LONDON, 29 Januari 2025 /PRNewswire/ -- IE International Education and MetaApply telah menandatangani perkongsian strategik untuk menghimpunkan jenama di bawah satu syarikat, membentuk kumpulan yang akan menjadi pemain utama dalam sektor pendidikan tinggi dan pembelajaran bahasa antarabangsa dengan pantas.
Kedua-dua organisasi tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan untuk pelajar yang ingin mengikuti pengajian di luar negara.
IE International Education/MetaApply akan menjadi pusat sehenti untuk semua perkhidmatan merentasi kedua-dua jenama, menggabungkan penggunaan AI terkini untuk memperkemas proses, bersama dengan kehadiran fizikal untuk menyampaikan hasil terkemuka dunia.
Syarikat itu akan melaksanakan model tadbir urus Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, dengan Patrick Guimaraes dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Amerika Latin dan Eropah dan Prashant Sali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk UK dan Seluruh Dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif untuk Amerika Latin dan Eropah, Patrick Guimaraes berkata, perkongsian itu merupakan kejayaan rintisan yang besar.
"Menggabungkan perkhidmatan kedua-dua organisasi ini bermakna pelajar kini akan mempunyai perkhidmatan menyeluruh untuk semua keperluan pengajian mereka," kata Guimaraes.
"Ini akan menjadi perkhidmatan unik yang menghubungkan orang ramai pada peringkat kehidupan mereka yang berbeza dengan rangkaian institusi pendidikan dan peluang kerja global.
"Perkongsian ini penting bagi meluaskan penyertaan, membolehkan mobiliti sosial dan akhirnya mewujudkan masa depan lebih baik untuk seramai yang mungkin pelajar di seluruh dunia."
Ketua Pegawai Eksekutif untuk UK dan Seluruh Dunia, Prashant Sali berkata perjanjian itu akan menjadi pengubah keadaan sebenar dalam sektor pendidikan antarabangsa.
"Kewujudan organisasi baharu kami ini bermakna pelajar boleh dihubungkan secara langsung dengan universiti pilihan mereka, di samping keperluan perjalanan, penginapan dan kerja mereka disusun rapi, kesemuanya dengan perkhidmatan yang sama," kata Sali.
"Kami menggabungkan penggunaan teknologi AI, diperkukuh dengan kehadiran fizikal di pelbagai lokasi antarabangsa, yang bermaksud perkhidmatan kami sentiasa tersedia apabila diperlukan.
"Tumpuan perkongsian strategik ini ialah untuk memperkemas perkhidmatan dan merealisasikan pengajian antarabangsa untuk lebih ramai individu dan kami berharap dapat menjadikan matlamat pendidikan dan kerjaya orang ramai satu kenyataan."
Untuk maklumat lanjut mengenai MetaApply, klik di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai IE International Education, klik di sini.