KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Dalam sambutan Tahun Baharu Lunar yang akan datang, URBAN REVIVO bekerjasama dengan pengilustrasi dan pelukis Sepanyol yang terkemuka, Mercedes Bellido untuk mempersembahkan interpretasi artistik unik Tahun Ular. Kolaborasi ini bertujuan untuk menyampaikan ucapan Tahun Baharu yang tulus kepada pengguna sekali gus menawarkan perspektif baharu tentang elemen Tahun Baharu Lunar tradisional melalui lensa artistik Mercedes Bellido yang tersendiri.
Mercedes Bellido, seorang artis visual Sepanyol termasyhur, terkenal dengan teknik lukisan akriliknya yang tersendiri. Karya beliau dicirikan oleh penggunaan warna-warna sangat tepu yang terang dan penyepaduan totem purba dengan elemen hidupan liar.
Bagi kolaborasi ini, Mercedes mencipta dengan teliti satu siri ilustrasi yang merangkumkan intipati Tahun Ular. Karya seni ini akan dipaparkan di tingkap gedung URBAN REVIVO, skrin LED dan seni pemasangan dalam kedai, seterusnya mencipta pengalaman membeli-belah imersif yang dipenuhi dengan suasana Tahun Baharu. Bagi meningkatkan semangat perayaan, URBAN REVIVO juga akan menganjurkan acara pop-up di Pavilion Mall di Kuala Lumpur mulai 10 hingga 12 Januari, 17 hingga 19 Januari dan 24 hingga 26 Januari 2025. Terletak di pintu masuk utama pusat membeli-belah ini, acara berkenaan akan mempamerkan pemasangan bertema. Para hadirin akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan tradisional Cina, seperti seni cetak tradisional. Selain itu, roda putaran bertuah akan menawarkan hadiah Tahun Baharu, mengundang pengguna untuk turut serta dalam perayaan tersebut.
Mercedes mendapat inspirasi daripada simbol budaya tradisional Cina yang menonjolkan rona merah Cina yang terang dan rona emas yang mewah dengan jelas. Warna-warna ini bukan sahaja menarik secara visual tetapi juga kaya dengan kepentingan budaya, melambangkan tuah, kemakmuran dan perayaan. Tema utama reka bentuknya ialah totem ular, lambang yang hebat dalam astrologi Cina yang mewakili kebijaksanaan, intuisi dan transformasi. Melalui visi artistiknya, Mercedes menerapkan semangat dan kedalaman budaya bagi Tahun Ular, mencipta koleksi yang sesuai dengan simbolisme tradisional dan juga estetika kontemporari.
Richard Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Antarabangsa URBAN REVIVO, menyatakan semangatnya tentang perkongsian ini. "Kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Mercedes Bellido yang berbakat, yang mentafsir semula elemen Tahun Baharu Lunar tradisional melalui perspektif gaya surealisme Baroque yang unik. Kolaborasi ini bukan sekadar suatu persilangan artistik; ia mempersembahkan dialog indah antara budaya Timur dan Barat."
URBAN REVIVO beraspirasi untuk menjadi destinasi pilihan bagi pengguna yang mencari inspirasi fesyen, menawarkan gabungan produk yang pelbagai dan pengalaman membeli-belah artistik yang imersif. Kolaborasi dengan Mercedes Bellido ini menandakan usaha baharu dalam memaparkan gabungan antara budaya Timur dan Barat melalui seni, menyepadukannya dengan lancar ke dalam ruang komersial. Inisiatif ini memberikan pengguna dengan pengalaman fesyen yang unik, menggalakkan mereka untuk meluangkan masa dan menikmati detik-detik berharga itu di tengah-tengah tuntutan kehidupan moden yang serba pantas.
"Dengan memilih Pavilion Mall untuk acara sementara kami, kami menyasarkan untuk membuatkan pengguna berasa asyik dengan daya tarikan budaya Cina sebagai sebahagian daripada pengalaman membeli-belah mereka dan meningkatkan kegembiraan perayaan Tahun Baharu Lunar," tambah Tang.
Latar Belakang URBAN REVIVO
Ditubuhkan pada tahun 2006, URBAN REVIVO (UR) ialah jenama fesyen langsung global yang berusaha untuk mengangkat fesyen atasan mampu milik dengan menawarkan reka bentuk yang kreatif, berkualiti tinggi serta mampan. Menerusi lebih 400 gedung di China, Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina, serta rangkaian dalam talian yang luas di Eropah, Amerika Utara dan seterusnya, URBAN REVIVO menjamin piawaian tertinggi melalui pengurusan dan teknologi rantaian bekalan termaju. Misi jenama ini adalah untuk menjadikan fesyen berkualiti tinggi boleh diakses oleh semua orang dan menjadi jenama fesyen yang paling berpengaruh di dunia.