omniture

Central Phuket Raikan 6 Tahun Kejayaan, Perluas Zon Mewah untuk Perkukuh Status Mewah Global Phuket

CENTRAL PATTANA
2025-01-17 15:36 8

BANGKOK, 17 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Pusat membeli-belah Central Phuket menyambut ulang tahun ke-6 Floresta Zone dengan pelaburan sebanyak THB 1 bilion untuk meluaskan tawaran mewahnya, lalu memperkukuh kedudukan Phuket sebagai destinasi mewah bertaraf dunia. Peluasan ini bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan berbelanja tinggi dan pelancong antarabangsa di syurga pantai yang berkembang pesat ini.

Central Phuket Raikan 6 Tahun Kejayaan, Perluas Zon Mewah untuk Perkukuh Status Mewah Global Phuket
Central Phuket Raikan 6 Tahun Kejayaan, Perluas Zon Mewah untuk Perkukuh Status Mewah Global Phuket

Dr. Nattakit Tangpoonsinthana, Ketua Pegawai Pemasaran untuk Central Pattana plc, menyatakan bahawa Phuket setanding dengan destinasi-destinasi mewah global seperti Hawaii, Monaco, Santorini dan Miami. Hasil daripada pelancongan wilayah ini diunjurkan mencecah THB 500 bilion pada tahun 2024, menyaksikan pertumbuhan 28% daripada tahun 2023, dengan purata perbelanjaan pelancong sebanyak THB 34,336 setiap pengunjung.

Central Phuket meluaskan Floresta Zone miliknya daripada 180,000 kepada 200,000 meter persegi, meningkatkan portfolio jenama mewahnya daripada 16 kepada 25 jenama. Tawaran mewah ketika ini termasuk Balenciaga, Bottega Veneta, Burberry, Bulgari, Dior, Gucci, Hermès dan Louis Vuitton. Pembangunan yang ketara termasuk:

  • Louis Vuitton: Binaan tambahan butik terbesar di Selatan Thailand
  • Prada: Butik terbesar di Thailand (597 meter persegi).
  • Tiffany & Co.: Sebuah kedai utama.
  • Bulgari: Kedai sementara diperkenalkan buat julung kalinya di luar Bangkok.
  • Celine: Dibuka pada Disember 2024.

Sorotan lain termasuk Lululemon pertama di luar Bangkok dan ZARA Flagship Store terbaru, yang terbesar di Asia Tenggara berukuran seluas 1,800 meter persegi.

Kini, pusat membeli-belah ini mengalu-alukan 80,000 pengunjung harian, dijangka meningkat kepada 100,000 selepas peluasan, dengan 70% merupakan pengunjung antarabangsa. Warganegara yang paling kerap berkunjung termasuk warga Rusia, warga Cina, warga Amerika dan warga Singapura. 1 Members di Central Phuket membelanjakan lima kali lebih banyak daripada di pusat beli-belah yang lain.

Status destinasi mewah Phuket disokong oleh:

  • Kapasiti lapangan terbang antarabangsa yamg diperluas untuk menampung 18 juta penumpang, termasuk terminal jet peribadi 5 bintang pertama Thailand dengan kapasiti untuk 156 jet peribadi setiap tahun.
  • Lebih 15 jenama mewah dan pengalaman menjamu selera bertaraf dunia, termasuk Su Va Na, diiktiraf sebagai restoran bawah air terbaik di dunia.
  • Lima marina kapal layar super dan 28 restoran berbintang Michelin.
  • 16 padang golf bertaraf dunia.
  • Sembilan hospital bertaraf dunia dan 13 sekolah antarabangsa.

Bagi sambutan ulang tahun, Central Phuket melancarkan LIVE. LUXE. LOVE. dengan promosi eksklusif:

  • Ganjaran berbelanja paling tinggi: Perbelanjaan sebanyak THB 8 juta untuk perjalanan VIP Northern Lights ke Finland
  • Keistimewaan 1 Member: E-baucar bernilai sehingga THB 6,000, pulangan tunai sehingga 17% dengan kad kredit yang mengambil bahagian

Central Phuket terus mengangkat status pulau ini sebagai destinasi ulung untuk pencari gaya hidup mewah global.

Untuk mengikuti perkembangan terkini daripada Central Pattana, sila kunjungi:
https://www.centralpattana.co.th/th/shopping/shopping-update/lifestyle-activities 

Source: CENTRAL PATTANA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel New products/services