNI menangani kebimbangan biasa dengan pembersih vakum robotik: menyebarkan kotoran dan kuman semasa mencuci, terutamanya dengan kotoran degil. Sistem mop revolusionernya menghapuskan kebimbangan kontaminasi silang dengan pencucian berkelajuan tinggi, bertekanan tinggi serta pencucian sendiri mop segera.
Mop Cuci Sendiri Segera: Teknologi Mop Cuci Sendiri Segera OZMO ROLLER menggunakan 16 muncung air untuk membasahkan penggelek dengan air bersih secara berterusan. Selepas setiap laluan di atas lantai, pengikis menyingkirkan air kotor daripada penggelek, memasukkannya ke dalam tangki air sisa. Air bersih kemudiannya segera dikenakan semula pada penggelek. Keseluruhan proses ini berlaku 200 kali seminit hasil daripada kelajuan putaran tinggi penggelek yang memastikan mop sentiasa bersih.
Mop Stabil dan Tertumpu: Struktur penggelek bersepadu daripada sistem ini menghalang gelinciran, memastikan sentuhan dan tekanan yang konsisten terhadap lantai. Berbanding dengan mop bulat atau jenis trek, penggelek ini mempunyai sentuhan permukaan yang sedikit, lalu menghasilkan tekanan dan geseran yang lebih tertumpu untuk menghapuskan kesan kotoran dengan berkesan. Ciri ini, digabungkan dengan mop cuci sendiri segera membolehkan DEEBOT X8 PRO OMNI membersihkan kesan kotoran yang sukar dengan teliti sambil meninggalkan lantai kurang basah untuk pengeringan yang lebih cepat.
Pencucian Tepi Adaptif TruEdge 2.0: Bahagian Tepi Anda Tidak Pernah Dilupakan
Teknologi Pencucian Tepi Adaptif TruEdge membantu menangani pencucian bahagian tepi dan sudut yang mana pembersih vakum robotik konvensional sering mengalami susah payah, menyebabkan pengguna menyelesaikan tugas itu sendiri. Dengan Versi 2.0, menampilkan penggelek adaptif, berus sisi adaptif dan sensor TruEdge 3D Edge yang dipertingkat, ECOVACS membawakan tahap perhatian pencucian tepi yang sama kepada robot dengan mop bulat, lalu menjadikan DEEBOT X8 PRO OMNI dapat menangani bahagian tepi dengan kecekapan profesional.
Kemajuan Sensor Mentakrifkan Semula Pencucian Tepi: Senjata rahsia ialah Sensor TruEdge 3D Edge yang dipertingkat dengan cahaya berstruktur dengan ketepatan tinggi. Sensor ini membina semula imej 3D bahagian tepi, membolehkan robot berada dalam jarak yang sangat dekat tanpa terlanggar. Ia juga beradaptasi dengan bahagian tepi yang rumit seperti papan kambi tersembunyi, ambang dan celah di bawah perabot. Ini memberi keyakinan kepada pengguna bahawa DEEBOT X8 PRO OMNI mereka boleh memaksimumkan liputan tepi dengan menavigasi ruang kompleks dengan mahir seperti sudut atau halangan berhampiran, menghitung laluan penggelek dengan tepat dan melaraskan kedudukannya secara dinamik tanpa terlanggar apa-apa.
Pergerakan Mop Pintar: Mop penggelek boleh ubah secara berterusan daripada robot ini memanjang dan menarik balik dengan pintar, memastikan setiap tepi dan sudut dibersihkan dengan teliti. Tidak seperti robot lain yang bergantung pada pemanjangan atau penarikan balik penuh (dan selalunya terlepas tempat), X8 PRO OMNI menggunakan Pemanjang Mop Boleh Ubah Berterusan dan algoritma kolaboratif untuk memastikan liputan pencucian maksimum dan perlanggaran yang sedikit.
Berus Tambahan untuk Tepi Sukar Capai: Berus sisi adaptif dan Sensor TruEdge 3D Edge bekerjasama untuk mencapai jauh ke sudut dalam dan celah sempit yang terlepas oleh berus sisi tradisional. Berus ini kekal terselit semasa pencucian bahagian tepi biasa, namun memanjang serta-merta apabila diperlukan, dipandu oleh algoritma penderiaan semua arah 3D, untuk menyapu tempat yang sempit itu dengan sempurna.
Teknologi Omni-Pendekatan AIVI 3D 3.0: Penghindaran Halangan Pintar untuk Pencucian Mudah
DEEBOT X8 PRO OMNI menggabungkan AI dan sensor canggih untuk menavigasi rumah anda dengan cekap. Teknologi pintar ini menjadikannya sungguh bagus untuk rumah yang memiliki susun atur yang kompleks atau persekitaran yang dinamik dengan halangan yang sentiasa berubah-ubah.
Melihat segala-galanya dan mencuci kesemuanya di sekitarnya: Dikuasakan oleh Model Bahasa Visual (VLM), X8 PRO OMNI memahami dan beradaptasi serta-merta dengan halangan di laluannya. Tidak seperti model AI sebelumnya yang bergantung pada pengecaman halangan yang telah diprogramkan sebelumnya, VLM membolehkan robot mengenal pasti dan menavigasi sekitarnya walaupun objek yang tidak dikenali. Dengan memahami bentuk dan kontur halangan, X8 PRO OMNI merancang laluan pencucian yang tepat untuk pembersihan yang lebih mendalam dan cekap, terutamanya sepanjang bahagian tepi. Digabungkan dengan teknologi cahaya berstruktur 3D dan Sensor TruEdge 3D Edge, ia membolehkan robot mengukur jarak dengan tepat dan memastikan pencucian yang tepat sepanjang dinding, bahagian tepi dan sudut berkontur.
ECOVACS dan DEEBOT X8 PRO OMNI Menyapu Bersih Anugerah
DEEBOT X8 PRO OMNI telahpun diiktiraf dengan pelbagai anugerah berprestij. Ia menerima "Anugerah Emas Penyelesaian Pencucian Dalaman" di Anugerah Inovasi Teknologi Produk Global IFA 2024, lantas memantapkan kedudukannya sebagai perintis dalam industri ini.
Produk baharu ini juga memperoleh Anugerah IDG yang disegani untuk inovasi, mengiktiraf sorotan ciri-ciri termaju robot ini, termasuk teknologi mop yang unik, penghindaran halangan pintar dan kawalan suara berkuasa AI serta dinobatkan sebagai "Terbaik IFA" oleh Android Headlines, sebuah platform teknologi A.S. yang terkemuka daripada EVG Media.
ECOVACS ROBOTICS mengesahkan kepimpinannya dalam industri robotik rumah dengan menerima IDG TOP AWARD yang terkemuka, menempatkannya dalam kalangan 10 TERATAS JENAMA RUMAH PINTAR GLOBAL 2024-2025 di CES pada tahun ini. Selain itu, mesin potong rumput robotiknya yang inovatif, GOAT A2500 RTK (dikenali sebagai A1600 RTK di Eropah), diberi pengiktirafan dengan ANUGERAH KHAS, yang menekankan dedikasi ECOVACS terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam robotik perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut:
Pembersih Vakum Robot | Robot Pembersihan Auto - Laman Web ECOVACS - ECOVACS
https://www.ecovacs.com/us/campaign/ces-2025
Hubungan Media:
Wenting Sun
wenting.sun@ecovacs.com