omniture

Penyelidikan ADP: Hanya 24% Pekerja Global Berasa Yakin Bahawa Mereka Mempunyai Kemahiran untuk Kemajuan Kerjaya

ADP, Inc.
2025-01-15 05:57 6

Kajian mengkaji potensi pekerja yang masih belum diterokai dalam siri pertama kajian terdiri daripada laporan terkini "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)", dibina berdasarkan Tinjauan Tenaga Kerja Global Penyelidikan ADP

ROSELAND, N.J., 15 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Majikan yang melabur dalam pembelajaran berterusan dan pembangunan dalam kerja berpeluang meraih manfaat keuntungan lebih besar berbanding sekadar mempunyai tenaga kerja yang sudah bersiap sedia. Menurut kajian pertama dalam siri laporan terkini "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)" Penyelidikan ADP, hanya satu perempat (24%) tenaga kerja global berasa yakin bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk maju kepada peringkat pekerjaan seterusnya dalam masa terdekat, manakala 17 peratus pekerja sahaja sangat bersetuju yang majikan mereka melabur dalam kemahiran yang mereka perlukan untuk kemajuan kerjaya.

Bagi majikan, keperluan untuk mengutamakan pembangunan kemahiran adalah lebih mendalam berbanding membina tenaga kerja yang seiring dengan tempat kerja dinamik pada hari ini. Analisis Penyelidikan ADP mendapati bahawa menyediakan pekerja dengan kemahiran hari esok berkorelasi dengan produktiviti, pengekalan dan reputasi.

"Penyelidikan kami menunjukkan bahawa tenaga kerja mahir lebih setia kepada majikan mereka—dan lebih produktif. Namun begitu, hanya sebilangan kecil pekerja yang berkemahiran tinggi berjaya dihasilkan dalam tempoh dua tahun selepas diambil bekerja," kata Nela Richardson, ketua ahli ekonomi, ADP. "Jika syarikat mahu mendapatkan manfaat daripada kemajuan teknologi besar pada masa akan datang, syarikat berkenaan mesti bermula dengan melabur dalam kemahiran dan kemajuan kerjaya pekerja masing-masing."

Analisis pembangunan kemahiran melancarkan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)," lensa tahunan Penyelidikan ADP ke dalam dunia kerja yang telah diberikan kemas kini data pada tahun 2025 selain dirombak sebagai siri laporan mengenai pelbagai topik di tempat kerja. Laporan terkini itu dibina berdasarkan data dan topik tempat kerja daripada Tinjauan Tenaga Kerja Global Penyelidikan ADP yang telah dijalankan sejak tahun 2015. "Warga Kerja di Tempat Kerja (People at Work)" memberikan sentimen pekerja yang menyeluruh mengenai sejauh mana perasaan dan pemikiran pekerja, serta perkara yang mereka harapkan daripada majikan mereka, dengan tujuan memperkasa majikan bagi menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang di tengah-tengah dunia kerja yang berubah dengan pesat.

Potensi Pekerja yang Masih Belum Diterokai 
Dalam terbitan pertama siri laporan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)", pasukan Penyelidikan ADP mengkaji impak pembangunan kemahiran yang dipelajari melalui latihan dalam kerja dan mendapati sebilangan besar pekerja berpendapat bahawa majikan mereka boleh melakukan yang lebih baik dalam hal pembangunan kemahiran. Analisis selanjutnya menemui peluang perniagaan yang datang dengan membina program latihan menyeluruh yang membantu memastikan pekerja bersiap sedia untuk dunia kerja pada masa akan datang.

"Kami mendapati bahawa pendidikan tidak mencukupi untuk mengisi jurang kemahiran," kata Mary Hayes, pengarah penyelidikan Warga Kerja & Prestasi di Penyelidikan ADP. "Hanya 24 peratus pekerja berasa yakin bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk maju dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi kerjaya mereka. Dunia kerja berubah dengan terlalu pantas dan organisasi perlu memainkan peranan masing-masing untuk merapatkan jurang kemahiran."

