BELLEVUE, Washington, 13 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Anker Innovations, peneraju global bagi pengecasan mudah alih dan barangan elektronik pengguna, hari ini melancarkan inovasi pengecasan rintis terkininya di Pameran Elektronik Pengguna (CES), yang diadakan pada 7-10 Januari di Las Vegas. Antara produk yang diketengahkan daripada pengecasan mudah alih Anker dan Anker SOLIX ialah Bank Kuasa Anker 25,000mAh, Pengecas 140W Anker, Penyejuk Elektrik EverForest 2 dan Payung Solar, mentakrifkan semula standard pengecasan pantas untuk pengguna di seluruh dunia.
Produk-produk yang disebut di atas akan turut tersedia di Asia Tenggara tidak lama lagi. "Sebagai jenama pengecasan mudah alih No.1 di dunia, kami bersyukur atas sokongan daripada pengguna Asia Tenggara," kata Leon Wu, Ketua Anker Innovations Asia Tenggara. "Misi kami adalah untuk mencetuskan kemungkinan melalui inovasi terunggul dan kami komited untuk menyediakan produk yang melangkaui jangkaan pengguna di Asia Tenggara."
Anker Innovations, peneraju global bagi teknologi pengecasan pantas, membangunkan produk untuk pengecasan rumah, pejabat dan semasa dalam perjalanan. Dengan menyepadukan teknologi Galium Nitrida (GaN) dan ciri-ciri proprietari, Anker memberikan pengalaman pengecasan yang lebih selamat, lebih pantas dan lebih mampan. Stesen Dok Pengecas Anker Prime (14-dalam-1, 160W) memenangi Anugerah Inovasi CES 2025 dalam kategori Persisian & Aksesori Komputer.
Bank Kuasa 25,000mAh Anker (165W, Kabel Terbina Dalam dan Boleh Tarik)
Bersaiz kecil dan padat dengan teknologi PD 3.0 yang terkini, bank kuasa pengecasan pantas daripada Anker ini memberikan prestasi yang berkuasa.
Menumpukan pada bank kuasa kompak 25,000mAh 165W Anker, ia mempunyai kapasiti 25,000mAh yang mengagumkan. Dilengkapi dengan tiga port USB-C dan satu port USB-A, ia sesuai untuk mengecas berbilang peranti semasa dalam perjalanan. Ia boleh mengecas MacBook Air 13'(M3) 2024 1.3 kali, iPhone 16 sehingga 4.5 kali dan meningkatkan bateri MacBook Pro 16" (M3) kepada 50% hanya dalam tempoh 33 minit.
Bank kuasa 25K 165W Anker khususnya merupakan bank kuasa yang berkuasa tinggi dan pertama di dunia yang mempunyai kabel boleh tarik. Ia menyertakan kabel 22cm dan kabel boleh tarik balik 69cm dan ini dapat memberikan pilihan pengecasan yang fleksibel untuk pengguna yang sibuk sambil berjalan, duduk atau berbaring.
Dengan skrin warna TFT pintar dan antara muka pengguna yang bertenaga, bank kuasa menyediakan data masa nyata, termasuk kuasa output, suhu bank kuasa dan anggaran masa pengecasan. Pengguna boleh menarik kabel boleh tarik untuk mencetuskan animasi skrin yang menampilkan emoji dinamik, lalu menambah tahap kemudahan dan keseronokan baharu.
Pengecas 140W Anker menampilkan Paparan Digital Pertama Seumpamanya
Pengecas Anker mencapai kejayaan baharu sebagai yang pertama membawakan paparan jendela digital, membawa fungsian termaju ke hadapan. Pengguna boleh menyemak dengan mudah jumlah output kuasa, output untuk seitap port, melihat baki kuasa pada masa nyata, memantau suhu dan menjejaki masa operasi keseluruhan untuk gambaran keseluruhan yang lebih komprehensif.
Pemantauan suhu masa nyata memastikan keselamatan peranti, manakala teknologi Active Shield 2.0 Anker yang canggih meningkatkan keselamatan dan keandalan dengan sehingga 3 juta pemeriksaan keselamatan harian. Dibina dengan GaN gred aeroangkasa, pengecas ini memaksimumkan prestasi untuk pengecasan yang lebih pantas dan lebih cekap.
Di samping itu, pengecas empat port (3 USB-C dan 1 USB-A) mempunyai estetika yang anggun dan keupayaan pelekap di dinding.
Pengecas Atas Meja GaN 250W Anker Prime (6 Port)
Pengecas Atas Meja GaN 250W Anker Prime ialah penyelesaian 6-port berkuasa yang direka untuk pengguna berbilang peranti moden. Dengan 4 port USB-C dan 2 port USB-A, ia menawarkan sehingga 250W jumlah output, mampu mengecas berbilang peranti serentak, bermula daripada telefon pintar hingga komputer riba. Ciri menonjolnya ialah penghantaran kuasa maksimum 140W untuk pengguna MacBook Pro, mengecas sepenuhnya MacBook Pro 16" dalam masa kurang daripada dua jam melalui teknologi PD3.1.
Ciri utama ialah paparan LCD 2.3", yang memaparkan output kuasa masa nyata untuk setiap port dan boleh dimatikan secara manual atau automatik. Kawalan butang pulas membolehkan pengguna melihat butiran port, melaraskan keutamaan dan bertukar antara mod kuasa dengan mudah. Pengecas berasaskan GaN ini menggabungkan kuasa tinggi, reka bentuk kompak dan kawalan pintar, menjadikannya penyelesaian pengecasan yang ideal untuk ahli profesional dan juga peminat teknologi.
Menerajui Masa Depan Teknologi Pengecasan
Barisan pengecas USB-C berkelajuan tinggi baharu daripada Anker tersedia secara eksklusif di apple.com dan di Apple Stores terpilih di Malaysia, direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengecasan dan boleh mengecas Apple Watch, AirPod, iPhone, iPad, MacBook dan banyak lagi dengan cekap, menjadikannya teman yang sempurna untuk peranti Apple.
Sebagai perintis global dalam teknologi pengecasan, Anker terus menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai. Menampilkan teknologi GaN termaju, produk-produk terkini ini memberikan kelajuan yang lebih pantas, penjanaan haba yang berkurangan dan reka bentuk yang lebih kompak berbanding pengecas berasaskan silikon tradisional.
Lebih penting lagi, inovasi ini dicipta dengan mengambil kira pandangan pengguna, mengubah peranti pengecasan daripada perkakasan sejuk kepada ekosistem interaktif dan terhubung, lalu mengukuhkan status Anker sebagai peneraju dalam teknologi pengecasan generasi akan datang.
Bank Kuasa 25,000mAh Anker, Pengecas Atas Meja GaN 250W Anker Prime dan Pengecas 140W Anker akan dilancarkan di Malaysia pada S1 2025.
Latar Belakang Anker
Anker ialah jenama pengecasan mudah alih #1 di dunia dan pembangun bagi teknologi pengecasan berkelajuan tinggi untuk rumah, kereta dan semasa dalam perjalanan. Ini termasuk palam dinding, pengecas tanpa wayar, pengecas kereta, bank kuasa, kabel dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut tentang Anker di anker.com