PolicyStreet memperkenalkan program kesetiaan pelanggan pertamanya, Keahlian Drive+, yang meningkatkan diskaun cukai jalan daripada sehingga 70% kepada sehingga 80% untuk semua jenis kereta serta menawarkan pelbagai manfaat baharu kepada pemandu di Malaysia.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Februari 2025 /PRNewswire/ -- PolicyStreet, syarikat insurtech tempatan, melancarkan program kesetiaan pelanggan pertama mereka, Keahlian Drive+, bagi memberikan lebih penjimatan dan kemudahan untuk pemilik kereta. Dengan Keahlian Drive+, pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat eksklusif, termasuk diskaun cukai jalan sehingga 80%, pengecualian caj pemprosesan, pelan ansuran fleksibel tanpa faedah, dan ganjaran kesetiaan.
"Keahlian Drive+ adalah usaha kami untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan. Kami akan terus menunaikan janji 'Cukai Jalan Paling Murah di Malaysia', dan melalui Keahlian Drive+, kami ingin membantu meringankan beban kewangan pemilik kereta dalam urusan cukai jalan dan insurans," kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.
Dengan pelbagai manfaat, Keahlian Drive+ menjadikan pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta lebih mudah dan mampu milik:
1. Diskaun Cukai Jalan Sehingga 80% (Maksimum RM72)
Nikmati diskaun cukai jalan sehingga RM72 serta-merta selepas mendaftar sebagai ahli.
2. Pelan Ansuran 0% Faedah
Perbaharui insurans kereta dengan lebih mudah melalui pelan ansuran tanpa faedah.
3. Caj Pemprosesan Cukai Jalan Percuma
Jimat RM15 untuk pemprosesan cukai jalan, sama ada secara digital atau fizikal.
4. Keutamaan Bantuan
Ahli akan diberi keutamaan dalam bantuan pembaharuan insurans kereta dan pertanyaan produk.
5. Ganjaran Kesetiaan untuk Pembaharuan Insurans
Ahli layak mendapat diskaun RM20 untuk pembaharuan insurans kereta seterusnya.
6. Bantuan Tuntutan Insurans
Ahli akan menerima panduan langkah demi langkah untuk memudahkan proses tuntutan insurans kereta.
Dilancarkan pada harga eksklusif RM39.90 (Harga Biasa: RM99.90), Keahlian Drive+ akan mula menggantikan promosi "Betul-Betul Cukai Jalan Paling Murah" secara rasmi mulai 12 Februari 2025, jam 8 malam. Sehingga itu, pelanggan masih boleh menikmati promosi sedia ada, termasuk cukai jalan PERCUMA untuk model Proton dan Perodua terpilih serta diskaun sehingga 70% untuk model kereta lain tanpa keahlian. Selepas pelancaran, Keahlian Drive+ akan menjadi kunci utama untuk menikmati diskaun cukai jalan dan pelbagai keistimewaan lain.
"Keahlian Drive+ adalah permulaan kepada lebih banyak manfaat untuk pelanggan kami. Kami sedang memperluaskan rangkaian rakan kongsi untuk menawarkan lebih banyak penjimatan, bukan sahaja semasa pembaharuan cukai jalan dan insurans, tetapi juga sepanjang pemilikan kereta mereka. Ini selaras dengan komitmen kami untuk meningkatkan daya tahan kewangan rakyat Malaysia dan mempermudahkan pengalaman mereka dalam pembaharuan insurans," tambah Yen Ming Lee.
Selain Keahlian Drive+, PolicyStreet turut memperkenalkan beberapa perlindungan tambahan eksklusif yang hanya boleh didapati melalui platform pembaharuan insurans keretanya. Manfaat tambahan ini membolehkan pengguna menyesuaikan perlindungan mengikut keperluan dan bajet mereka, memberikan perlindungan yang lebih baik. Dengan harga RM16.90 setiap satu, perkhidmatan ini merangkumi:
Mulai 12 Februari jam 8 malam, pelanggan boleh mendapatkan Keahlian Drive+ serta perlindungan tambahan ini semasa memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan di car.policystreet.com. Jadi ahli Drive+ sekarang dan nikmati lebih banyak penjimatan serta keistimewaan eksklusif!
###
Untuk kit media yang lengkap berserta aset visual dan foto jurucakap, sila klik pautan di SINI.
Tentang PolicyStreet
PolicyStreet ialah kumpulan syarikat teknologi insurans (InsurTech) tindanan penuh serantau yang menyediakan penyelesaian insurans digital termaju kepada perniagaan dan pengguna di Asia Tenggara dan Australia.
PolicyStreet bekerjasama secara langsung dengan lebih 40 penyedia hayat, am dan takaful di seluruh dunia bagi menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif, termasuk tetapi tidak terhad kepada insurans terbenam (embedded insurance), faedah pekerja tersuai, nasihat kewangan dan pengagregatan insurans, serta pembangunan penyelesaian digital untuk menjadikan insurans bermatlamat dan mudah untuk perniagaan dan pengguna.
Sebagai Penanggung Insurans Semula, Penanggung Insurans Am dan Pengendali Takaful berlesen oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan pemegang Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), PolicyStreet dapat menaja jamin, menyesuaikan polisi dan memberikan nasihat yang tepat kepada pelanggan dan rakan kongsinya di seluruh dunia.
PolicyStreet disokong oleh dana kekayaan negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, dan memberi perkhidmatan kepada lebih 5 juta pelanggan dengan jumlah diinsuranskan melebihi AS$ 10 bilion. Pada tahun 2024, PolicyStreet telah diiktiraf sebagai "Fintech of the Year" di Anugerah Digital Triple A The Asset dan memenangi Anugerah Fintech Excellence untuk Inklusi Kewangan di Singapore Fintech Festival yang disahkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS). Syarikat ini juga disenaraikan sebagai syarikat Malaysia kedua tertinggi dalam senarai "Syarikat Berkembang Tinggi di Asia Pasifik 2024" oleh Statista dan The Financial Times.
Untuk maklumat lanjut tentang PolicyStreet dan penyelesaian insuransnya yang inovatif, sila lawati https://www.policystreet.com/.