Quantinuum Memperkenalkan Rangka Kerja AI Kuantum Generatif yang Memanfaatkan Data Unik Berasaskan Kuantum untuk Menangani Masalah Kompleks yang Mustahil Diselesaikan oleh Komputer Klasik
BROOMFIELD, Colo. dan LONDON, 4 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Quantinuum hari ini mengumumkan rangka kerja AI Kuantum Generatif (Gen QAI) yang inovatif– memanfaatkan data unik berasaskan kuantum untuk membuka peluang aplikasi komersial dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan ubat baharu, pemodelan ramalan kewangan yang lebih tepat, serta pengoptimuman masa nyata bagi logistik dan rantaian bekalan global. Potensi ketiga-tiga keupayaan ini sahaja sudah luar biasa, dan rangka kerja ini dijangka membuka jalan kepada penyelesaian bagi masalah kompleks lain yang tidak dapat diselesaikan oleh pengkomputeran klasik.
Buat pertama kali, data yang dijana oleh komputer kuantum berkuasa H2 dari Quantinuum boleh digunakan untuk melatih sistem AI, meningkatkan ketepatan model AI secara signifikan dan membolehkan mereka menyelesaikan cabaran yang sebelum ini dianggap mustahil. Melalui pencapaian ini, Quantinuum menetapkan standard baharu dalam latihan AI dan penyelesaian masalah merentasi pelbagai industri.
"Kita berada pada detik di mana sesuatu yang bersifat hipotesis kini menjadi realiti, dan kejayaan yang dicapai melalui ketepatan data yang dijana secara kuantum ini akan mencipta nilai komersial yang transformatif merentasi pelbagai sektor. Gen QAI ialah hasil langsung daripada keupayaan penuh kami serta kepimpinan kami dalam pengkomputeran hibrid klasik-kuantum, membawa pendekatan baharu yang berpotensi merevolusikan AI," kata Dr. Raj Hazra, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Quantinuum. Pada 4 Februari, Dr. Hazra akan menyertai panel pakar di majlis perasmian International Year of Quantum (IYQ) 2025 di Paris untuk berkongsi lebih banyak pandangan mengenai perkembangan inovatif Gen QAI kami.
"Walaupun ada yang berpendapat bahawa komputer kuantum berdiri sendiri masih bertahun-tahun lagi, peluang komersial daripada kejayaan ini sudah wujud di sini dan sekarang," kata Dr. Thomas Ehmer dari sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck KGaA, Darmstadt, Jerman. "Penjanaan data sintetik yang bermakna, terutamanya apabila data latihan adalah terhad, bukanlah perkara mudah, dan kami melihatnya sebagai era baharu untuk AI yang dibuka oleh teknologi kuantum. Sistem Helios, yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini, diharapkan dapat membolehkan AI digunakan dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini dan membuka potensi transformatif di seluruh industri.
Gen QAI memanfaatkan keupayaan unik pengkomputeran kuantum untuk meneroka kerumitan data yang jauh melebihi apa yang mampu ditangani oleh sistem pengkomputeran klasik dan GPU. Quantinuum sedang bekerjasama dengan rakan industri dalam projek AI Generatif yang memanfaatkan kuasa pengkomputeran kuantum dalam sektor seperti automotif, farmaseutikal dan sains bahan. Dalam beberapa bulan akan datang, Quantinuum akan berkongsi hasil daripada kerjasama yang sedang berlangsung, mempamerkan potensi terobosan kemajuan yang dipacu oleh kuantum dalam AI Generatif.
Salah satu kerjasama yang penting adalah dengan Kumpulan HPE di Itali, yang memfokuskan pada penggunaan pengkomputeran kuantum dalam sektor automotif.
Enzo Ferrari, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan HPE, menyatakan, "Di HPE, kami mempunyai tradisi lama dalam menggunakan teknologi terkini untuk pelanggan kami dalam industri sukan permotoran. Kami teruja dengan kerjasama kami bersama Quantinuum, memanfaatkan data yang dihasilkan oleh kuantum untuk aplikasi seperti pembangunan bateri, pengoptimuman aerodinamik dan inovasi bahan api."
Memandangkan pengkomputeran kuantum semakin penting di peringkat global, Quantinuum menjangkakan bahawa sistem Helios yang akan datang akan memperluaskan kemampuan pengkomputeran secara eksponen, dengan operasi dijangka bermula pada pertengahan 2025 untuk aplikasi dalam penemuan ubat dan menangani cabaran perubahan iklim. Secara khusus, keupayaan inovatif Gen QAI akan meningkatkan dan mempercepatkan penggunaan Rangka Kerja Organik Logam untuk penghantaran ubat, membuka jalan kepada pilihan rawatan yang lebih efisien dan diperibadikan, dengan butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran Helios.
Pengumuman ini juga dibuat selepas kerjasama yang baru diperluaskan antara Quantinuum dan SoftBank, yang menekankan momentum komersial syarikat yang semakin pesat.
Maklumat tentang Quantinuum
Quantinuum, merupakan syarikat kuantum bersepadu yang terbesar di dunia, perintis komputer kuantum yang berkuasa dan penyelesaian perisian yang canggih. Teknologi Quantinuum memacu kejayaan dalam penemuan bahan, keselamatan siber dan kecerdasan buatan kuantum generasi yang akan datang. Dengan lebih daripada 500 pekerja, termasuk 370+ saintis dan jurutera, Quantinuum menerajui revolusi pengkomputeran kuantum merentasi benua.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web di www.quantinuum.com
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2612044/system_model_H2_trap.jpg?p=medium600