Dapatan penting yang lain termasuk:

  • Peluang untuk maju adalah penting dan bukan untuk pekerja sahaja. Apabila pekerja di seluruh dunia diminta memberikan sebab utama mereka sanggup terus bekerja dengan majikan mereka, peluang untuk kemajuan kerjaya berada di tempat kedua selepas fleksibiliti dalam penjadualan.
  • Pekerja yang berasa amat yakin bahawa majikan mereka menyediakan latihan yang mereka perlukan, lebih cenderung hampir 6 kali ganda akan mengesyorkan syarikat mereka sebagai tempat terbaik untuk bekerja.
  • Pekerja yang sama ini juga lebih cenderung 3.3 kali ganda untuk menggambarkan diri mereka sebagai sangat produktif.
  • Mereka juga dua kali ganda lebih cenderung untuk mengatakan bahawa mereka tidak berniat meninggalkan organisasi mereka berbanding dengan pekerja yang mempunyai kemahiran tetapi kurang peluang latihan dalam kerja.
  • Pekerja kitaran syif, mereka yang melakukan tugasan serupa berulang kali setiap hari, khususnya mempunyai pandangan yang suram tentang pelaburan majikan, dengan hanya 9 peratus lelaki dan 7 peratus wanita menyatakan kepuasan dalam peluang peningkatan kemahiran mereka.

Siri terkini "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)" akan menyelami topik utama pada peringkat pasaran demi pasaran, amat penting untuk dunia kerja yang semakin tiada sempadan. Mencungkil beberapa dapatan pasaran demi pasaran daripada kisah pelancaran pembangunan kemahiran, analisis Penyelidikan ADP mendedahkan:

  • Pekerja di Timur Tengah & Afrika paling cenderung untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka kepada peringkat pekerjaan seterusnya dalam tempoh tiga tahun akan datang (38%), diikuti oleh Amerika Latin (32%), Amerika Utara (22%), Asia Pasifik (21%) dan Eropah (17%).
  • Pekerja di Timur Tengah & Afrika juga paling cenderung mengatakan bahawa majikan mereka melabur dalam kemahiran yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka pada masa akan datang (28%), diikuti oleh Amerika Utara (18%), Amerika Latin dan Asia Pasifik (17%), serta Eropah (12%).
  • Mengikut pasaran, pekerja di Nigeria paling cenderung untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka kepada tahap pekerjaan seterusnya dalam tempoh tiga tahun akan datang (45%), diikuti oleh Mesir (44%), Afrika Selatan (42%), India dan Brazil (37%), Arab Saudi (36%), Chile (32%), Argentina (30%) dan Peru (30%).
  • Mengikut pasaran, pekerja di Mesir paling cenderung mengatakan bahawa majikan mereka melabur dalam kemahiran yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka pada masa akan datang (35%), diikuti oleh India (32%), Afrika Selatan (29%), Arab Saudi (28%), Nigeria (27%), Brazil dan Thailand (24%), Vietnam dan Singapura (23%), serta Filipina (21%).

Metodologi Siri Laporan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025) "
Buat pertama kalinya, "Warga Kerja di Tempat Kerja" dibina berdasarkan Tinjauan Tenaga Kerja Global Penyelidikan ADP, satu kajian mantap yang dijalankan setiap tahun sejak 2015. Tinjauan berkenaan direka bentuk oleh pasukan penganalisis Penyelidikan ADP dengan mendapatkan maklumat tentang pasaran buruh dari perspektif pekerja sendiri, dengan matlamat untuk memberikan pandangan yang boleh menambah baik dunia kerja dengan memahami lebih baik sentimen dan jangkaan pekerja.

Berdasarkan data tinjauan daripada hampir 38,000 individu dewasa yang bekerja di 34 pasaran merentasi enam benua, "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)" menampilkan sampel pengelasan tenaga kerja global yang lebih teguh bertujuan menyediakan perbandingan serantau dan antara pasaran mengenai sentimen pekerja di rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika, serta Amerika Utara.

