omniture

Trinasolar dianugerahkan Penarafan AA tertinggi TÜV Rheinland bagi kebolehkesanan rantaian bekalan

Trina Solar Co., Ltd
2025-01-17 11:16

CHANGZHOU, China, 17 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Trinasolar menerima penarafan AA TÜV Rheinland bagi kebolehkesanan rantaian bekalan PV yang meliputi semua peringkat bermula daripada polisilikon hingga modul, penarafan tertinggi seumpamanya. Pensijilan ini bukan sahaja mengesahkan pencapaian Trinasolar dalam meningkatkan ketelusan dan keandalan rantaian bekalan huluan dan hilirannya bahkan turut memperlihatkan sistem pengurusan rantaian bekalan syarikat yang boleh dipercayai kepada pelanggan dan pelabur.

TÜV Rheinland menjalankan audit di lapangan bagi mekanisme kebolehkesanan rantaian bekalan Trinasolar. Penilaian berkenaan melibatkan penilaian yang ketat terhadap dasar pengurusan rantaian bekalan syarikat, keupayaan sistem dan pelaksanaan di lapangan. Audit tersebut bertujuan untuk menentusahkan bahan mentah yang digunakan pada setiap peringkat pengeluaran memenuhi piawaian kekonsistenan yang dikehendaki. Sistem penarafan ini dibahagikan kepada lima tahap, dengan Trinasolar menerima penarafan AA tertinggi dalam kesemua segmen utama, meliputi polisilikon, jongkong, wafer, sel dan modul.

Xia Bo, Naib Presiden Kanan Bahagian Produk TÜV Rheinland untuk Rantau Besar China, memuji mekanisme kebolehkesanan Trinasolar yang komprehensif, dengan menyatakan, "Kebolehkesanan rantaian bekalan yang kukuh merupakan penunjuk utama kepada ketelusan dan keandalan. Trinasolar menjadi yang pertama dalam industri ini yang mencapai penarafan rantaian penuh tertinggi bermula daripada polisilikon hingga modul, lantas memperlihatkan keupayaan pengurusan rantaian bekalannya yang cemerlang."

Du Qingguo, Naib Presiden Trinasolar dan Ketua Pendigitalan Proses Kualiti, berkata, "Trinasolar telah lama komited untuk membina platform pengurusan rantaian bekalan yang berkualiti tinggi dengan mengurus pembekal pada semua peringkat secara sistematik dan menggalakkan penambahbaikan yang berterusan dalam prestasi mereka. Melalui kolaborasi erat bersama jabatan Khidmat Pelanggan Global, IT, Pembuatan Pintar serta rakan kongsi huluan dan juga hiliran dalam seluruh rantaian bekalan PV, syarikat ini mewujudkan mekanisme kebolehkesanan yang komprehensif, menetapkan penanda aras untuk kebolehkesanan rantaian bekalan dalam industri PV."

Trinasolar memacu inisiatif pemerkasaan rantaian bekalan, menawarkan kursus latihan untuk membantu pekerja yang berkaitan meningkatkan kemahiran pengurusan rantaian bekalan mereka, kata Du.

Sistem kebolehkesanan rantaian bekalan yang mantap bukan sahaja memastikan kawalan kualiti yang ketat tetapi juga menjadikan projek lebih mudah diakses untuk pembiayaan bank. Selain itu, kesempurnaan sistem ini mencerminkan komitmen teguh Trinasolar untuk membina rantaian bekalan yang mampan. Sambil mendukung standard tinggi etika perniagaan, tanggungjawab sosial dan pengawasan alam sekitar, Trinasolar juga memastikan pembekal huluan dan hilirannya mencapai standard yang sama tinggi, lalu mendorong rantaian bekalan hijau dan bertanggungjawab bersama-sama.

Trinasolar akan terus memperkukuh sistem kebolehkesanan rantaian bekalannya, membina rantaian bekalan yang lebih andal dan mampan untuk menyampaikan produk yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards New products/services Supply Chain/Logistics