KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 14 Januari 2025, bertempat di Le Méridien Hotel, Kuala Lumpur, seminar perdagangan Sustainable European Dairy from Ireland berlangsung. Seminar ini, yang merupakan penamat bagi kempen selama tiga tahun untuk mempromosikan European Dairy from Ireland di wilayah ini, menonjolkan peluang yang berterusan dan semakin berkembang terhadap produk European Dairy di Malaysia. Seminar ini menghimpunkan cef Malaysia yang utama dan ahli profesional makanan dan minuman (F&B) bukan sahaja untuk memperoleh pandangan tentang peluang pasaran, tetapi juga untuk melihat sendiri kualiti ramuan melalui demonstrasi cef profesional yang dihoskan di Le Meridien di Kuala Lumpur Sentral.
Malaysia: Pasaran Peneraju bagi Import Tenusu Yang Masih Berkembang
Emma McLoughlin, Setiausaha Ketiga Kedutaan Ireland ke Malaysia menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin. Semasa ucapan alu-aluannya, McLoughlin menyatakan bahawa kempen European Dairy from Ireland menawarkan peluang yang sangat baik untuk mengukuhkan hubungan dengan industri tenusu Malaysia dan berharap dapat terus membina hubungan ini menuju masa depan.
Susulan hal ini, panel penceramah pakar memberikan pandangan tentang landskap Tenusu Ireland dan Global.
Robert Murphy, daripada Bord Bia Dublin, memperkenalkan peluang yang diwakili oleh tenusu Eropah lestari dari Ireland untuk industri F&B di Malaysia. Ireland, bersama rakan-rakan sejawat Eropahnya menawarkan portfolio produk susu lestari yang luas. Eksport tenusu Eropah dari Ireland ke Malaysia pada tahun lalu bernilai €50 juta, dengan susu tepung menyumbang sebanyak lebih separuh daripada jumlah eksport.[1]
Penceramah jemputan, En. Tim Hill daripada Global Data dan En. YiFan Li daripada StoneX membentangkan tentang trend yang semakin berkembang dalam industri Tenusu Asia. Global Data memberikan pandangan tentang trend pengguna dan meneliti tingkah laku pengguna dan peluang untuk mencapai pertumbuhan dalam industri Tenusu Malaysia dan selanjutnya. StoneX menawarkan tinjauan terhadap aktiviti pasaran semasa dan prospek bagi tahun 2025 di arena global, memfokuskan untuk menawarkan perkembangan terkini yang komprehensif kepada para hadirin berhubung prospek pasaran tenusu Asia Tenggara pada tahun 2025.
Kualiti Terbukti Sustainable European Dairy from Ireland
Menutup seminar ini, Cef Budiman Bistari, Sous Chef Eksekutif Le Méridien Kuala Lumpur mendemonstrasikan kualiti dan rasa ramuan tenusu Eropah yang lestari dari Ireland dan cara terbaik ia boleh digunakan dalam resipi Melayu kontemporari dan tradisional.
"European Dairy from Ireland menawarkan kekayaan dan kualiti yang sinonim dengan kaedah pengeluaran suapan rumput. Kebolehsuaian dan ketersediaan produk boleh digabungkan ke dalam pelbagai jenis gaya masakan Asia dan menawarkan laluan untuk daya kreativiti dalam memanfaatkan produk tenusu lebih daripada hidangan makanan dan produk bakeri Eropah klasik. Aspek kemampanan yang menjadi semakin penting meningkatkan daya tarikannya kepada pelanggan."
Seminar perdagangan ini berakhir dengan sesi perangkaian bersama golongan profesional F&B Malaysia yang utama. Para hadirin menikmati bufet yang menyajikan ramuan tenusu European Dairy from Ireland, menawarkan pengalaman secara langsung terhadap kualiti tinggi European Dairy from Ireland.
Seminar perdagangan Sustainable European Dairy from Ireland merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran yang dibiayai bersama EU yang mempersembahkan Ireland, selaku anggota Eropah, sebagai contoh standard pengeluaran tenusu lestari yang berkualiti tinggi di rantau ini. Seminar ini menandakan berakhirnya kempen selama tiga tahun untuk mempromosikan European Dairy from Ireland di Malaysia.
Latar Belakang European Dairy from Ireland
Terletak di pinggir barat Eropah, keadaan pulau Ireland merupakan persekitaran untuk industri tenusu berkualiti terbukti Ireland. Di Ireland, 1.5 juta ekor lembu tenusu meragut rumput sekurang-kurangnya 240 hari setiap tahun di padang ragut, dengan 95% daripada diet terdiri daripada rumput. Keadaan penternakan yang tersendiri ini menjadi akar umbi European Dairy hasil daripada reputasi kukuh Ireland dalam menghasilkan produk tenusu yang berkualiti tinggi, bermula daripada susu tepung hingga keju cheddar, diproses dan dieksport di peringkat global ke lebih 140 pasaran oleh ahli profesional yang dipercayai. Dari segi angka, industri tenusu Ireland bersamaan dengan 1.64 juta tan metrik produk tenusu yang dieksport pada nilai mencecah €6.3 bilion pada tahun 2023, menunjukkan contoh apa yang dapat ditawarkan oleh Eropah kepada pasaran antarabangsa.
Latar Belakang Bord Bia – Lembaga Makanan Ireland
Bord Bia - Lembaga Makanan Ireland, ialah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mempromosikan dan memasarkan makanan dan minuman Ireland. Menerusi 15 pejabat, Bord Bia berada di 4 benua, termasuk satu di Singapura yang menumpukan usahanya untuk melaksanakan inisiatif pembangunan perniagaan di Asia Tenggara.
[1] Angka Eksport Tenusu Ireland ke Asia Tenggara 2023, Prestasi dan Prospek Bord Bia |