omniture

Permainan Berbilang Pemain Dalam Talian PC Legenda Gunbound Kembali dengan Beta Tertutup untuk Asia Tenggara dan Amerika Latin

Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd.
2025-01-18 20:04

SINGAPURA, 18 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub (GGH) PTE. LTD., subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) akan membuat kemunculan semula yang utama dengan Ujian Beta Tertutup (CBT) bagi permainan artileri legenda, Gunbound. Dijadualkan berlangsung mulai 16 hingga 30 Januari 2025, pengumuman ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat di seluruh Asia Tenggara dan Amerika Latin.

Gunbound Closed Beta Test
Gunbound Closed Beta Test

Gunbound terkenal dengan gabungan antara strategi dan penyesuaian yang dinamik, di mana pemain boleh menyesuaikan avatar mereka, memilih tunggangan yang mempunyai kebolehan unik dan terlibat dalam pertandingan persahabatan dengan pemain lain dari seluruh dunia.

"Gunbound telah memberi impak yang berkekalan ke atas budaya permainan, terutamanya di Asia Tenggara dan Amerika Latin. Kami berasa teruja untuk membawa kembali permainan ikonik yang digemari ini untuk generasi baharu pemain dan dalam masa yang sama mengekalkan unsur-unsur yang menjadikan permainan asli benar-benar legenda. Ujian Beta Tertutup merupakan peristiwa penting dalam menyampaikan pengalaman yang cemerlang dan menyeronokkan untuk keluaran akhir," kata Harry Choi, Presiden Gravity Game Hub (GGH).

Apa yang dapat Dijangkakan dalam Ujian Beta Tertutup Gunbound?

CBT akan mendedahkan beberapa penaiktarafan dan ciri-ciri baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemain keseluruhan. Antara peningkatannya ialah pelancar UI diperbaharui dan juga isu-isu keserasian yang dihadapi semasa ujian Alpha telahpun ditangani bagi memastikan corak permainan yang lebih lancar untuk semua pengguna.

Selain daripada penambahbaikan ini, peminat Gunbound juga boleh menantikan siri acara dan ganjaran eksklusif untuk fasa CBT.

Ganjaran dan Acara Eksklusif Semasa CBT

  • Rangsangan Mata Wang Dalam Permainan Secara Besar-besaran: Setiap pemain akan menerima 1,000,000 Emas dan 1,000,000 Wang Tunai untuk menyesuaikan avatar dan bereksperimen dengan tawaran daripada kedai.
  • Ganjaran Log Masuk Istimewa: Log masuk setiap hari dan peroleh sekurang-kurangnya 100 GP untuk menuntut ganjaran menarik semasa Pelancaran Besar-besaran!
  • Buff Hujung Minggu: Nikmati hujung minggu dengan 100% buff tambahan bagi rangsangan GP dan Emas. (Tempoh: Jumaat, 11:00 PAGI GMT+8 hingga Ahad, 11:00 MALAM GMT+8)
  • 50 pemain teratas akan menerima ganjaran eksklusif, menambah kelebihan daya saing kepada acara tersebut. Ganjaran ini memastikan peserta akan dapat menghayati sepenuhnya permainan sambil menikmati pratonton permainan yang akan datang.

Bagaimana untuk Mengambil Bahagian dalam Ujian Beta Tertutup Gunbound?

Penyertaan adalah mudah, dengan pendaftaran tersedia melalui laman web rasmi Gunbound:

  • Daftar untuk membuat akaun Gravity Game Hub (GGH) di https://gunbound.gnjoy.asia atau https://gunboundggh.com (disyorkan untuk pemain LATAM).
  • Muat turun permainan pelanggan untuk CBT dan gunakan akaun Gravity Game Hub (GGH) untuk mengambil bahagian dalam Beta Tertutup.

Nota: Pemain boleh melog masuk ke Gunbound menggunakan akaun Gravity Game Hub (GGH) sedia ada mereka

Menerusi mekanik mengikut gilirannya yang unik dan fokus pada corak permainan didorong komuniti, Gunbound mendapat tempat yang istimewa di hati ramai pemain. Ujian Beta Tertutup ini bertujuan untuk mendapatkan semula keajaiban itu sambil memperkenalkan ciri-ciri baharu dan lebih baik untuk audiens moden.

Penting: Semua watak yang dicipta dan item yang diperoleh semasa fasa Beta Tertutup akan DITETAP SEMULA (Dipadamkan).

Kekal terhubung dan ikuti berita dan acara Gunbound yang terkini melalui laman web rasmi dan halaman media sosial di bawah:

Laman Web: https://gunbound.gnjoy.asia
Laman Web Alternatif: https://gunboundggh.com
Facebook: https://www.facebook.com/gunboundggh
Discord: https://discord.gg/gunboundofficial
Instagram: https://www.instagram.com/gunbound.ggh
Tiktok: https://www.tiktok.com/@gunbound.official

Latar Belakang Gravity Game Hub 

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd. ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan pada permainan dalam talian dan permainan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan sebuah komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

Latar Belakang Softnyx 

Ditubuhkan pada April 2001, Softnyx mengambil masa sejak 20 tahun yang lalu mengeluarkan pelbagai jenis permainan dalam talian, termasuk Gunbound, Rakion dan WolfTeam. Syarikat ini mencipta dunia permainan unik yang dinikmati oleh 50 juta pengguna merentas 60 negara di seluruh dunia. Sebagai perintis dalam pasaran permainan Amerika Latin, Softnyx mencetuskan gelombang Korea melalui semangat cabaran dan inovasi yang tidak henti-henti, seterusnya memantapkan statusnya sebagai sebuah syarikat permainan bertaraf global.

Source: Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:GRVY
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services