omniture

Pusat Beli-belah IPC menyusuri Tahun Ular dengan tema 'Eternal Prossssperity Awaits'

IPC Shopping Centre
2025-01-13 14:32

Pusat beli-belah menjemput pengunjung meraikan permulaan baharu dengan tawaran, ganjaran dan keseronokan berpanjangan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Pada Tahun Baru Cina ini, Pusat Beli-Belah IPC menjemput para pengunjung meraikan permulaan tahun baharu dengan kerahmatan di sepanjang Tahun Ular ini. Mulai sekarang sehingga 9 Februari, pengunjung boleh menikmati suasana penuh keceriaan di ruang utama dan Lunar Marketplace, di samping persembahan, bengkel kraf tangan, cabutan bertuah, sajian hidangan yang eksklusif, serta hadiah dengan setiap pembelian.

Pusat Beli-belah IPC menyusuri Tahun Ular dengan tema ‘Eternal Prossssperity Awaits’
Pusat Beli-belah IPC menyusuri Tahun Ular dengan tema ‘Eternal Prossssperity Awaits’

Nikmati Keriangan Berpanjangan di Lunar Marketplace
Sepanjang musim perayaan ini, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai buah tangan menarik sempena Tahun Baru Cina seperti hamper dan hadiah untuk diberikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai di Lunar Marketplace yang terletak di ruang utama, Aras G. Kiosk-kiosk kecil ini menyediakan pelbagai pilihan makanan istimewa dan barangan keperluan untuk menyambut perayaan, bagi memeriahkan lagi sambutan.

Ganjaran Berpanjangan – 888 Tack Poin, Cabutan Bertuah, dan Hadiah dengan Pembelian Menanti Anda
Hidangan istimewa adalah suatu kemestian setiap kali berkumpul bagi meraikan Tahun Baru Cina, oleh kerana itulah IPC Shopping Centre teruja untuk bekerjasama dengan BananaBro, Noodle Shack, dan Paradise Dynasty untuk memberikan tawaran eksklusif kepada ahli-ahli Tack Club melalui aplikasi pintar IPC. Program loyalti ini juga membolehkan mereka yang datang membeli-belah menikmati banyak ganjaran dan tawaran menarik daripada IPC. Bagi menambah keseronokan merayakan tahun baharu ini, Eight Days Salon turut mengambil bahagian dalam mempromosikan perkhidmatan penjagaan diri yang istimewa. Ahli-ahli yang menikmati tawaran ini boleh mengumpul 888 Tack Poin dengan mengesahkkan resit mereka di i-Counter, Aras G.

Dengan 888 Tack Poin, ahli boleh menebus ganjaran hebat, termasuklah e-baucar 30 minit pengecasan EV, barangan eksklusif IPC seperti stokin, buku nota Swede, topi reversible bucket dan banyak lagi serta e-baucar untuk menikmati parkir percuma bagi 3 jam yang pertama. Melalui ini, pengunjung dapat menikmati sajian istimewa sambil mengumpul ganjaran menarik yang ditawarkan.  

Ahli Tack Club yang berbelanja minimum RM28 dalam satu resit boleh menebus tiga (3) tiket pada hari biasa dan satu (1) tiket pada hujung minggu serta cuti umum daripada i-Counter untuk menyertai cabutan bertuah mingguan IPC Shopping Centre dan merebut peluang memenangi hadiah bernilai RM25,000, antaranya seperti Kad Hadiah IKEA, Xiaomi Smart Air Fryer, AirPods, Pengering Rambut Dyson Supersonic dan banyak lagi. 10 pemenang mingguan akan diumumkan di laman rasmi Facebook dan Instagram pusat beli-belah tersebut pada setiap hari Isnin.