Responden datang dari pelbagai industri, latar belakang pendidikan, persekitaran kerja di tapak lokasi dan dari jauh serta set kemahiran. Mereka mewakili pelbagai peranan pengurusan dan penyumbang individu, bekerja untuk majikan daripada pelbagai saiz.

Atribut unik siri laporan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)" ialah pengukuran sentimen pekerja dalam butiran terperinci merentasi jenis pekerja menggunakan metodologi proprietari yang dibangunkan oleh Penyelidikan ADP. Di samping ciri-ciri demografi dan majikan, responden tinjauan dikelaskan mengikut jenis kerja yang mereka lakukan – pengetahuan, tugas mahir, atau kitaran – tanpa mengira industri.

Keupayaan "Warga Kerja di Tempat Kerja" mengumpul sentimen mengikut dimensi pekerja dan geografi yang berbeza ini memberikan majikan pandangan yang diperhalusi dan terperinci mengenai tenaga kerja global yang boleh dimanfaatkan untuk lebih memahami tenaga kerja masing-masing dan memacu pertumbuhan melalui keputusan bakat yang dipacu data.

"Masa depan pekerjaan akan menjadi semakin global dan dinamik mengikut keutamaannya," kata Richardson. "Format siri Warga Kerja di Tempat Kerja yang baharu membolehkan analisis data yang lebih tertumpu mengikut topik dan rantau, lebih baik memastikan pemimpin perniagaan di seluruh dunia dengan keperluan berbeza disediakan dengan tahap penyelidikan yang boleh diambil tindakan yang sama ke atas pelbagai subjek yang memberikan impak kepada pekerja masing-masing."

Setiap laporan akan menggabungkan trend global dengan cerapan pasaran demi pasaran mengenai topik di tempat kerja yang terdiri daripada kecerdasan buatan dan impak inflasi terhadap pelbagai pekerjaan, kepada trend upah dan pembangunan kerjaya.

Terus Menerima Maklumat Terkini Siri Laporan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)"
Penerbitan sepanjang awal tahun 2025, siri laporan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)" yang telah diubah suai boleh membantu syarikat kekal berada di landasan yang betul untuk tempat kerja hari ini, sambil menyediakan mereka untuk memanfaatkan peluang yang akan datang dengan masa depan kerja.

Untuk mengetahui kajian terkini dalam siri laporan "Warga Kerja di Tempat Kerja 2025 (People at Work 2025)", kunjungi di sini.

Maklumat Tentang Penyelidikan ADP
Misi Penyelidikan ADP ialah untuk menjadikan masa depan kerja lebih produktif melalui penemuan yang dipacu data. Syarikat, pekerja dan penggubal dasar bergantung pada data kami yang diperhalusi dengan baik dan perspektif yang unik untuk membuat keputusan termaklum yang memberikan impak kepada tempat kerja di seluruh dunia.

Maklumat Tentang ADP (NASDAQ – ADP) 
Mereka bentuk cara yang lebih baik untuk bekerja melalui produk terkini, perkhidmatan premium dan pengalaman luar biasa yang membolehkan orang ramai mencapai potensi penuh mereka. Sumber Manusia (HR), Bakat, Pengurusan Masa, Manfaat dan Daftar Gaji. Dimaklumkan oleh data dan direka bentuk untuk warga kerja. Ketahui lebih lanjut di ADP.com.

ADP, logo ADP dan Sentiasa Mereka Bentuk untuk Orang Ramai, Laporan Pekerjaan Kebangsaan ADP, Institut Penyelidikan ADP dan Penyelidikan ADP ialah tanda dagangan ADP, Inc. Semua tanda dagangan lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Hak Cipta © 2025 ADP, Inc. Hak cipta terpelihara. 

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/832721/ADP_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2497479/ADP_Research_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: ADP, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:ADP
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology