SINGAPURA, 17 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub (GGH) PTE.LTD, subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) memulakan prapendaftaran untuk permainan mudah alih AFK yang dinanti-nantikan ramai, Ragnarok Idle Adventure Plus.
Prapendaftaran Ragnarok Idle Adventure Plus tersedia di lebih 150 negara melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery bermula dari 15 Januari 2025.
Ragnarok Idle Adventure Plus ialah permainan mudah alih Idle RPG baharu yang menampilkan latar belakang dunia Fantasi 3D berwarna-warni dan kandungan yang merangkumkan suasana unik Ragnarok. Mulakan perjalanan melalui dunia Midgard yang luas dan meriah, bertemu watak ikonik dan raksasa legenda daripada francais Ragnarok Online yang digemari.
Presiden Gravity Game Hub (GGH), Harry Choi berkata, "Ragnarok Idle Adventure Plus ialah RPG mudah dimainkan yang memberikan keselesaan dalam pengalaman permainan MMORPG, namun memberikan kisah unik dan kandungan luas yang menggambarkan suasana Ragnarok." katanya. "Memandangkan permainan ini akan tersedia di seluruh dunia, bagi meningkatkan kebolehcapaian pengguna untuk pasaran global, Ragnarok Idle Adventure Plus mengaplikasikan 6 pilihan bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Thai, Bahasa Indonesia, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis."
Gravity Game Hub mengatur satu siri ganjaran prapendaftaran menarik yang akan diperoleh apabila lebih ramai pemain menyertai pengembaraan. Berikut merupakan ganjaran yang anda boleh nantikan:
Ganjaran ini akan memberikan kelebihan dalam perjalanan anda, menawarkan item unik dan bonus yang dapat meningkatkan pengalaman corak permainan.
Kekal terhubung dan ikuti berita dan acara Ragnarok Idle Adventure Plus yang terkini melalui laman web rasmi dan halaman media sosial di bawah:
Laman Web: https://roidle.gnjoy.asia
Facebook: https://www.facebook.com/ROIdleAdventurePlus
Instagram: https://www.instagram.com/roidleadventureplus
TikTok: https://www.tiktok.com/@roidleadventureplus
Latar Belakang Gravity Game Hub
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd. ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan pada permainan dalam talian dan permainan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan sebuah komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.