MUNICH, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Setiap tahun semasa Kongres Dunia Mudah Alih, Inisiatif TD-LTE Global (GTI) mengiktiraf pencapaian dan kejayaan pemain industri yang terlibat dalam ekosistem TD-LTE.
Rohde & Schwarz, peneraju dunia dalam semua bidang ujian dan pengukuran RF, sekali lagi berjaya meraih Anugerah Inovasi GTI yang sangat dihormati pada tahun 2015. Syarikat itu telah terpilih kerana usahanya yang berterusan bagi menyokong GTI serta keseluruhan industri TD-LTE dengan portfolio penyelesaian ujian luasnya untuk TD-LTE. Christian Leicher, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Rohde & Schwarz mengulas, "Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini dan kami akan terus menyediakan penyelesaian ujian inovatif untuk GTI. Penerimaan Anugerah GTI ini mengesahkan yang kami berada di jalan yang betul."
Penyelesaian ujian daripada Rohde & Schwarz menyokong semua bahagian rantaian nilai, daripada cipset dan komponen, telefon pintar, serta peranti mudah lain sehinggalah prasarana dan stesen pangkalan, menyediakan prestasi yang sebaik mungkin. Penyelesaian untuk ujian telefon pintar menyokong pengeluaran besar-besaran perkhidmatan seperti suara melalui LTE (VoLTE). Penyelesaian ini merangkumi senario ujian yang diperlukan oleh pengendali rangkaian terkemuka untuk menguji kualiti aplikasi video seperti penstriman video HD, muat turun, dan paparan pada peralatan pengguna LTE. Bagi meningkatkan prestasi pembesar kuasa dan pemodulat arus terus, satu penyelesaian ujian penjejakan sampul turut disediakan. Rohde & Schwarz juga membantu mempromosikan ketersediaan komersial untuk LTE-Lanjutan dengan peralatan ujian bagi pengumpulan pembawa dalam peranti serta dalam stesen pangkalan LTE-Lanjutan.
Pada 2014, Rohde & Schwarz menerima Anugerah Inovasi GTI bagi sistem ujian pematuhan TS8980 R&S, iaitu sistem ujian TD-LTE diperakui yang pertama dalam pasaran dan yang pertama memperkenalkan kemampuan ujian pematuhan TD-LTE.
Maklumat perhubungan akhbar:
Christian Mokry, Telefon: +49-89-4129-13052, E-mel: press@rohde-schwarz.com, http://www.press.rohde-schwarz.com
Sumber: Rohde & Schwarz