LAUT SIBUYAN, Filipina, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Filantropis dan usahawan, Paul G. Allen serta pasukan penyelidikannya akan menyiarkan lawatan secara langsung ke bangkai kapal perang Jepun Musashi, salah sebuah kapal perang paling terkenal dan berteknologi maju dalam sejarah. Acara tersebut akan bermula pada jam 9 pagi PHT/10 pagi JPT, Jumaat, 13 Mac 2015.
Lawatan tersebut akan menawarkan pandangan lengkap kapal yang karam itu buat julung kalinya. Penonton akan mengalami lebih daripada sejam rakaman eksklusif kapal perang tersebut, termasuk perincian seperti bahagian busur dan buritan kapal, serta menara arah pandu utama. Lawatan tersebut akan dijalankan menggunakan Kenderaan Kendalian Jauh (ROV) canggih yang sama yang telah digunakan untuk mencari Musashi.
Musashi telah ditemui pada 2 Mac 2015, oleh pasukan penyelidikan dalam air Paul G. Allen. Pasukan tersebut menggunakan rekod sejarah daripada empat buah negara, data topografi dalam laut yang terperinci, dan teknologi canggih di atas kapal layar En. Allen, M/Y Octopus. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 tamatnya Perang Dunia Kedua, dan penemuan kapal perang tersebut merupakan satu detik penting dalam susur galur sejarah ketenteraan laut.
Kenyataan daripada Paul G. Allen: "Setelah lapan tahun menyelidik dengan tekun, penemuan Musashi merupakan detik bermakna bagi diri saya dan pasukan saya. Kami berbangga kerana telah memainkan peranan dalam menemui kapal penting dalam sejarah ketenteraan laut ini dan berbesar hati dapat berkongsinya dengan mereka yang terselamat, keluarga mereka yang terkorban serta dunia."