Selain cabutan bertuah, pembeli juga boleh menebus ganjaran serta-merta daripada i-Counter seperti:

  • e-Baucar bernilai RM10 dengan pembelian minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • e-Baucar bernilai RM30 dengan pembelian minimum RM500 dalam tiga (3) resit
  • Set ang pau Twist of Fortune dengan pembelian minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • Set Cawan Kaca Double Walled Lunar dengan pembelian minimum RM1,000 dalam tiga (3) resit untuk pembeli bukan ahli dan RM800 untuk ahli Tack Club

Cik Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre berkata, "Tahun Baru Cina adalah perayaan di mana keluarga dan masyarakat berkumpul bersama-sama meraikan permulaan baharu dan mengalu-alukan berkat untuk tahun yang bakal dilalui. Sempena melangkah ke Tahun Ular dan tahun baharu, sebagai khidmat terhadap komuniti, kami terus berpegang teguh kepada konsep "The Lagom Life, It's Just Right". Kami amat berharap untuk terus menjadi destinasi di mana mereka yang berkunjung dapat merasakan keseimbangan dan sentiasa dikelilingi dengan rahmat, kesejahteraan, kekayaan mahupun kebahagiaan yang berlanjutan."

Tambah beliau lagi, "Bagi menyambut permulaan baharu, kami turut menawarkan 888 Tack Club Poin kepada ahli Tack Club yang baharu, di samping hadiah-hadiah yang lain. Pengunjung yang mempunyai anak berumur 12 ke bawah juga boleh mendaftarkan anak mereka sebagai ahli Små Club bagi menikmati  aiskrim IKEA secara percuma dan bermacam lagi hadiah. Kami berharap ini dapat menambahkan lagi keriangan mereka meraikan musim perayaan ini."

Menjelang Tahun Baru Cina yang hampir tiba, maka ramai yang akan melaksanakan tradisi membersih, mengemas, membeli pakaian baharu, bersiap sedia menyambut tetamu yang datang menziarahi rumah mereka, IPC Shopping Centre amat menggalakkan pengunjung menyumbang impak positif kepada alam sekitar serta menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengemas dan mengitar semula barangan mereka, seperti pakaian lama, pasu terpakai, sisa elektronik, sisa makanan dan banyak lagi, di Recycling & Buy-Back Centre (RBBC)  yang terletak di kawasan parkir kereta P1. Bermula 6 Januari sehingga 28 Februari, pengunjung yang mengitar semula sisa tekstil, logam, kertas dan aluminium akan diberi mata ganjaran berganda.

Rasakan Kemeriahan Berpanjangan
Pengunjung boleh menikmati semangat perayaan dengan pelbagai acara yang disediakan, antaranya bengkel kraf tangan untuk ahli Små Club, bertemu dengan maskot God of Prosperity, menonton persembahan lima drum Cina, dan tarian tradisional singa pada setiap hari Ahad bermula dari 19 Januari. Bagi menambahkan lagi kemeriahan, IPC Shopping Centre juga akan menganjurkan persembahan Tarian Akrobatik Singa oleh pemenang anugerah Yi Meng Lion Art troupe (一鳴獅藝舘) pada hari pertama Tahun Baru Cina, 29 Januari, bertempat di Courtyard yang terletak di belakang Machines Aras G.

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Kerahmatan Di Sepanjang Tahun Ular, sila layari ipc.com.my atau ikuti IPC Shopping Centre di Facebook, Instagram atau TikTok untuk sebarang promosi terkini, acara dan kemas kini.

Tentang IPC Shopping Centre:
Merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan sesuatu yang utama dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pembangunan Mutiara Damansara sejak tahun 2003, ia berfungsi sebagai pusat pertemuan yang sesuai dan selesa untuk komuniti di sekitar itu dan pengunjung yang lain-lain juga. Menggabungkan warisan dari Sweden dengan inovasi, IPC Shopping Centre menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang unggul serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka ke arah bumi yang lebih hijau. IPC Shopping Centre memeriahkan kehidupan seharian sebagai pusat sehenti hab runcit pilihan yang menyediakan bukan sekadar transaksi membeli-belah, malah tempat untuk mengeratkan perhubungan, pertemuan dan memberi inspirasi untuk para pengunjungnya.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Commercial Real Estate Entertainment Real Estate Retail Conservation/Recycling