omniture

Corn Next Lancar CornNext-17: Penyelesaian Lestari Rintis untuk Pencemaran Plastik

Corn Next Inc.
2025-01-12 12:04

IRVINE, California, 12 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Corn Next, peneraju bagi inovasi mampan dan penyelesaian terbiodegradasikan, melancarkan secara rasmi CornNext-17, bahan berasaskan bio pengubah keadaan yang direka untuk memerangi krisis pencemaran plastik global. Mengiringi pelancaran ini ialah keluaran Kertas Putih CornNext-17, laporan terperinci yang mengetengahkan ciri-ciri revolusioner CornNext-17, potensinya untuk menggantikan plastik tradisional dan peranannya yang kritikal dalam menyokong inisiatif kelestarian global.

Corn Next
Corn Next

Berasal daripada kanji jagung boleh baharu, CornNext-17 menggunakan proses berasaskan penapaian berpaten untuk mencipta bahan terbiodegradasikan sepenuhnya dengan keserbagunaan dan prestasi yang unggul. Tidak seperti plastik tradisional dan bio-plastik seperti PLA dan PHA, CornNext-17 mengekalkan struktur polisakarida semula jadinya, membolehkan penguraian pantas dalam tempoh 30 hari di persekitaran semula jadi sambil mengekalkan sifat-sifat mekanikal yang diperlukan untuk pelbagai kegunaan.

"CornNext-17 menonjolkan lonjakan yang penting ke hadapan dalam bahan lestari," kata Randy Yongzhong Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Corn Next. "Kami berbangga untuk menawarkan penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan mendesak terhadap alternatif mesra alam untuk plastik konvensional. Pembangunan CornNext-17 dipandu oleh visi kami untuk merevolusikan cara bahan digunakan dan dibuang. Sebagai inovasi terbiodegradasikan semula jadi sepenuhnya, ia menyaksikan bukan sahaja satu kejayaan dalam sains bahan, tetapi satu pencapaian penting dalam usaha insan dalam mengejar masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari."

Ciri-ciri Utama CornNext-17

  • Terbiodegradasikan Sepenuhnya: Mengurai secara semula jadi dalam masa 30 hari, tidak meninggalkan sisa berbahaya.
  • Serba Guna: Sesuai untuk pelbagai kegunaan, termasuk pembungkusan, barangan pengguna dan komponen industri.
  • Berkesan-Kos: Dihasilkan melalui proses pembuatan yang cekap, menawarkan harga yang kompetitif.
  • Prestasi Tinggi: Menunjukkan sifat-sifat mekanikal yang sangat baik, termasuk kekuatan, kefleksibelan dan rintangan haba.
  • Mesra Alam: Berasal daripada kanji jagung boleh baharu dan dihasilkan tanpa bahan kimia berbahaya.

Potensi Pasaran dan Aplikasi Perindustrian

CornNext-17 berpotensi untuk mentransformasikan pelbagai industri dengan menggantikan plastik tradisional dengan alternatif lestari:

  • Barangan Pengguna: CornNext-17 amat sesuai untuk mencipta pinggan mangkuk boleh kompos, produk sekali guna, bekas makanan dan penyelesaian pembungkusan mesra alam yang memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan alam sekitar.
  • Industri Pembungkusan: Kekuatan, kefleksibelan dan ketahanan terhadap haba dan lembapan bahan ini menjadikannya pilihan unggul untuk pembungkusan terbiodegradasikan, termasuk runcit, makanan dan kegunaan perindustrian.
  • Pertanian: CornNext-17 boleh digunakan untuk mengeluarkan filem sungkup terbiodegradasikan, bekas anak benih dan komponen pengairan, mengurangkan sisa dan meningkatkan kesihatan tanah.
  • Perubatan dan Penjagaan Kesihatan: Dengan keupayaannya untuk mengurai sepenuhnya, CornNext-17 amat sesuai untuk bekalan perubatan pakai buang seperti sarung tangan, picagari dan bungkusan, bagi memastikan keselamatan alam sekitar.
  • Automotif: Ringan dan tahan lama, CornNext-17 boleh digunakan dalam mencipta komponen automotif seperti panel, trim dan bahagian dalam kenderaan, menyumbang kepada kemampanan kenderaan dan kecekapan bahan api.
  • Elektronik: Sebagai alternatif terbiodegradasikan, CornNext-17 boleh menggantikan komponen plastik tertentu dalam elektronik, membantu mengurangkan sisa elektronik.

Dorongan global untuk bahan lestari dari segi alam sekitar memberi kedudukan kepada CornNext-17 untuk memanfaatkan sokongan kawal selia yang semakin meningkat dan permintaan pengguna untuk produk hijau. Kebolehsuaian, keberkesanan kos dan sifat mesra alamnya memberikan kelebihan daya saing dalam menangani krisis pencemaran plastik yang semakin bertambah.

Mengapa CornNext-17 Penting

Sisa plastik kekal sebagai salah satu cabaran alam sekitar yang paling mendesak, dengan lebih 400 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun dan hanya sebahagian kecil yang dikitar semula. Komposisi inovatif CornNext-17 dan keterbiodegradasikan yang pantas menjadikannya penyelesaian transformatif untuk mengurangkan pergantungan kepada plastik berasaskan petrokimia dan mengurangkan bahaya alam sekitar.

Mencari Peluang Perkongsian

Corn Next komited untuk memajukan aplikasi CornNext-17 melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, memupuk inovasi dalam bahan terbiodegradasikan. Syarikat ini mencari peluang kolaborasi strategik bersama pemimpin industri, rakan kongsi, pelabur, institusi kewangan, agensi kerajaan, dan organisasi penyelidikan untuk memacu penggunaan meluas CornNext-17 dan mempercepat peralihan global ke arah masa depan yang lebih lestari.

Muat Turun Kertas Putih

Maklumat terperinci mengenai potensi bahan revolusioner ini boleh dimuat turun daripada laman web Corn Next di https://www.cornnext.com/cornnext-17 dengan mengklik "Ketahui Lebih Lanjut."

Latar Belakang Corn Next

Corn Next (atau Y & J World Inc.) ialah syarikat bioteknologi perintis yang berpangkalan di Irvine, California, menumpukan perhatian untuk menghapuskan pencemaran plastik. Kami mengkhusus dalam membangunkan bahan baharu berasaskan bio seperti CornNext-17, bahan berpaten, 100% semula jadi, terbiodegradasikan yang berasal daripada kanji jagung boleh baharu. Tidak seperti plastik tradisional, CornNext-17 terurai sepenuhnya dalam masa 30 hari tanpa meninggalkan toksin atau memerlukan kitar semula yang mahal. Selepas lapan tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), kami mentransformasikan CornNext-17 menjadi bentuk berbutir, menjamin teknologi proprietari kami dan meluaskan aplikasinya. Inovasi ini membawa kepada penghasilan penyedut minuman berasaskan jagung pertama di dunia, sudu protein, pisau makan malam dan garpu, dengan kegunaan masa depan dalam perkakas, flos gigi, pembungkusan dan banyak lagi. Corn Next komited untuk menggantikan plastik sekali guna dan tahan lama dengan alternatif bebas plastik yang lestari—bebas daripada plastik, PHA, PLA dan bio-plastik yang lain. Misi kami adalah untuk memacu masa depan yang lebih bersih dan lebih hijau. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.cornnext.com/

Hubungi: David Xu, Emel: david.x@cornnext.com 

Source: Corn Next Inc.
Keywords: Biotechnology Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Environmental Issues New products/services